Tuesday, May 1, 2012

Iktibar 3.0




Sebagai anak jati Perak... makan nasi berulamkan cili api dah menjadi kebiasaan dalam menu harianku. Selalu jugak wife aku tegur... Bila tak pedas, kurang pulak selera aku nak makan... Sehinggalah insiden pada hari Jumaat yg lalu. Ianya telah membuat aku sedikit fobia utk menjamah cili api hingga ke hari ini.

Setiap hari Jumaat, aku akan rasa teruja utk menjamu selera di sebuah gerai makan yg dibuka sempena Solat Jumaat di Masjid Subang Airport. Hidangannya simple aje, nasi kukus, ayam goreng, kuah kari dan cili api potong. Yg buat aku teringat2 tu dah tentulah cili api potongnye... Biasanye, aku akan ambil 2 sudu aje... kali ini, aku angkat extra lagi satu sudu... melepasi jam 7.00 malam... aku dah mula ke toilet... waktu tu still ok lagi sbb tak sakit perut. Klimaksnye adalah selepas Subuh 28 Apr 2012.... perut aku punyelah sakit... sampai menggelupor... tak pernah pulak aku rasa sakit perut sampai mcm tu. Hajat nak join badminton bersama rakan2 terpaksa aku lupakan sbb nak ke klinik bagi mendapatkan rawatan... Sorry buat Mat, Azmer & rakan2 yg hadir pd pagi tu... Sewaktu di Klinik, bila Doctor tgk aku dah menderita sgt, Doctor pun kasi aku satu injection.... beberapa minit selepas injection baru le aku rasa lega. Balik pd klinik, dah mula rasa lemah & demam.. udahnye, hari Sabtu aku diluangkan di atas katil sambil berselimut... sabo ajelah... Alhamdulillah, hari ini aku dah pulih tetapi masih lagi fobia nak makan cili api... terasa hilang sedikit nikmat dunia aku....

Saturday, 28hb April 2012, sekali lagi ibu kota Kuala Lumpur digegarkan dengan himpunan Bersih... satu perhimpunan yang disertai oleh sebahagian rakyat Malaysia yang menuntut agar pilihanraya yang benar-benar bersih, telus dan adil dapat dijalankan di negara yang mengakui sebuah negara Islam yang mengamalkan sistem demokrasi.... Sayangnya, maksud dan matlamat himpunan ini telah diputarbelitkan oleh media arus perdana yang cuba menampakkan seolah-olah perhimpunan ini bertujuan menyokong individu seperti Ambiga & Anuar. Lebih mengecewakan, pihak kerajaan sengaja buat2 tak paham dgn tuntutan yg disuarakan oleh rakyat sebaliknya mengambil peluang utk memburukkan pihak pembangkang melalui provokasi. Kesudahannya, objektif perhimpunan tetap tidak mahu diperbincangkan. Padahal, perhimpunan kali ini tercetus berpunca daripada 22 usul PSC yang telah diluluskan oleh parlimen tanpa dibahas pada awal April yang lalu. Bila sembang dgn org2 kuat UMNO... modal deme, x ada lain.... Org Melayu dgn Org Melayu bergaduh, orang Cina tepuk tangan... tak habis2 dgn semangat nasionalisme kebangsaan yg dipupuk oleh org2 Yahudi. Benda ni cukup sebati dalam jati diri mereka. Yg aku cukup tak paham... hari2, dok promote kita satu bangsa, kita satu negara, kita satu matlamat, kita satu Malaysia... belakang, deme yg kuat dok bakar api perkauman... dari dulu kini dan selamanya... Tak caya.. kome tengok le sendiri... Tapi, kalau betullah dakwaan pemberian IC kpd rakyat asing utk tujuan pilihanraya spt yg didakwa oleh pembangkang... Macam mana ye? Dulu deme jugak yg kasi IC dkt India & Cina utk jadi rakyat. Udahnye, deme jugak yg create semangat perkauman. Esok tambah pulak dgn Indon, Bangla, Myamar, Filipina.... (kalau betul le). Secara rumusannye, nak bagitau yg deme berhimpun ramai2 hari tu, bukannye sebab Anuar, Ambiga, Melayu atau nak buat huru hara... hanya nak tuntut agar pilihan raya yg telus dpt dilaksanakan semasa pilihanraya umum tidak lama lagi... tu aje...
.

No comments:

Post a Comment