Tuesday, January 24, 2012

Chinese New Year Holiday - 2012

Gambar kenangan Abg Pak Li bersama Allahyarham Izwan Pilus 5-6 tahun yg lalu


Beberapa hari menjelang cuti Tahun Baru Cina, Jumaat, 20hb Jan 2012... ketika aku dan isteri sedang sabar menempuh kesesakan lalulintas dalam perjalanan pulang ke kediaman sambil mendengar Era FM... tiba-tiba, DJ bertugas mengisytiharkan berita kematian penyanyi dan pengacara muda, Izwan Pilus akibat daripada jangkitan kuman. Berita ini sepatutnya dijadikan peringatan kepada kita semua tentang matlamat perjuangan sebenar kehidupan yang selalu kita ketepikan akibat daripada perjuangan untuk meneruskan kehidupan dunia. Sesungguhnya, Allah S.W.T. boleh mengambil kita pada bila-bila masa tanpa perlu menunggu kita mencapai usia tua. Allahyarham Izwan Pilus, hanya setahun tua daripada aku... Jika kita dijemput pada usia yang muda... sudahkah kita bersedia dengan bekalan yang akan dibawa bersama nanti? Sama-samalah kita renungkan...


Hujung minggu sebelumnya... Ahad, 15hb Jan 2012... aku dan isteri berkesempatan memenuhi jemputan perkahwinan anak kenalan lama sewaktu aku memulakan kerjaya di Cyberjaya dahulu... Majlis berlangsung di kediaman Kak Midah di Sri Serdang aje... Tahniah buat Kak Midah dan suami yang dah selamat terima menantu.... Bila attend majlis ini, sekali lagi buat aku tersedar... dah semakin tua rupanya aku ni... Sewaktu mula-mula aku kenal Kak Midah kira-kira 10 tahun yang lalu, anak Kak Midah ni masih bersekolah lagi... tup..tup... dah jadi suami orang.... Cepat sungguh masa berlalu... Maknanya semakin suntuklah waktu yang kita ada untuk kumpulkan bekalan kita.... Sedikit kecewa sebab hajat nak jumpa sahabat2 lama di majlis ini tak kesampaian sbb kami sampai pun dah jam 2.00++ petang... mungkin ramai yang datang awal... mujurlah ada Kak Nab... dapatlah jugak mengembalikan nostalgia....



Dari kiri, Kak Nab, Kak Midah



Rabu, 18hb Jan 2012.. aku menghadiri kursus sehari di Uptown 5, Damansara.... lega rasanya kene gi kursus dekat tempat yang dekat2 macam tu... boleh le berehat2 lepas course nanti... Kalau hari biasa... dah tentu balik lambat... Hajat aku nak merehatkan diri pada hari tu tak kesampaian. Beberapa minit sebelum tamat course, aku menerima panggilan daripada darling... kereta breakdown dekat seksyen 17... mujulah dekat... aku pun bergerak ke sana memberikan bantuan... Punyalah dahsyat orang KL nie... sementara aku nak sampai, tak ada seorang pun yang beri bantuan... Udahnye, aku jugak yang tolak kereta ke tepi... mujurlah ada jugak seorang chinese guys yang berhenti membantu kami menolak kereta tu ketepi... Memandangkan waktu tu tengah sesak.. kami tinggalkan aje kereta tu dkt tepi jalan dan pulang ke rumah utk tenangkan fikiran... Lepas Maghrib, kami memulakan operasi menyelamatkan kereta.... Atas nasihat foreman, masalah mungkin berpunca daripada alternator yang mungkin dah sampai masa... Ini mengingatkan kami pada insiden yang sama sewaktu aku drive Proton Wira di Jalan Masjid India kira2 10 tahun yang lalu... mujurlah ada sahabat-sahabat seperti Ujang, Shyfull & Mat yang membantu... Usaha aku jumper battery kereta malam tu hanya berjaya seketika... udahnye, panggil tow truck utk bawa Masterpiece ke workshop Seng Cheong... mujurlah si Seng Cheong ni sanggup tunggu aku dekat workshop dia walaupun dah jam 12.00++malam.... udahnye... pukul 1 pagi jugak selesai... Lagi letih pada hari biasa...


