Saturday, March 31, 2012

Weekend - March 2012




Kali terakhir aku melibatkan diri dalam career fair adalah kira2 4-5 tahun yang lalu. Kini, bila aku kembali bertugas di unit Recruitment... sudah pasti aku tidak akan terlepas drp melibatkan diri dalam program2 sebegini. Career fair pertama yang aku sertai sejak kembali ke bidang Recruitment & Sourcing pada November 2011 yg lalu adalah program karnival kerjaya anjuran Jabatan Tenaga Kerja yang telah diadakan pada 17 & 18hb March 2012 di PWTC, Kuala Lumpur. Program yang diadakan pada hari Sabtu & Ahad ini telah menambahkan lagi kesesakan di PWTC kerana pada hari yang sama, MATTA fair juga turut berlangsung. Aktiviti kami berlangsung dari jam 10.00 pagi hingga ke 6.00 petang. Tugas aku... menjalankan sessi temuduga dgn calon2 seramai mana yang boleh. Penat jugak le... Pengalaman terdahulu, just explain how to use our recruitment system & briefing about the company. Bila nak buat interview.. nak pulak dkt PWTC... mmg letih le yob... Nak kata apa... dah requirement drp pihak penganjur...





Org kuat yg memastikan kelancaran program, (dari kiri, Kak Lela, Rashidah & Kak Ham)




Program career fair tu telah membuatkan aku kerja tanpa henti selama seminggu. Rasa tak sabar pulak menunggu weekend seterusnye... Sabtu, 24hb March 2012... hari yang aku nanti-nantikan. Pagi tu, game badminton yang sepatutnya diadakan terpaksa dibatalkan berikutan kegagalan aku menempah dewan lebih awal (dah ada org lain cilok). Bagi menggantikan aktiviti senaman pagi minggu tersebut, aku & darlingku meluangkan masa memanjat bukit serdang. Dah lama jugak kami tak jalankan aktiviti ini. Pancit jugak dibuatnye. Selesai aje jungle tracking, kami bersiap2 ke Putra Perdana bagi menikmati breakfast di food court & sattlekan bayaran maintenance rumah di sana.


Semasa singgah disebuah kedai di sana, aku sempat tanya dgn tauke kedai tu berkenaan jalan short-cut ke Putrajaya yg aku cari2 selama ini. Akhirnye, kami jumpa jugak jalan tersebut. Punye le dekat... tak sampai 10 minit pun... tak ade tol pulak tu... Kami teruskan perjalanan kami ke Public Hall Precinct 8 bagi memenuhi jemputan perkahwinan anak Tuan Imam Surau Al-Faizun, Bukit Serdang. Aku pun tak tahu kenapa Precinct 8 menjadi pilihan En. Nazlan untuk mengadakan majlis perkahwinan anaknya. Anyway, tak isu pun.. bukannye jauh sangat Serdang dgn Putrajaya. Aktiviti seterusnya.... beristirehat dkt rumah. Lega rasanya...






.

No comments:

Post a Comment