Sunday, July 4, 2010

Selamat Pengantin Baru... 3rd July 2010



Ooopppss... jgn salah faham ye... Ungkapan Selamat Pengantin Baru ini bukanlah utk aku dgn Kris Dayanti spt yg dlm gambar di atas... Ucapan ini ditujukan kpd dua org kenalan kami yg baru aje naik pelamin pd 3hb July 2010....


.
Pada 2hb July 2010... tepat jam 5.00 petang, dengan pantas kami bergerak pulang ke rumah sbb parent & adik aku sedang dlm perjalanan ke kediaman kami... Tujuan kedatangan mereka kali ini adalah bagi memenuhi jemputan majlis resepsi perkahwinan saudara kami yg akan berlangsung pd sebelah malam, 3hb July 2010 bersamaan dgn perlawanan suku akhir di antara Germany vs Argentina... (melepas aku...)


.
3hb July 2010, selepas selesai sarapan, aku sempat bawa family aku shopping2 @ Jusco Equine Park... Wife aku tidak turut serta kerana bertugas seawal jam 5.00 pagi... Setelah selesai di Jusco, perjalanan diteruskan ke Gombak/Setapak... Kami sempat menjemput darling aku yg dah selesai tugasnya di konti utk turut serta bersama2 kami.. Lokasi pertama... drop parent & adik aku di rumah uncle aku di Setapak utk menziarah sementara kami menghadiri upacara perkahwinan sahabat kami... Nan & Laila yg berlangsung di Dewan Persatuan Kebajikan, Taman Gombak Setia, Kuala Lumpur.... Nan ni merupakan adik kpd guitarist Ujang yg selalu muncul dlm Jom Heboh & Mentor tu... yg peliknya.. aku tak nampak pulak mamat tu masa majlis ni berlangsung... agaknya sibuk dgn persiapan Mentor akhir kut.... Apa2 pun... buat Nan & Laila, kami doakan kamu berdua akan berbahagia hingga ke akhir hayat kalian.... Selamat menjalani bahtera rumah tangga...





Merparti dua sejoli...


Dari luar dewan...



Diiringi pemuzik pipe ala2 scotish..



Sama cantik.. sama padan...





Zoom sikit...


Keadaan di dalam dewan..


Letih baru balik kerje ye..


Live band...
.
Dari majlis perkahwinan.. kami kembali semula ke rumah uncle aku di Setapak... Selepas selesai berborak... lebih kurang jam 3.00 petang, kami berangkat pulang ke kediaman kami sbb nak bersiap2 utk menghadiri jemputan persandingan sebelah malamnye...




Uncle gua... Mr. Basir..




My dad with cucu saudara...

.
Majlis perkahwinan Adam, anak kedua sepupu bapa aku, D. Ilyas Mohamed dgn gadis pilihannya Ezzan berlangsung dengan penuh meriahnya di Grand Ballroom, Hotel Mandarin Oriental Kuala Lumpur. Kami tiba seawal jam 7.00 malam dan sempat menunaikan solat Maghrib berjemaah di surau hotel yg terletak di tkt 2 bersama para tetamu yg lain. Sebelum jam 8.00 malam, kami semua sudah berada di Ballroom yg dihias cantik hasil kreativiti wedding planner terkenal, Pak Abu...
.
Selain dari saudara mara, ramai juga tetamu kenamaan yg sudi hadir memeriahkan majlis. Antara yg aku perasan pd malam itu adalah seperti Datuk Meer Sadik Habib (Habib Jewels), Datuk Seri Ahmad Fuad Ismail (Datuk Bandar KL), Datuk Nadzmi Salleh (BAM/Proton), Datuk A. Samad Said (Sasterawan Negara), Dato D.J. Dave & Datuk K (Siti Nurhaliza) dan beberapa org VIP dari Indonesia.
.
Majlis turut dimeriahkan oleh saudara Farouk Hussein (Warong Kita) selaku pengacara majlis yg turut mendedangkan sebuah lagu dan juga nyanyian daripada penyanyi undangan yg terdiri daripada Jaclyn Victor, Kris Dayanti dan Christina (Indonesia).
.
Buat kedua-dua mempelai, semoga kamu berdua berbahagia hingga ke akhir hayat...


Bergambar dari luar ballroom...


hasil sentuhan Pak Abu...




Live band...





No. meja kami sama dgn no. kete kami... hehhehhe...







My cousin merangkap our best friend...




Datuk K di meja 39...


Ketibaan mempelai...


Sama cantik.. sama padan...

Farouk ketika mendedangkan lagu...

Jac...


Kris Dayanti...

Kris berduet dgn Jac...


Gua bersama Dato DJ Dave...


Adik gua dgn Kris...


From left, my sis, my dad, farouk & my uncle..

Bersama Farouk...


Antara kenderaan rombongan pengantin... Ferrari F430


Aston Martin DB9


Lamborghini Gallardo

.

No comments:

Post a Comment