Sunday, January 29, 2012

Hujung Minggu bersama Sepupu...



Cuti hujung minggu ini, barulah kami sempat meluangkan masa untuk beriadah bersama-sama sepupu merangkap best friend kami... Shakira & Azmer... Sabtu, 28hb Januari 2012, selepas Shakira selesai bertugas, mereka berdua bergerak terus ke kediaman kami di Aman Heights... Alhamdulillah, by 2.00++ petang, mereka dah selamat tiba.... Aktiviti pertama... kami bergerak ke Restoran Anjung di Sri Serdang bagi menikmati makan tengahari bersama.... Selesai lunch, kami pulang ke Aman Heights utk berehat sebentar sebelum meneruskan aktiviti seterusnya.... Selesai solat Asar, kami bergerak ke Putra Perdana untuk sama-sama menikmati keindahan kediaman baru bonda aku... Selesai melawat rumah, kami pun lepak dekat tepi tasik untuk minum petang sambil menikmati ketenangan suasana petang di sana...










Tempat ni macam dkt kedai Pak Jabit dlm cite Hantu Kak Limah...





Hampir jam 7.00 malam, kami bergerak pulang ke Aman Heights untuk persiapan aktiviti seterusnya... beberapa minit selepas kami tiba, darling aku yang bertugas dari tengahari selamat tiba di kediaman... Selesai Maghrib... kami pun meneruskan perjalanan ke Stadium Putra Bukit Jalil... Malam tu kami telah undang oleh Azmer yang merupakan warga kerja Media Prima untuk sama-sama menyaksikan full dress rehearsal Anugerah Juara Lagu ke 26.... Kami yang tiba tepat jam 8.30 malam hanya dapat masuk ke stadium kira-kira hampir jam 10.00 malam... Di dalam stadium, kami terpaksa menunggu lagi 1/2 jam untuk menyaksikan persembahan dimulakan. Terasa macam dalam filem Man Laksa... sebelum show dimulakan, deme dok kelam kabut repair stage... tak lama lepas tu.... Pak Jabit datang bagi speech sebelum show dimulakan....



MD malam tu... macam biasa... Datuk Ramli MS.... mmg class tak hingat... Opening show... yang sepatutnya dilakukan oleh Jamal, Awie dan Shiela Majid telah digantikan oleh Hazama, Black dan naib juara Vokal bukan sekadar rupa... Drp 12 lagu yang dipersembahkan oleh peserta pada malam tu.... hanya beberapa lagu sahaja yang aku rasakan betul-betul mencapai standard dan berpontensi menjadi juara lagu.... Lagu-lagu yang aku maksudkan... Sedetik Lebih-Jaclyn Victor, Gadis Semasa-Yuna, Kisah Hati-Alya, Sungai Lui-Aizat dan yang menjadi pilihan utama bagi aku... Awan Nano-Hafiz... Mlm ni kita tengok.. lagu mana yang kena...










Selesai show... kami bergerak ke Downtown The Mines untuk menikmati dinner memandangkan masing-masing dah lapar sebelum sambung aktiviti membelih belah di sana... hampir jam 3.00 pagi... baru le jumpa bantal utk lelapkan mata...


Dinner pada jam 1.00 pagi...




Ahad, 29hb Januari 2012.... aktiviti pagi kami dimulakan di Precinct 11 Putrajaya.... pagi tu kami ada appointment dengan tenant rumah sewa kami... Saje buat inspection sebelum beliau kosongkan kediaman hujung Februari ini... Insya Allah, by 1st of March kami boleh dapat tenant baru...



Dari Precinct 11... kami ke Precinct 9 bagi menikmati breakfast.... nak kata lunch pun boleh jugak sbb masa tu dah pukul 11.00++ pagi... Menu masing2 pun hevy2... deme bertiga belasah nasi lemak... gua pulak belasah nasi briyani terus... sabo ajelah... Sebelum kami pulang ke Aman Heights, dari Precinct 9, perjalanan diteruskan ke Precinct 17 untuk menziarah Nadia yg tak dapat sertai aktiviti hujung minggu kami kali ini sbb si Fendi kene gi keje.... Keje rajin2 ye Fendi...




Irina... adik kandung si Koko merangkap anak Kiki







Sewaktu di Aman Heights... masing-masing ambil kesempatan untuk charge battery memandangkan dah keletihan akibat kekurangan tidor.... Sebelum tetamu kami pulang kira2 jam 6.30 petang... kami sempat lepak berborak-borak di club house sambil menikmati angin petang yang menyegarkan... To Shakira & Azmer... thank you for your time... Insya Allah, bila ada kesempatan nanti... kita sambung lepak lagi....





.

No comments:

Post a Comment