Sunday, January 8, 2012

Kawin vs Tunang...


Tanggal 25hb Disember 2011, sepupuku... Ejai, akan melangsungkan majlis pertunangan dengan gadis pilihannya di Muar, Johor. Ramailah saudara mara kami dari Perak yang akan turun ke KL bagi menyertai rombongan ini. Tidak ketinggalan, ibubapaku yang turun dari Tepen menaiki bas pada hari Jumaat, 23hb Disember 2011 yang lalu. Mengikut perancangan awal yang aku dengar, lebih ramai yang akan turun... Family Mat bersama parent dan adik beradiknye dah 2 kereta... Adin dan family 1-2 kereta, Abg Har bersama parent & adik2nye 1-2 kereta, Ejai sendiri dah 1 kereta, Pak Su, Opah... busuk2 pun 8-9 kereta jugakle... Udah macam rombongan kahwin... Pada hari berkenaan, ramai yang tak jadi pergi & jumlah konvoi yang menyertai rombongan telah dikurangkan kepada 5 kereta sahaja. Yang pastinya, aku tidak dapat turut serta dalam rombongan ini kerana perlu memenuhi jemputan perkahwinan anak kenalan di company lama yang kebetulan jatuh pada hari yang sama. Lagipun, pada aku, rombongan meminang tak perlu ramai macam rombongan kahwin dan patut disertai oleh golongan senior sahaja... Nanti x ada beza pula antara majlis tunang dgn majlis kahwin... Anyway, tahniah buat Ejai...



Beberapa hari (weekdays) menjelang hari pertunangan Ejai... Pagi tu, aku terpaksa minta wife aku hantar ke pejabat memandangkan hujan turun sewaktu aku sedang bersiap untuk berkerja. Kebetulan, ketika itu Masterpiece sedang dirawat di workshop. Wife aku yang kerja shift tengahari memang ada kelapangan untuk hantar aku cuma masalahnya ialah waktu nak balik nanti... She will be finished at 8.00pm... nak tunggu dia datang ambil... mahu pukul 9 malam. Kira2 jam 6.00++ petang... aku cuba nasib dengan menghubungi Adin.. Alhamdulillah, kebetulan Adin yang sedang bercuti ketika itu berada di lokasi tidak jauh dari pejabat aku... Apa lagi... tumpang dia ajelah... Sampai di Damansara, kami lepak dan Solat Maghrib bersama-sama sementara menunggu wife aku pulang dari pejabat. Setibanya wife aku di rumah, kami terus bertolak ke uptown utk makan malam bersama-sama. Hebatnya kuasa Allah... sebenarnya memang dah lama nak lepak dengan Adin. tapi tak sempat. Bila tak plan.. tahu2, jadi pulak... Apa2 pun, thanks to Adin sebab tumpangkan aku hari tu.. kalau tak, tak jumpa jugak matahari hari tu...




dinner bersama adin & anis di Uptown Damansara






Sabtu, 24hb Disember 2011, aku bersama darling dan parentku bergerak ke kediaman baru Wan Mah di Kajang selepas selesai urusan kami di Putra Perdana, Puchong. Sewaktu tiba di sana, kami dijemput oleh Ery memandangkan tak pasti lokasi sebenar rumah baru deme... rupanya senang aje... Di kediaman Wan Mah, suasana dah meriah sebab ramai jugak yang dah sampai. Family Pak Su, Adin, Romboangan Wanyah dan Opah dari Tepen dah pun tiba sejak dari semalam lagi. Beberapa jam kami lepak di sana.. selesai lunch lebih kurang jam 3.00++ petang, aku bersama darling dan bapaku bergerak ke KL sbb nak hantar wife aku yang ada urusan di pejabatnya. Mak aku ditinggalkan di kediaman Wan Mah kerana akan mengikuti rombongan meminang yang akan bergerak keesokan paginya.



Terasa sedikit terkilan dengan sikap Pak Su dan Mak Su yang menolak pelawaan aku untuk bawa Fandi berjalan2 di KL. Niat baik nak hiburkan hati anaknya yang sangat meminati bidang automotif tu telah ditolak secara sedikit kasar oleh mereka. Perancangan aku nak bawa dia ke Harley Davidson Kuala Lumpur yang kebetulan mengadakan event besar di sana sementara menunggu wife aku selesai urusannya di pejabat. Kemudiannya aku nak bawa dia bermandi-manda di kediaman kami memandangkan dah beberapa kali dia menyuarakan keinginannya itu setiap kali aku jumpa dia di Tepen. Bagi aku, jika mereka dah ada plan nak bawa the whole family jalan2 pada hari berkenaan, mereka sepatutnya cakap terus terang dengan cara yang lebih hormat. Tak perlu timbulkan suasana tegang dengan meninggi suara pada anak mereka tanpa memikir apa yang aku rasa. I'm willing to spent my money to entertain their son. Dia orang ingat apa? Takkan orang muda nak ajar orang tua macam mana nak berkomunikasi. Please respect people if you want people to respect you.


Ahad, 25hb Disember 2011... Orang2 Kristian sibuk menyambut perayaan mereka... Rombongan Ejai dah mula bergerak ke Muar bagi menjayakan majlis pertunangan yang telah dirancang sekian lama. Aku bersama darling dan bapaku pula bergerak ke Kelana Jaya bagi memenuhi jemputan makan tengahari di rumah Uncle Halim. Khabarnya, Zubir akan turun dari JB untuk makan tengahari bersama dan seterusnya akan mengikuti rombongan Nadia dan Fendi ke konsert Wings malam tu. Setibanya di rumah Uncle Halim, si Zubir tak sampai-sampai... rupanya tak jadi datang le pulak...

