Saturday, April 18, 2009

Balik Kampung - 10th April 2009

Pada 10hb April yg lalu, sekali lagi aku & wife pulang ke kampung. Kepulangan kali ni sebenarnya mempunyai 2 tujuan utama. Yg pertamanya sbb nak renew PR bapa mertua aku yg dah nak expired & keduanya sbb nak pujuk spacey balik ke rumah.

Utk makluman, kucing kesayangan aku, Spacey, yg telah ditransfer ke Kg. Boyan tu dah beberapa minggu tak pulang ke rumah. Menurut ibu mertuaku, kucing tu masih kelihatan di kawasan kejiranan situ, tetapi tidak mahu pulang ke rumah. Kemungkinan besar dia merajuk sbb dah lama sgt kami tinggalkan dia. Selalu tinggal kejap2 aje. Mungkin dia ingat kami dah buang dia. Sedihnye...

Pd hari tu, perjalanan ke Kampung dimulakan sebaik selesai waktu pejabat. Sudah sekian lama kami tak bertolak pd waktu sebegitu sbb selalunya kena pulang ke rumah terlebih dahulu utk menjemput kucing kesayangan. Sejak tak ada kucing di rumah nie, terasa bebas sikit utk bergerak. Tepat jam 5.00 petang, aku keluar dari pejabat menuju ke office wife aku. Kali ini abg ipar aku turut sertai kami. Wife aku jemput dia dkt stesen Komuter berhampiran pejabat seawal jam 3.00 petang. Alhamdulillah, dlm perjalanan tu, trafficnye tak le teruk sangat. Sepanjang perjalanan tu, kami relax2 aje. Berhenti solat, ambil minyak, kira-kira hampir jam 10.00 malam kami dah tiba di Taiping. Setibanyadi rumah, tak berapa lama selepas itu abg ipar aku sorang lagi pun tiba di rumah mertua aku bagi menceritakan apa yg berlaku sepanjang tempoh kempen dan hari pilihan raya kecil parlimen Bukit Gantang. Sampai pukul 1.o0 pagi kita org dok bercerita pasal tu aje.


Kalau mendengar gelagat org2 kita nie, mmg aku nak geleng kepala. Mana taknye, masih ramai lagi yg tak paham2. Ada yg terlalu emotional sampai bergaduh sesama sendiri. Yg sebenarnya bukanye org lain, kawan2 & sedare mare jugak. Disebabkan fahaman politik berbeza, ada yg sampai tak bertegur sapa. Aku pun hampir2 mengalami perkara yg sama jugak. Puncanya bukan apa, cuma nak tegur perkara yg benar. Masalahnya, org2 yg lebih tua sudah tentu tak boleh nak terima teguran dari org2 muda. Tapi aku tak ada le nak ambil port benda2 nie. Mungkin salah aku juga sbb cara aku tegur mungkin agak kasar hingga boleh menyinggung perasaan. Apa2 pun, niat aku ni baik. Tak nak org terlambat sedar. Kalau mereka2 menang debat atau perbicaraan di mahkamah dunia sekalipun, di mahkamah Akhirat, semasa hari pembalasan nanti, kamu semua akan tahu kebenarannya jugak. Maka jawablah kamu dgn lidah yg fasih di padang Masyhar nanti.


Antara perkara menarik yg aku dengar sepanjang kempen pilihan raya kecil yg lalu, semua rumah & kedai2 kosong habis disewa. Ada yg memberi sewa rumah kampung sehingga RM 3000 sebulan. Ada yg beri sewa rumah RM200 per head. Rumah utk dijual dpn rumah bapak aku pun diduduki oleh pasukan khas polis. Rumah mertua aku pun turut diduduki oleh rombongan para ustaz dari KL seramai 15 orang. Yg ini kita org tak kena sewa, kira fisabilillah aje. Tak semua org nak duit beb.


