Saturday, April 21, 2012

Takziah buat sahabat... (17hb Apr 2012)


Tanggal 17 April 2012 (Selasa), waktu sudah melepasi jam 7.30 malam. Aku masih lagi di pejabat, sedang menyelesaikan beberapa kerja yg masih perlu diselesaikan. Tiba2, aku menerima sms drp sahabatku, Amin... "Ayah aku dah meninggal dunia"... tanpa membuang masa, aku terus dail no. Amin utk mendapatkan butiran lanjut.

Teringat semula perbualan aku dgn bapaku pada hari Sabtu yang lalu. Bapa aku ada memaklumkan yang beliau terserempak dgn parent Amin sewaktu menghadiri temujanji dengan Doktor di Hospital Taiping. Keadaan arwah bapa Amin pada ketika itu agak lemah sehingga perlu dipapah. Sayangnya, aku terlupa pula nak call Amin nak bertanyakan hal berkenaan.

Sebaik sahaja selesai menghubungi Amin petang tu, dengan segera aku majukan berita ini kepada sahabat2 Tepen yg berada di KL. Selesai Solat Maghrib, aku pulang ke rumah bagi menjemput isteriku dan meneruskan perjalanan ke Hospital Selayang. Setibanya kami di Hospital Selayang... Izwan sudahpun berada di lobi... Dipermudahkan oleh Allah S.W.T., kami terus terserempak dengan keluarga Amin sewaktu sedang mencari Amin. Allahyarham diberitakan telah menghembuskan nafas terakhir beliau kira2 jam 7.30 malam akibat penyakit barah hati. Kira-kira jam 10.00 malam, jenazah telah dibawa pulang ke Taiping untuk disemadikan di sana pada keesokkan harinya. Buat Amin sekeluarga, diharapkan akan terus sabar dan tabah menghadapi ujian ini. Kami doakan semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman. Inysa Allah... Al-Fatihah....

Sabtu, 21hb April 2012. Pagi tu, hanya aku & Izwan sahaja yang hadir untuk berentap di dewan Aman Heights. Mujurlah sebelum sessi kami, ada 4 org player lain dah memulakan aktiviti badminton seawal jam 8.00 pagi.... Since dah tak cukup player.. kami terus join aje sessi kami dgn sessi dia org... Since skill deme boleh tahan, tak sia-sia jugaklah kedatangan Izwan pagi tu... Selesai game, sambung borak2 dgn Izwan sebelum kembali ke kediaman utk bersiap2 bagi meneruskan aktiviti selanjutnya.

Tepat jam 12.00 tengahari, aku & darlingku selamat tiba di Kompleks Sukan Bandar Tun Razak bagi menghadiri majlis perkahwinan kenalan lama di RTM... Shah bersama pasangan pilihannya, Aina.... Selamat Pengantin Baru, Semoga terus berbahagia dalam kehidupan di dunia dan di akhirat....

.

No comments:

Post a Comment