Wednesday, December 23, 2009

Balik Kampung - 4th December 2009




Seminggu selepas Aidil Adha, selepas selesai sessi badminton bersama rakan2 di Aman Heights, kami berdua bersiap-siap utk bergerak ke Taiping. Dua hari kami ambil cuti kerana nak meraikan Aidil Adha dan majlis perkahwinan kenalan di Taiping. Alhamdulillah, kami selamat tiba di Kg. Boyan kira2 jam 4.00 pagi ++.

Kepulangan kali ini agak istimewa kerana kami berkesempatan melihat gelagat dua anak buah kami, Amin & Ali yg baru lepas di potong... Yg si abangnye steady aje... yg si adik tu aje yg lebih2 sikit...

Kami juga berkesempatan melawat kediaman baru abg ipar aku (Abg Faez) yg baru dibelinya di Taman Kaya. Alhamdulillah, rezeki yg diberi dari Allah S.W.T., proses pembelian rumah tersebut dpt berjalan dgn cepat dan lancar.









Selepas melawat kediaman Abg Faez, kami berdua terus ke kediaman parent aku di Kota Jaya. Keesokan paginya, selepas selesai sarapan pagi bersama parent aku, kami melepak di rumah Opah di Simpang. Semasa tgh asyik bersembang dgn Opah, tiba2 kami mendapat panggilan dari kakak ipar menyatakan yg mak mertua aku dimasukkan ke hospital akibat asma kira2 jam 500 pagi 6th Dec 2009. Dgn segera kami bergegas ke Hospital Taiping utk meninjau keadaannya...






Inilah kali pertama ibu mertua aku dimasukkan ke Ward hospital sepanjang usianya. Dah banyak kali dah beliau mengelak... kali ini terjerat jugak.... hehehehe... Utk makluman, kelima-lima anaknya dilahirkan di rumah aje.... Fobia hospital... Ibu mertuaku penat akibat tidak pantang makan... mcm2 dimakannya... daging... durian... yg paling worst, buah sukon... dpt juga merasa tido hospital selama 5 hari 4 malam.... Alhamdulillah, skg dah stabil di rumah....
Dlm kesibukan turun naik ward C6 hospital Taiping... kami sempat juga meluangkan masa menghadiri majlis perkahwinan kenalan yg berlangsung pd minggu tersebut.... Majlis pertama yg kami hadiri ialah majlis perkahwinan sahabat kita, Syahril Fariz (Ayie) yg berlangsung pd 6th December 2009 di Dewan Rakan Muda, Bukit Jana, Kamunting. Kami tiba agak lewat, so, ramai rakan2 yg dah pulang... walaubagaimanapun, aku sempat bertemu dgn sahabat lama kita... saudara Meor Hafiz semasa majlis tersebut....






Pd hari Isnin, 7th Dec 2009, kami berkesempatan menghadiri majlis perkahwinan sepupu Fatiah, Khairul di kediaman mereka di Gunung Semanggul... majlis ini sepatutnya turut dihadiri oleh ibu mertua aku, tapi nak buat mcm mana... ibu mertua aku masih ditahan di ward. Kami tiba agak lewat, org dah berkemas-kemas nak bungkus... tak kisah le.. janji kami sampai... lagi pun faham2 ajelah... ibu mertua di ward... kelam kabut le sikit... Apa2 pun, Selamat pengantin baru buat Syahril & Khairul... semoga bahagia hingga ke akhir hayat...







Kami berangkat pulang ke KL pd hari Selasa, 8th Dec 2009. Walaupun ibu mertua masih di hospital, kami terpaksa juga pulang kerana tugas. Alhamdulillah, perjalanan kami selamat....
.

Tuesday, December 22, 2009

Aidil-Adha 2009



Agak lewat sikit aku update blog kali ini... bukannye tak ada bahan... tapi agak sibuk dgn hal2 kehidupan duniawi.... hehehe... Banyak bende yg aku nak catatkan... so, aku mulakan dgn catatan Aidil Adha 2009...