Ada juga aku dgr cerita ttg org2 melayu jahiliah yg jawab "kalau tak undi ... masuk neraka, aku rela masuk neraka drp undi ..." semasa kempen sdg dijalankan. Mmg terkejut jugak aku. Pernah jugak soalan ini diajukan kpd ustaz, mengapa ada sesetengah org, kita bagi kuliah, kita bagi tazkirah tapi hati dia tak mahu terbuka jugak?. Antara faktor2 kenapa Allah S.W.T. tidak mahu beri hidayah kpd mereka2 ini adalah kerana mereka tidak menjaga pemakanan mereka. Sumber rezeki mereka, tak kira halal atau haram, dia org main sebat aje. Daging yg dimasak dan dimakan, cara penyembelihannya mengikut kaedah yg halal atau sebaliknya. Inilah diantara punca2nya. Dari itu, aku ambil kesempatan mengingat diri aku dan rakan2 sekalian, hati-hatilah dgn sumber rezeki kita. Jgn sbb ko org rasa nak untung, ko org belasah aje. Tak kira halal ke haram semua ko org belasah. Kadang2 peluang dtg dpn mata, Allah saje nak uji kita. Ingatlah, kekayaan dari punca rezeki haram tak akan ke mana. Kalaupun kita kaya raya dgn wang mcm tu, kehidupan kita belum tentu bahagia lagi. Di dunia pun kita akan ditimpa bala, di Akhirat apatah lagi. Hakikatnya, yg memberi rezeki tu Allah, yg nak tarik rezeki pun Allah. So, ikutlah apa yg Allah suruh dan hindarilah apa yg Allah larang.


Ada jugak aku dgr cerita berkenaan ugutan yg dibuat kpd penduduk2 kg. oleh pihak2 yg tak bertanggungjawab. "Ko org kalau tak undi ...., anak ko org nanti tak akan dpt kerja dgn ......... Nanti dia org akan check ko org undi apa". Kata memperjuangkan melayu, kalau mcm ni memperjuangkan melayu atau memperjuangkan ahli? Dah le memperjuangkan bangsa tu sgt2 bertentangan dgn ajaran Rasulullah S.A.W. Inilah contoh demokrasi terpimpin mcm yg P.Ramlee kata dlm movie dia dulu. Mmg betul le aliff, min, nun tendang wau, sarkas. Sudahle ko org, para malaikat pun akan check jugak nanti... kalau Allah nak kasi turun bala, ko org boleh buat apa? Rezeki, jodoh, ajal, maut semuanya ditangan Allah. Tak perlu la takut dgn siapa2 kecuali Allah S.W.T. Dah banyak dah aku tengok CEO2 muda yg berjaya, dpt duit corner2, last2 tak leh makan tu.... tak leh makan ini... sbb mcm2 penyakit dah kena. Duit banyak, nasi pun tak leh makan. Ko nak cakap apa? Itu baru Allah tarik nikmat sikit aje. Sekali lagi aku ingatkan, aku ni bukan nak menentang, tapi sekadar nak mengajak semua org kembali kpd perjuangan sebenar yg dituntut oleh Allah S.W.T. dlm ajaran yg dibawa oleh Rasulullah S.A.W. melalu kitab Al-Quran dan hadis2 yg ditinggalkan sebagai panduan bagi manusia menjalani kehidupan di dunia yg sementara ini.


Niat aku nak berjumpa dgn kucing kesayangan tidak kesampaian. Mungkin sbb masa tu adalah waktu musim mengawan. Puas aku round satu kg. boyan tu. Tak jumpa2. Pagi sebelum aku balik tu, ada dia muncul di laman rumah, tapi dia tak nak masuk. Ada sekali aje masa lepas Maghrib sebelum aku berangkat ke rumah Opah aku, aku terdengar suara spacey tgh bergaduh dgn kucing lain. Bila aku panggil, dia tak datang pun. Kelibatnya pun tak nampak. Disebabkan aku tergesa2 nak ke rumah Opah aku, aku pun beredar begitu saje. Sehingga ke hari ini, dia masih tak muncul2. Apa pun, aku berdoa agar dia selamat. Kalau ada jodoh, InsyaAllah kita berjumpa lagi. :(


