Wednesday, May 13, 2009

Selamat Hari Lahir - 12th May 2009

Tanggal 12 Mei 2009, sempena ulang tahun kelahiran isteri tercinta, aku & wife aku telah mengambil cuti utk meluangkan masa bersama-sama. Pada hari tersebut juga, aku dan seorang lagi rakan sepejabatku mengambil kesempatan mengadakan majlis makan tengahari di Hotel Singgahsana PJ sebagai tanda kesyukuran di atas penghargaan yang telah diberikan oleh syarikat tempat kami bekerja kepada aku dan sahabat aku, Norli, untuk prestasi kerja kami sepanjang tahun 2008. Alhamdulillah, kalau tak kerana teamwork yang baik dari rakan2 sepejabat kami, tak mungkin kami akan menerima penghargaan tersebut.

Majlis bermula kira-kira jam 12.30 tengahari sehingga jam 2.00 petang. Agendanya hanya makan2 aje. Kira celebrate birthday darling aku sekali le. Selepas majlis tersebut, rakan2 yang lain pulang ke pejabat. Aku & wife aku pula terus ke Ikea utk mendapatkan idea2 yang bernas utk hiasan rumah baru kami nanti. Happy Birthday to my dear Fatiah. Selain drp darling aku ni, antara rakan2 yg turut menyambut ulang tahun kelahiran mereka ialah En. Mat (30 April), Alan (4 May), anak kepada Mat, Ashraf (5 May) & anak2 saudaraku Amin (9 May) & Irdina (16 May). Yg itu aje yg aku ingat sbb tarikhnya dekat2. Utk kalian semua, kami berdua mengucapkan happy birthday...













Kemelut Selesai, Maruah Tergadai...

Kisah utk dijadikan teladan dan pertimbangan anda tentang apa yg telah berlaku.

Disebuah kampung yg aman dan damai, tinggalnya seorang Tok Kadi tersohor, Ustaz Mazlan yg juga merupakan seorang Tok Guru yg tinggi ilmu pengetahuannya dlm bidang hukum hakam agama. Di kampung itu juga, tinggalnya dua orang kaya yg sangat dihormati oleh penduduk-penduduk kampung tersebut. En. Izhar, seorang jurutera yg hidup bahagia bersama-sama isteri tercinta yang bernama Farah dan 3 orang anaknya. Seorang lagi orang kaya di kampung tersebut adalah Dr. Nazri yang masih bujang trang tang tang dan merupakan bekas kekasih Farah.

En. Izhar merupakan seorang yang baik hati dan suka menolong orang-orang kampungnya tanpa mengira kaum. Sikap ini membuatkan segelintir orang kampung yang sangat pentingkan elemen perkauman, tidak senang hati. Dua puak berlainan fahaman yang tinggal di kampung tersebut, satu puak yg hidup berlandaskan Islam seperti yg diamalkan oleh En. Izhar dan satu puak lagi yang mementingkan perkauman dan hidup berlandaskan ideologi sekular yang diperjuangkan oleh Dr. Nazri.

Dr. Nazri yang sukakan kehidupan ala-ala barat telah berjaya mempengaruhi ramai orang2 kampung utk berpegang kepada ideologi sekular dan cuba membuat orang2 kampung, kaum Melayu khususnya utk membenci En. Izhar. Kampung tersebut didiami oleh kaum Melayu, Cina dan India. Dr. Nazri mendakwa yg En. Izhar ini tidak menjaga kebajikan orang2 Melayu kampung tersebut hanya kerana En. Izhar telah membantu penduduk2 kampung Cina yg miskin dan tinggal di pendalaman. Tetapi hakikat sebenarnya, Dr. Nazri mempunyai hubungan yang sangat intim dengan tauke-tauke Cina dan India yang kaya raya di pekan berhampiran yang mana akan dapat membantu beliau menambahkan lagi kekayaan duniawinya.

