Sunday, March 25, 2012

Bersama Sahabat - March 2012



10hb March 2012, aktiviti pagi Sabtu berjalan seperti biasa. Ramai juga sahabat yg tidak hadir ke gelanggang pagi tu... mujurlah ada jiran Cina yg sudi meluangkan masa berentap digelanggang untuk melengkapkan rutin senaman mingguan kami. Terima kasih kepada En. Mail & anak2 serta Azmer yg sudi bertandang menjayakan sessi berkenaan.


Selesai game, aku & Azmer singgah ke kediaman bagi menikmati sarapan pagi bersama-sama. Selesai breakfast, darlingku teruskan perjanannya ke pejabat. Aku yang ada kelapangan, setuju menyahut pelawaan Azmer utk turut serta dalam aktiviti beliau sepanjang hari tersebut.


Lokasi pertama kami, menjemput cousin aku, Shakira merangkap darling kepada si Azmer di pejabatnya... perjalanan diteruskan ke PPUM untuk menziarah Uncle aku yg admitted dkt sana akibat demam yang berpanjangan. Alhamdulillah, Uncle aku dah pun sihat dan dah dibenarkan pulang baru2 ni. Dari PPUM, perjalanan diteruskan ke Food Court berdekatan AMCorp Mall PJ bagi menikmati hidangan nasi kandar sebagai menu tengahari kami. Selesai santap, barule kami pulang ke kediaman baru Shakira & Azmer di Bandar Seri Damansara. Suasana di kediaman baru mereka sangatlah menenangkan. Dah macam berada di Aman Heights. Memang sesuai utk lepak2... Aktiviti hari tu... lepak2, borak2 sambil melayan Lawak Ke Der sampai lah ke malam... Sebelum berangkat pulang, kami sempat dinner bersama-sama di kedai mamak berdekatan kediaman mereka. Malam tu, si Azmer kena bertugas.... masa nak hantar si Shakira pulang... hujan turun selebat-lebatnye... tak jadi kami nak sambung lepak malam tu... Insya Allah, next time kita sambung lagi....











Sekali tengok mcm FT... dua kali tengok mcm Ajmain... Apapun, ko tetap Bob!





Selasa, 13hb March 2012.... kira2 jam 7.00 malam, aku dijemput oleh darlingku di pejabat. Malam tu, mmg saja suruh wife aku jemput aku sbb kami berdua perlu memenuhi jemputan sahabat lamaku yg agak lama jugak kami tak berjumpa.... Rakan yg dimaksudkan adalah Alan (bukan nama sebenar)... Petang tu, kakak & abang ipar Alan baru aje pulang dari Tanah Suci... bagi menyambut kepulangan mereka, Alan dan keluarganya turun dari Johor dan bertandang di kediaman kakaknya di Bukit Jelutong. Kami berdua turut dijemput hadir bagi meraikan kepulangan mereka di sana. Rupanya, kami tetamu pertama yg tiba. Sebaik selesai aje dinner, tetamu2 lain pun mula sampai... Lama jugak kami luangkan masa dkt sana.. Maklumlah, lama jugak tak jumpa Alan dan keluarganya. Ibubapa Alan pun turut ada malam tu. Alhamdulillah, mereka semuanya sihat. Teringat zaman remaja dahulu... kediaman keluarga Alan adalah antara tempat aku meluangkan masa pd waktu petang. Sbb tu le hubungan kami pun dah macam keluarga... Disebabkan Alan dan Rin hanya berada di KL sehingga keesokkan harinya aje... tak sempatlah aku bawa deme jalan2 berjumpa rakan2 yg lain. Anyway, to Alan & family... Thank you for the invitation. Next time.. kalau datang KL tu.. duduk le lama2 sikit... boleh le buat road tour mengadap rakan2... umah teman pun mike tak sampai lagi... ape ke haenye yoep!






Store yg baru dibina... comelnye...



My darling bergambar kenangan bersama Azrin (wife Alan)


.

No comments:

Post a Comment