Kepulangan kali ini, aku tak bawa camera. So tak banyak le gambar yg boleh aku share. Gambar2 yg ada ni pun adalah sumbangan abg ipar aku dari klang tu. Dia bawa camera. Tapi tak banyak gambar aku boleh copy sbb bila dkt Taiping, dia jalan sendiri, aku jalan sendiri. Gambar yg ada di bawah aku pergi dinner beramai-ramai bersama keluarga mertua aku dkt satu kedai kuetiauw berhadapan kedai Singer di kamunting. Mmg sedap & murah. Sepinggan RM 2.50 aje. Banyak pulak tu. Mula2 plan aku nak pergi makan kuetiauw dolly dgn wife aku. Dah sampai pun dkt kedai, sekali tak ade meja kosong. So balik le ke rumah dulu. Rupa2nye abg ipar aku dah ada plan lain, kita org join ajele plan dia.











Kami berangkat pulang ke KL selepas makan tengah hari pd hari Isnin. Terpaksa ambil cuti sbb urusan dgn imegresen Taiping tu. Pukul 3.00 petang baru masuk highway. Sampai Klang waktu Maghrib. Punye le jam. Sampai rumah pukul 10.00 mlm. Mmg lena betul tidor mlm tu. Nasib baik esok tu boleh bangun pergi kerje.


Di bawah ni ada beberapa keping gambar yg aku terima dari seorang rakan pd awal minggu nie. Inilah sebenarnya perjuangan yg dituntut dlm Islam. Bukannye memperjuangkan Melayu semata-mata. Mengikut email yg diterima, kejadian ini berlaku di Perak.


Aku pun hairan jugak bila org isukan pasal non-muslim menggunakan petikan ayat Al-Quran dlm kempen politik baru nie. Terus terang, aku sbg org Islam, rasa gembira sbb mereka dah mula berjinak2 mempelajari isi kandungan Al-Quran. Al-Quran diturunkan sebagai rahmat kepada sekalian alam. Bukan sahaja utk orang Islam tetapi sekalian alam. Sekiranya non-muslim mengambil petikan maksud ayat Al-Quran utk tujuan yg betul dan ditempat yg betul, dgn maksud yg betul apa masalahnye. Ianya akan menjadi haram sekiranya digunakan utk tujuan yg salah dan tempat yg salah. Kalau digunakan utk benda yg salah, bukan sahaja menjadi haram kepada non-muslim, kpd org muslim pun ianya menjadi haram. Soal sebutan tu, kalau anak ko org yg baru belajar membaca Al-Quran, dok baca surah Fatihah dgn sebutan yg mmg tak berapa nak betul, ko org nak marah ke? Org tu belum pun peluk Islam, you expect dia nak baca dgn tajwid yg betul ke?


Tujuan sebenar pejuang Islam berkerjasama dgn parti2 komponen lain adalah utk menyebarkan dakwah dan bukan hanya semata-mata utk berkongsi kuasa sahaja. Buktinya, ramai di antara pemimpin2 tertinggi parti yg bukan beragama Islam sudah mula mengenali para Khalifah Islam, maksud2 ayat Al-Quran dan hadis2 Rasulullah S.A.W. Cuba tanya dkt non-muslim puak lagi satu, ada kenal ka itu Saidina Abu Bakar? sure tak tau punye. Ini adalah kerana penggabungan mereka bukan atas dasar dakwah tetapi hanya sekadar perkongsian kuasa semata-mata. Sebenarnya, org2 non-muslim ni tak kenal Islam yg sebenarnya. Tak ada usaha pun yg dibuat utk perkenalkan Islam kpd mereka sebelum ini. Bila dah kenal, mereka pun dah mula boleh menerima kehebatan Islam. Sygnye, masih ramai lagi org2 Melayu kita yg dilahirkan sebagai org Islam tapi mereka sendiri tak mengenali Islam sampai sanggup menjadi penentang perjuangan menegakkan syiar Islam. Akhir kata, petikan dari kata-kata tuan guru yg bermaksud lebih kurang mcm ni: sementara org melayu diberi peluang oleh Allah S.W.T. utk memperjuangkan Islam di Malaysia ni, ambillah peluang tersebut. Tak mustahil satu hari nanti org2 dari kaum lain pulak yg akan memperjuangkan Islam di Malaysia. Tanda2 awal kata-kata tu dah pun ada. Renung2kanlah....