Nak dijadikan cerita, Farah yg merupakan isteri kepada En. Izhar, turut terpengaruh dengan dakyah yang di bawa oleh Dr. Nazri. Dlm masa yang sama, Dr. Nazri yg masih cintakan Farah, telah berjaya membuka pintu hati Farah utk menyintai Dr. Nazri semula dan mula bencikan suaminya sendiri, En. Izhar. Sejak daripada itu, hubungan En. Izhar dan Farah sudah tidak sebahagia dahulu. Lebih memburukkan keadaan lagi, ketiga-tiga anak En. Izhar turut berjaya dipengaruhi oleh Dr. Nazri. Perkara ini pun dirujuk kepada Ustaz Mazlan.

Ustaz Mazlan telah pun dimaklumkan berkenaan kemelut rumah tangga yang dialami oleh En. Izhar dan Farah. Dlm pertemuan diantara Ustaz dan En. Izhar, En. Izhar telah menyatakan hasrat beliau utk menyelamatkan rumah tangga yang telah dibina dan menegaskan yang beliau tidak mahu menceraikan isterinya, Farah. Dlm masa yang sama, Dr. Nazri yang turut datang berjumpa dengan Ustaz menyatakan perasaan cinta dan sayangya terhadap Farah dan anak-anaknya dan beliau sudah bersedia utk mengambil Farah sebagai isteri. Apabila Ustaz bertanya kepada Farah dan anak-anaknya, mereka turut bersedia menerima Dr. Nazri sebagai pegganti En. Izhar. Setelah didesak dan dinasihati oleh Dr. Nazri, Ustaz Mazlan, selaku Tok Kadi dan Tok Guru tersohor kampung tersebut telah mengarahkan En. Izhar utk menceraikan isterinya. Walaubagaimanapun En. Izhar dengan tegasnya enggan menceraikan isterinya kerana masih ingin cuba menyelamatkan isterinya yang tercinta daripada terus sesat di bawah pengaruh Dr. Nazri.

Keputusan En. Izhar enggan diendah oleh Ustaz Mazlan, lalu Ustaz Mazlan pun membuat keputusan utk menikahi Dr. Nazri dengan Farah walaupun Farah tidak menuntut Fasakh di Mahkamah, dengan alas an tuan punya badan dan ketiga-tiga anak-anaknya telah bersetuju dan enggan menjalani kehidupan bersama En. Izhar lagi.

Semasa upacara angkat nikah hendak dijalankan, Manaf, yang merupakan pengikut En. Izhar dan anak murid kepada Ustaz Mazlan bersama beberapa orang rakan beliau telah cuba menghalang perjalanan Tuan Guru mereka ke masjid utk menjalankan upacara tersebut. Mereka semua telah ditangkap oleh pihak berkuasa kampung tersebut dan diberi amaran yang keras. Tindakan Manaf utk menyelamatkan maruah Tuan Guru mereka daripada melakukan keputusan yang akan menjatuhkan maruah tersebut telah dianggap biadap dan kurang ajar oleh pengikut-pengikut Dr. Nazri dan mereka-mereka yang berkecuali. Upacara nikah tersebut telah pun berjaya dilaksanakan dan dengan bangganya Dr. Nazri mengatakan yang beliau kini adalah suami Farah yang sah.

En. Izhar yang tidak bersetuju dengan apa yang telah belaku telah mengambil keputusan utk membawa perkara ini ke Mahkamah Syariah. Dipendekkan cerita, dlm keputusan yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah, En. Izhar masih lagi suami Farah yang sah dan pernikahan yang dibuat oleh Ustaz Mazlan adalah tidak sah dan bertentangan dengan hukum agama. Antara sebabnya, En. Izhar tidak pernah menceraikan Farah dan tiada tuntutan fasakh yang dibuat oleh Puan Farah utk mendapatkan penceraiaan.