Spt yg diketahui umum... Aidil Adha kali ini kami raikan di KL aje... Traffic pagi tu... lengang aje... kebetulan, sepupu aku si Mat dan Mak Cik aku di Kajang pun tak balik Tepeng juga... bukan berpakat... tapi kebetulan aje... Kaum kerabat Mat pun dah decide nak raya kat KL.. kami pun tumpang sekaki le...

Pagi tu, 27th November 2009, kami ke pejabat sekejap... aku perlu sattlekan online module yg diwajibkan ke atas setiap anggota di company. Kebanyakkan staff dah sattle.. aku aje yg buat last minute... Malangnye.. bila sampai ke pejabat... system closed... bengangnye... Pagi tu jugak kami melilau cari breakfast... Banyak kedai tutup.... Kedai mamak pun tutup... Nasib baik Syed Bistro dkt Bangsar bukak... ramai jugak org breakfast dkt sana... yg peliknye... bukan dia org makan roti canai... semua org pun makan nasi briyani pagi2... termasuk le kami juga....

Selepas solat Jumaat di Angkasapuri, kami pun bergegas ke kediaman Mat di Kajang utk meraikan Aidil Adha. Baru terasa mcm raya... Di sanalah family2 Tepeng yg ada di KL berhimpun. Thanks to Mat for juadah Raya yg disediakan oleh Maknye merangkap Mak Sedare aku... Lepas jugak rindu kat Kpg. Turut ada bersama, family Wan Mah (makcik aku), family Abg Ngah (Abg Mat) & parent serta adik Mat, Farah...



Selesai di rumah Mat, kami bergegas pulang ke rumah utk persediaan makan malam di rumah kami pula. Kira mini open house sempena Aidil Adha... Limited for family aje... Guests yg sama mcm rumah di rumah Mat... cuma family Wan Mah aje yg tak dpt turut serta sbb sibuk nak beraya rumah sedara mara dia org... Tetamu tiba kira2 hampir jam 8.00 malam... lepas dinner, sempat jugak kami kasi panas court badminton Aman Heights... sygnye... masa tu aku lupa nak bawa camera... Apa2 pun, thanks to semua yg sudi hadir memeriahkan majlis pd malam tu... nanti bila ada kelapangan... datang le lagi... kita kasi gegar swimming pool pulak....








.

Monday, November 30, 2009

Jemputan Perkahwinan - 6th December 2009


Alhamdulillah, baru-baru ini aku ada dpt panggilan telefon dari sahabat lama kita, Ayie atau nama sebenarnya Syahril Fariz yg akan melangsungkan perkahwianannya tidak lama lagi. Dikesempatan itu, beliau telah wakilkan kpd aku utk menjemput rakan-rakan seangkatan utk meraikan majlis persandingan beliau yg akan berlangsung seperti berikut:
.
Tarikh : 6hb December 2009
Hari : Ahad
Masa : 12.00 tgh hari - 4.00 petang
Venue : Dewan Kompleks Rakan Muda Kamunting, Jln Bukit Jana, Taiping Perak.
.
InsyaAllah, kami akan hadir ke majlis tersebut. Harap rakan-rakan sekalian akan turut melapangkan masa utk meraikan pengantin kita nanti. Buat Ayie, tahniah, Selamat Pengantin Baru & Welcome to the club....
.

Sunday, November 15, 2009

Badminton at Aman Heights...


Pada 13hb November 2009, Aman Heights Badminton Hall telah selamat dirasmikan... siapa yg merasmikan??? Siapa lagi kalau tak geng bebudak tepeng aku... Buat pertama kalinya dewan tersebut digunakan dan buat pertama kalinya juga kami dpt berhimpun semula di dlm satu dewan sekali gus menggamit semula memori zaman remaja kami sewaktu kami semua aktif dlm badminton lebih 1 dekad yg lalu.

Aktiviti dimulakan kira-kira jam 9.00 mlm dan berakhir kira-kira jam 11.00 mlm. Antara yg sudi hadir menjayakan aktiviti pd mlm tersebut ialah Mat sekeluarga bersama anak saudaranya, Adin, Izwan & Apay sekeluarga. InsyaAllah, aktiviti ini akan dijadikan aktiviti mingguan. Yg pastinya, this coming Friday kita On bermula jam 8.00 to 10.00 mlm. Thanks to Ita for the agar-agar milo mlm tu....