Friday, April 10, 2009

Proton Ixora

Berikut adalah beberapa gambar Proton Ixora yg akan di lancarkan minggu hadapan. Aku ada baca komen dari org yg test drive kereta ni. Dari segi design & keselesaan & keluasan kereta ni, nampak okey. Tapi technically bagi aku mcm kurang puas hati aje. Enjin 1.6 CamPro, sama mcm enjin yg digunakan oleh waja, gen2 & persona. Body gedabak. Mcm mana performance dia kalau semua seat dipenuhi penumpang. Kalau drive solo pun sure dah rasa berat punye. Competitor, size lebih kecil & kemampuan enjin lebih besar. Tunggu le next week. Test drive sendiri baru boleh tau.










Sunday, April 5, 2009

Lawatan D'boy ke Kuala Lumpur - 2nd-4th Apr 2009

Pd 2 hingga 4hb April 2009, Parent aku bersama-sama adik aku & cucu kesayangan mereka telah membuat lawatan ke Kuala Lumpur. Mereka tiba di rumah aunty aku di Damansara kira2 hampir jam 6 petang. Selepas selesai menunaikan solat Asar, aku dan isteri membawa mereka menuju ke kediaman kami di Pucak Jalil. Kebetulan pd hari tersebut, Pusat membeli belah berdekatan rumah kami ada membuat special sales utk card members. So, boleh le bawa tetamu shopping sekali. Tiba di rumah, kami semua bersiap2 utk menikmati dinner di Warung Pak Mydin. Selesai solat Maghrib, kami pun bergegas ke restoran tersebut utk menjamu selera memandangkan masing2 pun dah kelaparan. D'boy, cucu parent aku ni tak berapa sihat pd hari tu. Katanya baru baik demam. So, dia punye mengada2 tu lebih sikit le. Asyik melekat dgnOpahnye aje. Sampai Opahnye tak boleh nak menikmati percutian dgn tenang. Dkt sana mmg Opahnye yg menjaganye. So, as long as Opahnye ada, dia tak kisah pun nak cari mak & abah dia. Cuma yg tak tahan tu, Opahnye nak makan pun susah. Nak buat mcm mana, cucu sorang. Nanti hujung bulan ni adik dia keluar, baru le dia tau.


D'boy, waktu kami sdg bersiap2 di kediaman kami

di Warung Pak Mydin


Saya nak ayam... nak ikan... nak burger... nak...



sedang menanti hidangan dgn penuh kesabaran & kelaparan



Mcm YB. pulak... buat lawatan dari gerai ke gerai



Dah mula le tu..
Selesai menjamu selera, kami pun berjalan kaki menuju ke pusat membeli belah dgn harapan nak shopping sakan. Pd hari tu, shopping complex tu akan ditutup pd jam 11.00 malam. So, sempat le lagi kami nak membeli belah. Mcm biasa le, bila ada special offer, yg dtg pun mestilah ramai. Disebabkan si D'boy tu meragam pulak mlm tu, mak aku terpaksa le melupakan hajat nak membeli belah. D'boy pulak tak berapa nak dgn org lain, so, aku, wife aku & adik aku terpaksa le shopping dgn secepat yg mungkin.