Sabtu, 21 Jan 2012... aku mengambil peluang sempena cuti hujung minggu untuk beristirehat di rumah... Walaupun cuti panjang sempena Chinese New Year... seperti biasa, kami tidak akan pulang ke kampung sempena perayaan ini bagi memberi laluan kaum Cina memenuhi bandar Taiping... Kalau raya Cina... Taiping punye jam... lagi worst dari KL... tak caya, kome gi le sendiri... Tambahan pula wife terpaksa berkerja untuk cover sahabat2nya yang bercuti... Petang tu... aku layan tv rancangan Muzikal Ekstravaganza... kebetulan, waktu tu wife aku sedang bertugas.... masa aku layan, program tu dah separuh jalan... tengah syok2 layan... tiba2 aje program tu bertukar kepada Istimewa bersama Ning... tidak puas hati... aku pun call darlingku... "Kenapa tukar cerite Ning pulak nie?" rupa-rupanya... program Muzikal Ekstravaganza tu ada scene Arwah Izwan Pilus perform.... Allahyarham baru aje dikebumikan jam 11.00 pagi... takkan nak tayang dia perform bergembira atas stage pulak... Itu pun dah tertayang sedikit masa permulaan program... Nak salahkan deme pun tak boleh jugak... program dah ready beberapa hari sebelum tayangan.. mujurlah jugak darling aku sempat bertindak gantikan dengan program yang lain... Sabo ajelah....


Ahad, 21 Jan 2012... aktiviti kami pagi tu... operasi membersihkan rumah baru Mother aku dekat Putra Perdana.... kami berdua aje yang mengerjakannya.. mujurlah rumah tak beso mane... kalau tak penat le jugak... Sebelum memulakan operasi, kami sempat breakfast dekat food court kawasan Putra Perdana... tu yang syok dok area Melayu ni... banyak makanan yang sedap2... Tak lama lagi, Putra Perdana ni pun boleh jadi macam Ampang... Alhamdulillah, operasi berjalan lancar dan rumah kini sudah sedia untuk didududki.... Sebelah petangnya.. wife aku kembali bertugas dan aku yang kesunyian turut ke pejabat bagi membuat persediaan kerja untuk hari-hari yang mendatang...



Muka orang lapo...


Dah lama rasanya tak dapat tengok pelangi...






Isnin, 23hb Jan 2012... seluruh kaum Cina meraikan perayaan yang dinantikan, aku dan darling juga turut sama bergembira sebab this is the only time kami dapat spent time 24 hours together for this week. Sebelah pagi, kami lepak di Aman Heights sambil sattlekan kerja-kerja rumah yang perlu diselesaikan bersama.... Sebelah petangnya pula, kami menerima tetamu istimewa.... Azmer & Shakira telah berkunjung ke kediaman kami bersama-sama parent, adik, abang & kakak ipar Azmer.... Sorry sebab miscommunication yang telah menyebabkan tetamu kami terpaksa menunggu lama... Apa-apa pun, terima kasih sebab sudi berkunjung ke teratak kami... Insya Allah, next visit kita makan beso pulak... semalam sempat hidang cake dengan nescafe aje... Maaf ye...




Sekepulangan para tetamu kami, kami pun bersiap-siap nak ke rumah baru Bondaku di Putra Perdana... Since rumah dah bersih... kami pun mengambil peluang merasmikan kediaman baru tu... Kesimpulannya memang best, sejuk dan nyaman... Rumah yang terletak berdekatan tasik... macam2 bunyi kedengaran di waktu malam... terasa macam tengah camping... sebut tentang camping... masa aku nak masuk ke kawasan apartment... terdapat deretan kereta kaki pancing yang buat camp dekat tasik tu.... mujurlah aku tak terlibat dengan hobi memancing ni... kalau tak, jadi macam deme jugak le.... Keesokan paginye... sekali lagi kami breakfast di food court tempoh hari... ramai sungguh customernye hari ini... nasib baiklah kami tiba awal... kalau tak mahu setengah jam tunggu roti canai... Selesai di sana, kami kembali ke Aman Heights... isteri aku bersiap2 untuk bertugas sementara aku pula sediakan apa2 yang patut untuk rutin kerjaya seterusnya untuk minggu ini....


Teringat zaman mula2 memulakan kehidupan rumah tangga di KL 9-10 tahun yg lalu


Indahnya suasana pagi di sekitar tasik..




.

No comments:

Post a Comment