Sementara bapa aku sambung lepak di kediaman Uncle Halim, aku dan isteri bergerak ke Bangsar bagi memenuhi jemputan perkahwinan anak kenalan office lama aku... Adzriefaiz dan pilihan hatinya, Suliza. Adrzriefaiz ni merupakan pelakon dan pengacara yang sedang meningkat popular di persada seni tanahair. Antara rancangan yang menaikkan nama beliau adalah drama bersiri Jangan Bunuh Matahariku di TV2 dan rancangan makan angin yang disiarkan di TV9. Majlis perkahwinan ini agak simple dan meriah. Bagi aku ianya sangat bersesuaian. Tak banyak benda-benda yang membazir. Mata aku memang tertarik dengan Prosche Panamera yang diletakkan di entrance lobby dewan berkenaan... Mungkin wedding car kut. Tak pasti sebab aku berada dalam dewan semasa pengantin baru tiba. Semasa berada di dewan, dapat le jugak bertemu dengan beberapa rakan-rakan opis lama... Antaranya ialah Kak Pah, Kak Lidza & En. Mail serta anak2 mereka, Azie yang datang bersama Alya dan Abg Fuad yang datang bersama family... Hajat nak jumpa Yana, Fizah dan Abg Shahril menemui kegagalan...


Kak Pah with husbandnye..










Alyah with Azie..




En. Mail, Kak Lidza & anak2




Darling I bersama bonda Adzriefaiz, Kak Rozaini




Minggu seterusnya... kami berpeluang pulang ke Tepen setelah hampir 2 bulan tak jumpa jalan ke sana. Ini semuanya kerana aku yang baru sahaja bertukar kerja pada bulan November yang lalu tak dapat nak ambil cuti tahunan sebab masih berada dalam probation period. Mujurlah ada public holiday yang bersangkutan dengan cuti Sabtu Ahad... bolehle tunaikan hajat utk pulang ke sana.....


Perjalanan kami dimulakan seawal jam 6.00++ petang, Jumaat 30hb Disember 2011. Alhamdulillah, perjalanan agak lancar. Cuma air cond aje tiba2 kehabisan gas sewaktu hampir tiba di Changkat Jering. Semasa dalam perjalanan, tiba2 aje ada satu Myvi hitam yang tak puas hati memotong dengan laju sambil kasi hon dekat kereta gua sewaktu kami melepasi hentian rehat Sungai Perak.... rupa-rupanya... si Adin yang turut sama pulang pada waktu yang sama dengan kami. Sekali lagi... pertemuan yang tak dirancang... Mujurlah aku ni dah masuk 3 series... kalau tak... pasti aku kejar kereta tu.... Alhamdulillah, by 9.00++ dah selamat tiba di rumah.


3 Hari di Tepen... pagi Sabtu kami sempat breakfast di kedai Bihun Sup dkt Pasar Tani Tepen dan beli stock ikan2 fresh di Market Seri Kota utk dibawa pulang ke KL. Rutin biasa, layan anak2 buah di kediaman parent aku di Kota Jaya, anak2 buah di Kampung Boyan dan ziarah Opah di Simpang. Beberapa kali selisih dengan Adin tapi tak sempat jumpa. Janji nak jumpa di kediaman parent aku tapi dia tak sampai2. Penat Mak aku masak dekat dia... sabo ajelah... Mat pun turun Tepen pada hari yang sama. Aku sempat roger sewaktu aku ziarah Opah. Tapi dia tak turun sebab anak dia tido... Udahnye semua tak jumpa walaupun semua ada di sana...


Aku sempat refill gas aircond kete semasa di Tepen.. pricenye... 3 times cheaper than KL... Kami sempat jugak ziarah kediaman Abg Faez.... saja nak tengok Ibanez baru dia... sayangnya tak sempat aku nak test sebab dia dah terbalikkan tali gitarnye sbb dia memang main terbalik... Di kediaman parent aku... sempat le kami lepas rindu dengan apom dan kuih chakoi yang dah jadi menu wajib tiap kali kami balik sana. Perubahan ketara kali ini... si D'boy dah tak suka possing utk ambil gambar... entah apa pula anginnye... mujurle si Dina still maintain... Isnin, 2hb Jan 2012, kami bertolak pulang ke KL seawal jam 8.00pagi dan selamat tiba kira-kira jam 10.00++pagi. Alhamdulillah....


Perkara paling kelakar yang aku dengar semasa di Tepen... ada sebuah Masjid di Perak menganjurkan program sambutan tahun baru di Masjid bagi mengelakkan para remaja menyambut tahun baru cara barat. Dah tentu2lah tahun 2012 tu tahun masihi yakni tahun yang diiktiraf oleh orang barat... Apahal pulak orang Islam nak sambut tahun baru tu mengikut cara Islam. Orang Islam memang tak patut sambut pun tahun baru tu... Tunggulah awal Muhharam... baru le kita sambut... Tu le pasal orang suruh mengaji.. jangan main pakai logik akal aje....



@ Pasar Tani Tepen







Kedai Nasi Kandar baru.. berdekatan Convent. mcm port baik aje..




Operasi mengisi gas... murah siot...




Dina in action




Abg Faez with his new Ibanez...





Possing ala Korea... menyampah aku...



D'boy


.

No comments:

Post a Comment