Semasa dlm perjalanan ke pusat membeli belah


Di sinilah parent aku terpaksa menunggu sementara kami membeli belah

Pada keesokan paginya, kami bercadang nak ke rumah ibu saudara aku di Kajang. Selesai sarapan pagi, kami pun bersiap2 nak ke Kajang. Hajat nak ke Kajang terpaksa dibatalkan disebabkan ibu saudara aku berada di Kelantan kerana mertuanya baru meninggal dunia. Kami pun bertukar destinasi ke rumah ayah saudaraku di Subang Bestari. Sebelum ke sana, aku sempat membawa family aku melawat rumah baru kami di Bukit Serdang. Kami tiba di Subang Bestari lebih kurang jam 11.00 pagi. Cadangnya nak melawat kejap aje sbb nak solat Jumaat di Tmn Tun. Tapi kena tahan pulak sampai pukul 3.00 petang. Kami menunaikan solat Jumaat di masjid berdekatan Subang Bestari. Seronok jugak, sbb ada Tazkirah sementara nak tunggu masuk waktu. Selesai makan tengahari di rumah Pak Cik aku, kami pun bergegas ke rumah aunty aku di Damansara. Nanti marah pulak aunty aku, dia dah masak banyak2 tak ada org nak makan.

D'boy di rumah pak cik aku di Subang Bestari


Layan diri, sbb banyak benda dia boleh main dkt situ


Bersama anak sepupu aku. Mcm Upin Ipin.


Dah penat le tu



Sempat si D'boy ni salin baju


Tengah happy bersama mak sunye

Hajat nak makan malam bersama aunty aku di Damansara terpaksa dibatalkan sbb sepupu aku dah bising2 ajak mak aku dinner dkt rumahnye di Kota Damansara. Dah banyak kali sepupu aku ni ajak mak aku dtg rumah dia. Kali ni tak sampai hati pulak nak tolak. Malam tu kami split sbb mak aku nak ke Kota Damansara & bapa aku nak tunggu uncle aku dari Kelana Jaya dtg ke rumah aunty aku di Damansara. So, aku, wife aku, adik aku, mak aku & D'boy dinner di Kota Damansara & bapa aku dinner bersama aunty aku & uncle aku di Damansara. Kami berada di rumah sepupu aku pun tak lama sbb uncle aku dari Kelana Jaya tu nak jumpa si D'boy ni. Lepas dinner, kami pun bergegas pulang ke rumah aunty aku. Entah kenapa aku lupa pula nak bawa camera masa di Kota Damansara tu.

D'boy bersama aunty aku yg dtg dari Kelana Jaya tu

Keesokan paginya, seorang lagi sepupu aku dtg mengajak parent aku breakfast di restoran Santai, di Tmn. Tun. Tepat jam 8.45 pagi, kami pun bertolak ke restoran tersebut. Kali ini wife aku tak ikut sekali. Wife aku terpaksa pergi ke Rawang pd pagi tu utk menziarah immediate bossnya yg baru kehilangan suami. Selesai breakfast kami pulang semula ke rumah aunty aku utk berborak2. Pd awalnya mak aku bercadang nak pergi shopping dkt shopping complex yg baru dibuka, tak jauh dari umah aunty aku. Disebabkan si D'boy ni tak tido2, so hajat tu terpaksa dibatalkan. Parent aku pun bersiap2 nak pulang ke Perak sbb adik aku nak kena balik ke kampusnye pd hari Isnin. Kira2 jam 11.00 lebih, parent aku pun bertolak ke Perak.
Lebih kurang jam 12.30, wife aku pun tiba utk menjemput aku. Dlm tergesa2, kami pulang ke rumah utk bersiap2 ke majlis hari jadi Mia (anak Izwan) spt yg diwar-warkan sebelum ini. Kami tiba di majlis tersebut pd jam 2.00 petang. Walaubagaimanapun, kelewatan kami ni telah dimaklumkan terlebih dahulu kpd Izwan pd awal pagi tu. Semasa majlis tersebut, aku sempat bertemu dgn Mat yg tiba lebih kurang waktu kami tiba. Majlis tersebut mmg meriah dgn kehadiran tetamu2 yg merupakan kawan2 & ahli keluarga Izwan dan isterinya. Bersama2 ini sedikit gambar sekitar majlis ulang tahun Mia yg pertama. (gambar tak berapa cun sbb camera aku dah mula buat hal)