Akibat daripada kemelut rumahtangga En. Izhar, kreadibiliti Ustaz Mazlan sebagai Tokoh Agama yang disegani oleh penduduk2 kampung tersebut telah tercemar. Lebih memburukan keadaan, apabila ditanya kepada Dr. Nazri, “itu adalah keputusan Tok Kadi.” Penduduk-penduduk kampung lain yang mengetahui perkara ini asyik menperkatakan, bagaimana seorang Ustaz yang tinggi ilmu Agama boleh mebuat keputusan yang jelas bercanggah dengan hukum-hakam. Dlm masa yang sama, Dr. Nazri melepas tangan dan munuding jari kepada Ustaz Mazlan tentang apa yang telah berlaku. Jelaslah, Manaf dan rakan2 amat sayangkan Tok Gurunya kerana cuba menghalang upacara pernikahan tempoh hari. Sekiranya pernikahan tersebut dibuat mengikut prosedur yang betul, sudah tentu Manaf dan rakan-rakan tidak akan berani menghalang Tok Gurunya sendiri melaksanakan tugasnya sebagai Tok Kadi.

Monday, May 4, 2009

Salam Tahniah

Sekalung tahniah diucapkan buat sahabatku Omar K di atas penganugerahan Best Pop Album 2008 menerusi album Misha Omar yg diterima di AIM ke 16 baru2 ini. Teruskan perjuangan mu di bidang seni....

Salam Takziah

Salam Takziah diucapkan buat sahabat aku, Mohd Irwan Ramli yang baru kehilangan bondanya pd 3hb May 2009. Bondanya telahpun pergi meninggalkan mereka buat selamanya secara tiba-tiba pada waktu Subuh hari tersebut akibat daripada serangan jantung. Bondanya telahpun menghembuskan nafas terakhirnya dipangkuan sahabatku ketika dalam perjalanan menuju ke Hospital Kajang. Aku dan rakan2 kenalan yang lain telahpun diberi kesempatan utk menziarah mereka pd pagi tersebut dikediaman keluarga mereka sebelum jenazah di bawa ke Tanjung Karang utk dikebumikan. Kepada Mohd Irwan, harap dpt tabahkan hati menerima hakikat ini. Anda masih boleh terus berbakti kpd bondamu melalui kiriman doa dari anak yg soleh. Semoga roh bondamu ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Amin...

Saturday, May 2, 2009

Our New Baby...

Jangan terkejut... darling aku masih belum mengandung lagi... tajuk aje gempar... masih belum ada rezeki lagi... Our new baby yg dimaksudkan ialah Sharifah Memey... kucing neighbour kami yg dah menetap hampir dua minggu di rumah kami. Sebenarnye kami berdua masih bersedih dgn berita kehilangan Spacey yg merajuk sampai tak nak balik umah family kami di Kg. Boyan tu sbb dia ingatkan kami dah buang dia. Sampai hari ni pun dia tak nak balik lagi. Buat masa ni si Memey ni le yg menjadi pengubat hati kami. Memey ni kucing milik jiran kami yg telah diseksa sekian lama. Aku rasa tuannye bukan peminat kucing. Mungkin kucing ni pemberian hadiah dari seseorang. Kucing ini dulu dikurung dlm sangkar kecil dkt laman rumah tuannya. Kadang2 tuannye tak balik. So berlapar le si Memey ni. Dgn sisa kumbahannye yg penuh dlm cage, tak dicuci. Menjerit2 dia bila setiap kali mendengar bunyi kami pulang dari kerja.

Selalu jugak kami tuangkan makanan kucing dari sebelah, masuk ke cage dia. Itu aje yg terdaya. Sehinggalah pd suatu pagi semasa kami nak ke pejabat, terdengar kucing ni bunyi mcm nak mati aje. Kami pun dah tak boleh nak buat apa. Sewaktu pulang dari pejabat, tengok2 dia dah standby dkt bawah kereta aku. Agaknye tuannye saje lepaskan dia. Sejak dari hari itu, dia pun bahagia tinggal bersama kami sampai tak mahu keluar dari rumah kami walaupun pintu rumah kami terbuka.