Adin bersama anak saudara Mat...

Izwan bergandingan dgn Mat



Mat & Apay...




Izwan bersama aku menentang Mat & Apay...




Gaya selepas tamat permainan



Penyeri majlis... Ashraf



Seorang lagi penyeri majlis, Daniel



Bergambar kenangan selepas kepenatan




Kiki bersama kawannya, Daniel




.

Majlis Perkahwinan Angah & Su


Pada 7hb November yg lalu, kami berkesempatan menghadiri majlis perkahwinan Angah & Su. Angah ni merupakan adik kpd sahabat wife aku. Majlis telah berlangsung di Banquet Hall, Universiti Putra Malaysia. Tak jauh dari umah kami pun...

Kami tiba di dewan lebih kurang jam 1.00 petang... waktu pengantin dengan bersantap... Besar gile dewannye.. As the son of VIP, dah tentu ramai VIPs dan org2 ternama yg hadir dlm majlis ni... antara yg dpt aku lihat semasa majlis tu ialah Dato' Sri Utama Rais Yatim, Dato' Zainuddin Maidin, Dato' Sabri Chik & Rosyam Nor.

Apa2pun, Tahniah diucapkan buat Angah & Su... Selamat Pengantin Baru, semoga berbahagia hingga ke akhir hayat...


Bertapa besonye banquet hall nie...



Sedap.. ada kambing tu...


Fatiah, Hafzan (kakak pengantin), Azura with Iman..



Aku sempat bergambo dgn Razak (abg ipar pengantin)



.

Sunday, November 8, 2009

Kehidupan Baru di Aman Heigths

Seperti yg dimaklumkan sebelum ini, secara rasminya kami telah berpindah ke kediaman baru kami di Aman Heights, Serdang Heigths Seri Kembangan pd 1hb November 2009. Pada hari yg sama, kami juga telah menerima tetamu pertama di kediaman baru kami iaitu sepupu merangkap sahabat rapat aku, Mat & keluarganya.

Berhijrah ke kediaman baru ini, mmg sangat memenatkan. Banyak benda yg perlu dibuat. Utk persiapan, aku telah bercuti dari 26hb Oktober hingga 1hb November 2009. Sepanjang tempoh itu, jadual aku penuh utk Aman Heigths sahaja. Sampaikan nak tukar address pun tak sempat.

26hb Oktober, Team Cathy datang pasang grille & team Aloha pindahkan sink lama dari dapur ke yard & setup sliding window di yard. 27hb Oktober, Sky Electrical setup air cond sementara aku & Fatiah cuci rumah utk kali pertama. 28hb Oktober, cuci rumah utk kali kedua. 29hb Oktober, pindah barang dari Puncak Jalil ke Aman Heights oleh team Fendi & pemasangan langsir oleh team How Yinn. 30hb Oktober, Pemasangan Cabinet & Wardrope oleh Team Aloha dan penghantaran peralatan elektrik oleh Sky Electrical. 31hb Oktober, setup lampu, kipas & frame gambar oleh Bentely Electrical. 1hb November, cuci rumah kali ketiga dan menerima tetamu Aman Heights yang pertama.

Pada 6hb November, tetamu pertama dari Taiping, keluarga ayah dan ibu saudaraku yg juga merupakan ayah dan ibu kpd Mat, Cikgu Adnan & Pn. Noriah bersama anak bongsunya, Farah. Tetamu seterusnya, sepupu Fatiah, Azura pd 7hb November 2009. InsyaAllah, kalau ada rezeki, kami akan buat house warming semasa menyambut Aidil Adha nanti.

Bersama-sama ini,disertakan gambar2 yg sempat dirakam semasa persiapan Aman Heights sbg kenangan...



Peralatan awal persiapan Aman Heights

Keadaan Dapur sebelum renovation


Persediaan Pemasangan Air Cond





Cuci rumah kali pertama


Fatiah siapkan rak buku yg dibeli dari Ikea


Inilah hasilnya...


Persiapan Cabinet & Wardrobe by Team Aloha






Lighting setup by Benteley Electrical


Kerja-kerja perpindahan by Team Fendi






Aman Heigthts after renovation










Tetamu Awal Aman Heights










.