Ashraf, dah mula pandai minum pakai straw


Mat bersama isteri



Isteri aku yg tgh sibuk menjamu selera


Aku bersama Ashraf di tepi kolam mandi


Ashraf dah pandai main wiper kerete



Teknik mengambil gambar sendiri



Birthday girl yg sudah keletihan. (dah pandai berjalan)



Tesya & Fatiah bersama birthday girl



Aku bersama tuan pengerusi majlis

Activities - 28th March 2009

Selepas lebih kurang dua minggu kami tak menikmati cuti hujung minggu, Pd 28hb March yg lalu, baru le kami dpt menjalankan aktiviti sosial bagi merelakskan kepala hotak yg selalu berserabut ni.

Pagi tu dimulakan dgn aktiviti menghantar kereta-kereta ni ke workshop utk diservice. Walaupun kete nissan aku ni, jumlah kmnye belum sampai masa utk diservis, kali terakhir aku hantar dia servis adalah pd dec 2008 yg lalu. Nak tak nak, kena le hantar dua2. Disebabkan aku mmg dah ngam dgn foreman aku tu, maka mengikut kebiasaannya, aku akan tinggalkan salah satu kereta dkt dia & bila dah siap, aku akan tinggal kan yg lagi satu utk di kerjakan. Nissan aku ni mmg jarang jalan. Kalau ada pun weekend dgn long distance aje. Kalau hari2 kerje, aku & wife lebih suka naik kancil. Al-maklumlah, kete kecil ni nak cilok2 pun senang. Sementara tinggalkan kancil dkt workshop, aku & wife teruskan perjalanan pagi tu ke Putrajaya utk ketemu sama sahabat lama yg mmg dah lama aku tak jumpa.

Setibanya di Putrajaya, kami terus menuju ke Precint 9. Tempat aku tinggal masa zaman bujang2 dulu. Lawatan ke Putrajaya ni mmg akan kami buat pd setiap bulan. Sebulan sekali kami akan breakfast dkt kedai mamak di Precint 9. Disebabkan aku baru tahu yg member lama tu tinggal dkt situ juga, so, aku pun buat appointment utk sarapan pagi bersama beliau. Pd asalnya, aku ajak member kita ni breakfast dkt kedai mamak yg aku selalu pergi tu, disebabkan dia org sana dan dah jemu mkn di situ, so, dia pun ajak kami breakfast dkt food court Precint 9. Aku pun tak tau masa bila food court ni wujud, tapi locationnye mmg cantik. Perancangan kami nak breakfast di situ terpaksa dibatalkan memandangkan ramai pulak gerai yg tak di buka. Jadi, terpaksalah kami semua berpatah balik le ke kedai mamak biasa tu.



Inilah member lama yg aku maksudkan. Mohd Shaiful Miraz (Sk. Simpang). Ko org ingat lagi ke? Sahabat kita ni sekarang berkhidmat di Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya. Sudah berumah tangga. Kalau rasa2 nak cari dia, ko org cari aje dkt Precint 9 tu. Itu kawasan dia sekarang ni.

Selepas selesai sarapan, aku & wife terus bergegas ke Ibu kota sbb nak pergi menonton wayang free yg aku promote sebelum ni. Kembara Seniman Jalanan. Aku suka pergi menonton wayang2 anjuran Finas nie bukannye sebab apa, saja nak merasa suasana mcm mana filem2 lama kita di tayangkan di pawagam pd zaman kegemilangannye dulu. Dgn suasana panggung yg lama dan reaksi para penonoton yg mcm tak pernah menonoton filem tu aje, mmg boleh feel mcm ko berada di zaman tu. Kebanyakkan filem2 yg ditayangkan tu mmg tak dpt tgk dkt wayang dulu sbb masa tu aku masih kecil. Kalau ada tengok pun, mmg tak ingat punye. Mcm biasa, bila dah abis show, ada sessi para pelakon bertemu dgn penonton. Mmg lain le.. masa tengok dlm wayang, semua kurus2, hensem2, muda2. Bila keluar, semua dah berubah.