Kami pun tak berkesempatan lagi bersua muka dgn tuannya. Seorang perempuan bujang berusia lingkungan 30an yg tinggal seorang diri. Pagi kami keluar, dia dah tak ada. Mlm kami balik.. kdg2 lampu rumah dia terbuka dan kadang2 lampu rumah terpadam. Tak tau le ape cerite sbb dia tak berapa suka nak bergaul. Kalau berkesempatan nanti, aku nak aje beli kucing ni drp dia. Itupun kalau dia nak jual le... Nanti kami nak pindah, tak tau le nasib si Memey ni mcm mana pulak.


New baby yg sebenar, D-Boy dah dpt adik perempuan. Kakak ipar aku dah selamat melahirkan anak kedua mereka pd 30hb April 2009 melalui pembedahan. Sama tarikh dgn Hari Lahir Mat. Congratulation to my brother & sister in law, tak lupa juga, selamat menyambut ulang tahun ke 29 buat Mat yg kini dah selamat menjadi warga Kajang...

Majlis Pertunangan Shakira - 1 May 2009

Alhamdulillah. Di atas limpah kurniaNya, akhirnye, sepupu yg close dgn aku ni telah pun selamat menjadi tunangan orang... Majlis yang berlangsung di kediaman keluarganya di Kelana Jaya telah pun berjalan dengan lancar dan jayanya pd 1hb May 2009. Ramai jugak yg telah meluangkan masa utk memeriahkan majlis tersebut baik dari pihak keluarga kami (perempuan) dan pihak rombongan keluarga bakal suami sepupu aku nie. InsyaAllah, jika diizinkan oleh Allah S.W.T., uncle dan aunty aku akan menerima menantu pertama mereka pd Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Al-maklumlah, dua orang aje puteri mereka, seorang dah dekat dah, seorang lagi tu, tak tau bila pulak. Apa-apapun, kami doakan u all akan berbahagia dengan pilihan masing-masing. Majlis tersebut telah bermula pd jam 5.00 petang. Romboangan pihak lelaki dikhabarkan datang dari negeri Kedah. Nanti kalau nak balik Kg. pihak lelaki, kalian berdua diwajibkan utk transit di Tepeng ye... Beberapa gambar yg sempat diambil pd majlis tersebut:

Debat perdana sebelum majlis dimulakan

Kek yg dibuat sendiri oleh Kak Sha. Class tu..


Hiasan bunga dari pihak perempuan



Nasib baik cukup.. kalau missing tu, aku le punye keje...




Barisan hantaran dari pihak perempuan



Disinilah tempat majlis menyarung cincin akan diadakan...



Yg ini tunang aku daa...



Yg ini baru budak yg nak bertunang tu..



Dah ready menanti rombongan pihak lelaki..



Barisan romboangan pihak lelaki... comel2 jgk... ni yg nak cari SY nie...



Para tetamu mengambil tempat sebelum majlis bermula



Jurucakap pihak lelaki (yg berpakaian gold tu..)



Hantaran dari pihak lelaki



Jurucakap pihak perempuan



Bersedia utk sessi seterusnya



Bakal ibu mertua telah selamat menyarungkan cincin di jari



Terharu le tu...










Inilah dia.. ubat batuk cap ibu dan anak...



Antara ahli keluarga yg sempat bergambar kenangan



Kami pun nak enterframe jugak..



Darling aku bersama birthday girl.. eh silap pulak..



Gunalah ubat gigi Mumin... semestinya halal...



Dua beradik ni.. sorang lagi ni rock abis...



Sessi seterusnye... makan le...





Para tetamu sdg asyik menjamu selera...



Malu-malu penguin le pulak....



Sama cantik, sama padan... bagai pinang dibelah dua...



Chewah...



Sesudah majlis... kita org lepak2 le...




Sidang khas Dun setelah mendapat perkenan Sultan...

Pesta Buku - PWTC (25 Apr 2009)

Sempena pesta buku 2009 di PWTC baru-baru ini, aku sempat meluangkan masa bersama-sama isteriku & sepupunye utk melawat dan membeli belah beberapa buku pd kadar harga yg lebih rendah dari harga pasaran. Pagi tu kami pergi agak lewat, around 10, 11 pagi. Traffic di sekitar PWTC pun dah agak sesak pd waktu itu. Kami park di pusat membeli belah The Mall. Mujurlah dkt situ masih ada banyak parking lot yang kosong.

Semasa di entrance PWTC, tiba-tiba aje seorang lelaki yg berpakaian rapi datang menghampiri kami dan ingin memberi buku secara percuma (kononye). Orang ramai lalu begitu sahaja, cuma aku aje yg berhenti nak beri peluang kpd lelaki tersebut menyatakan apa yg dia hendak katakan. "Bang, ambil le bang buku nie, kita bagi percuma aje.." pelik jugak aku, kenapa dia nak kasi percuma. "Buku ni kami edarkan utk kutipan derma anak-anak yatim" aku & wife pun memegang buku tersebut, buku himpunan beberapa buah hadith. Isteri aku pun menyelak buku itu dan didapati beberapa gambar orang tengah beri donation dkt anak2 yatim. Wife aku pun bertanya, "Siapa yang tulis buku ni?" mamat tu enggan menjawab dan menukar topik. "Saya sama2 turun dgn Dato' hari ni utk kutipan derma ni. Harga buku ni ada dkt belakang ni, Kalau abang nak bagi lebih pun tak apa" bila dgr dia ckp mcm tu, kami pun rasa tak berminat nak donate, lalu menyerahkan buku tersebut kpdnya dan berjalan menuju ke dalam. Yg kelakarnya, aku terdengar mamat tu menyebut "Masya"Allah" sambil menggelengkan kepalanya. Beberapa sebab kami tak berminat nak donate dkt dia; 1. approach yg agak menipu sbb mula2 dia kata nak edarkan buku tu secara percuma, suddenly price buku ni dkt belakang kalau abg nak kasi lebih pun tak apa. 2. Selain drp hadith2 (sahih ke tak?) yg kami pun tak tau siapa penulis buku tu dan dipenuhi dgn gambar2 org tgh kasi donation (apa kejadahnye..). 3. Mamat ni mencemar duli mengutip derma sbb nak ampu Dato' mana entah... (peduli apa aku dgn Dato' tu...). Nak aje aku suruh dia dengar lagu Herman Tino.. Tangan kanan memberi, sorokkan tangan kiri, derma bukan tontonan.... ko org cari le balik lagu tu ye...

Kami hanya sempat luangkan masa lebih kurang 1 jam aje dlm dewan tersebut. Tak tahan sbb ramai sangat orang. Sempatle juga beli beberapa buah buku aje.. Seronok mmg seronok, cuma orang ramai aje yg buat aku rimas. Aku mmg tak suka crowded2 ni. Di bawah ni ada beberapa gambar yg sempat di ambil masa aku di sana:

Sewaktu menaiki escalator di PWTC

lautan manusia yg berpusu2 di tkt bawah


Fatiah & Azura sempat bergambar di tepi escalator


Aku & darling ku sdg menuju masuk ke dlm dewan



Dato' A. Samad Said bersama para peminat




Selesai membeli-belah di PWTC, dgn segera kami keluar dari zon sesak tersebut dan menuju ke tempat yg lebih tenang utk lunch. Disebabkan dah lama sangat kami tak makan fast food, terasa teringin pulak. So, aku pun terus ke South City Plaza sbb dkt situ ada Marrybrown. Actually dah lama gile aku tak makan fast food kegemaran aku dulu. Reason, sbb aku dah boycott dia org, yg satu tu sbb ada contribution dgn Yahudi & yg satu lagi sbb American company. The only one Malaysian fast food restuarant, Marrybrown aje le. Lagi pun sedap jugak. Kesimpulannye, sokonglah barangan tempatan.. hhehe.. hehehe..hehhehe....


Tengah dok pikir nak makan ape...


Tak sabar menanti hidangan.. sedap beb...


Menyelerakan...



Ini aje yg sempat aku borong... tak cukup lagi nie.. income tax boleh potong RM 1000 utk bahan baccan.