Aku bersama poster filem tersebut di hadapan pawagam


Selesai menonton, aku & wife bergegas ke Kajang sbb ada appointment dgn contactor yg akan bikin rumah baru kami nanti. Contractor tersebut adalah contractor yg buat rumah rakan pejabat aku baru2 nie. Hasil kerjanye mmg memuaskan hati. Jadi kami pun tertarik utk menggunakan perkhidmatan mereka utk rumah baru nanti. Bikin umah ni bukannya boleh sebarang. Ramai member aku yg dah terkena. Bila nak murah, hasil kerja tak cantik pulak. Bila nak tolong Melayu, Melayu tolong jahanamkan kita pulak. Itu yg buat kita kena berhati2 bila nak memilih contractor nie. Tak yah tengok bangsa, yg penting aku nak mcm ni, harga mcm ni, setuju, on aje, tak payah nak corner2. Selesai pertemuan dgn contractor, aku pun call Mat, mana le tau kalau2 dia ada dkt Kajang sbb kedai contractor tu tak jauh dari umah baru dia. Ramalan ku benar belaka sbb dia mmg ada dkt kawasan tu, so aku & wife pun bergegas ke rumah baru dia buat pertama kalinye. Hajat kami nak masuk tak dpt sbb kunci grill umah mat yg baru siap ni tak ada pd dia. Katanya ada pd developer, masalahnye org yg memegang kuncinya tak ada pulak pd hari tu, so tengok dari luar aje le. Umah baru Mat ni terletak di Kajang, berdekatan dgn pasaraya Giant. Kalau nak cari, tak susah mana pun. Skg ni dia tgh buat final touch-up sebelum dia pindah. Tak lama lagi pindah le tu.

Di hadapan bakal kediaman rasmi Mat


Si comel ni yg sdg menunggu di dalam kereta


Bersama Ashraf di rumah barunye

Thursday, March 26, 2009

Kembara Seniman Jalanan - 28th March 2009


Bagi siapa2 yg masih tak ada apa2 perancangan pd hari Sabtu ni... marilah beramai-ramai kita serbu panggung Coliseum, Jln TAR pd 28hb March 2009. FINAS ada menganjurnkan tayangan percuma filem Kembara Seniman Jalanan lakonan M. Nasir. Antara pelakon2 yg turut menjayakan filem ini adalah seperti Khatijah Ibrahim, Pyan Habib, Amy Search, Ramli Sarip, Blues Gang, Imuda dan ramai lagi. Butiran majlis adalah spt berikut:
Hari : Sabtu
Tarikh : 28hb March 2009
Masa : 12.00 noon
Venue : Coliseum, Jln TAR
Dimaklumkan, ada sessi bertemu para pelakon selepas tayangan. Siapa yg akan datang, aku pun tak tahu. Kalau pergi, calling2 la ye.. InsyaAllah aku ada dkt sana. see u there.

Tuesday, March 24, 2009

Jemputan Majlis Ulang Tahun : Mia (4th April 09)

Kepada rakan-rakan yang mengenali Izwan Ibrahim, marilah kita beramai-ramai meluangkan masa yg ada pada 4hb April 2009, bersama-sama kita menghadiri jemputan ke majlis sambutan ulang tahun pertama puteri beliau, Milya Ireyna di kediaman mereka di Vila Pavilion, Bukit Serdang.

Butiran majlis adalah seperti berikut:

Tarikh : 4hb April 2009

Hari : Sabtu

Waktu : 12.00 tgh - 3.00 ptg

Venue : Hall, Villa Bukit Serdang, Tmn. Bukit Serdang, Seri Kembangan

Tema : Hijau, Putih atau Orange


Sila maklumkan kehadiran anda kpd Izwan selewat-lewatnya pd 27hb March 2009. Bersama-sama ini disertakan peta ke lokasi majlis.





Kita jumpa di sana....