Wednesday, September 8, 2010

Salam Aidilfitri 2010


Sempena menyambut Aidilfitri tahun ini, kami ingin memohon ampun dan maaf sekiranya ada melakukan kesalahan dan kesilapan kepada semua. Semoga Ramadhan yang telah kita lalui dapat memberikan keampunan, kerahmatan dan kebaikan kepada kita semua dan semoga Syawal kali ini akan menjadikan kita insan yang lebih baik seperti yang diharapkan. Selamat Hari Raya Aidilfitri dan berhati-hati ketika memandu pulang ke kampung nanti.
.

Sunday, September 5, 2010

Ramadhan 2010 - Pt. 3





Minggu terakhir Ramadhan 2010, aku telah mencapai usia aku yg ke 30... Sebelum aku cerita lebih lanjut berkenaan surprise yg dibuat oleh Uncle aku bersama geng gagak itam, catatan diteruskan dengan aktiviti2 yang berlangsung sepanjang round terakhir Ramadhan 2010...
.
Rabu, 01 Sept 2010, kami telah berkelapangan utk berbuka puasa di restoran JM Bariani House cawangan Bdr. Tun Hussein Onn yang diusahakan oleh kenalan kami. Actually, semasa launching hari tu pun kami telah dijemput ke sana tetapi tak berkesempatan... so, sebagai ganti jemputan tempoh hari le ni... First time kami menjajakkan kaki ke JM Briani house... masakannya memang tip top... yg pastinya, next time pasti kami akan ke sana lagi...

.
04th September 2010, seperti yg telah kami rancangkan sebelum ini, geng gagak itam akan turun berbuka puasa beramai-ramai di Banting... perjalanan kami dimulakan seawal jam 3.00 petang... by 4 pm. kami dah selamat tiba di kediaman sepupu aku, Kak Ani... Selesai Solat Asar, kami bergerak ke pekan Banting...



.
Selesai shopping2... lebih kurang jam 6.00 petang, kami tiba di lokasi buka puasa, Restoran Juvita Seafood, Banting... According to Kak Ani, it's the best sea food restuarant in town... menguatkan lagi statement... bila hampir semua meja restoran tersebut dipenuhi pelanggan... turut memenuhi meja petang tu adalah geng konvoi motosikal RD yang datang entah dari mana....


.
Antara menu kami malam tu... butter prawn, sotong goreng tepung, ikan siakap dan ikan kerapu 3 rasa, sayur kailan, tom yam seafood & ikan pari bakar... bila tiba waktu berbuka... confirm... inilah restoran seafood yang paling sedap yg pernah aku kunjungi... Dah le sedap... service pun bagus... pekerja pun ramah & harganya.. sangatlah berpatutan... semoga restoran ini akan terus maju.. maju.. dan maju... Yg pastinya... aktiviti berbuka puasa di restoran ini sudah dimasukkan dalam diari tahunan kami dan kami pasti akan berkunjung ke restoran ini setiap kali kami ke Banting...
.
Majlis berbuka puasa kami telah berjalan dengan jayanya seperti yang diharapkan... antara yang hadir... geng gagak itam: aku, darlingku, my cousin, shakira, azmer, nadia & fendi plus our special guests: my cousin selaku tuan rumah, kak ani plus my uncle and aunty, Mr. Halim & Mdm. Siti... Selesai dinner, kejutan telah berlaku apb surprise birthday cake telah dihidangkan sempena ulang tahun kelahiran aku... thanks to Uncle Halim and semua yg terlibat... mmg terkejut & terharu dibuatnye...






Sabar ye...


Makan time...



Shakira & Azmer..


Special Guests, Mr. Halim & Mdm. Siti...


Belasah bro...






Malu le pulak...


.
Dari restoran... kami semua menuju ke kediaman Kak Ani... selesai Solat dan berehat-rehat... perjalanan diteruskan ke tempat perusahaan kerepek yang terkenal di Banting... punye le ramai org walaupun dah lewat malam... seronok betul pengusahanya ye... tak payah tension2 mcm dkt KL nie... bisness tetap masyuk...


Coffee time at Kak Ani's house..


Mamat ni lagi...





Antara pelanggan kerepek...


Masih ramai walaupun dah lewat malam


Barisan konvoi...


Mini cooper gua yg menggantikan tugas wira itam Fendi..

.
Selesai shopping kerepek... perjalanan diteruskan ke Aman Heights sbb Fendi & Nadia nak kembalikan mini cooper kami yg dah 3 minggu dipinjamkan sejak kereta mereka hilang awal Ramadhan yg lalu... Alhamdulillah, rezeki mereka masih ada bila kereta mereka telah dijumpai semula...


Sambung sessi di Aman Heights...




.
Selepas pekena koko panas & kek birthday sambil berborak-borak di kediaman kami, para tetamu kami pun minta diri utk pulang ke kediaman masing-masing... InsyaAllah, bila tiba Aidilfitri nanti.. kami akan berkunjung ke kediaman mereka utk beraya bersama-sama...

.

Tuesday, August 31, 2010

53 Tahun...


Dah menjadi rutin tahunan.. bila tiba tanggal 31hb Ogos... sebelah paginya akan diadakan upacara perbarisan... malam sebelumnya... akan diadakan konsert kemerdekaan... Antara aktiviti-aktiviti yang menjadi simbolik rakyat Malaysia menyambut hari kemerdekaan negara... Sepanjang bulan Ogos... kebanyakkan anggota masyarakat akan mengibarkan jalur gemilang di kenderaan dan premis-premis (tahun ni tak berapa dpt sambutan)... Dan di kaca televisyen... akan disiarkan wawancara, drama dan rancangan-rancangan hiburan yang akan mentafsirkan erti kemerdekaan...
.
Mengikut kefahaman klishe, merdeka bermaksud negara ditadbir oleh anak2 tempatan sendiri... Pandangan peribadi aku... kita masih belum merdeka selagi mana negara kita diurus dan ditadbir mengikut sistem pentadbiran dan undang-undang dari kitab barat ciptaan org2 kafir yg akan membawa masyarakat ke arah kejahilan yang disangkakan kemodenan oleh masyarakat hari ini... Lebih menguatkan teori aku ini apb ada kes pesalah merayu-rayu nak laksanakan hukuman mengikut Islam tetapi mendapat tentangan oleh para pentabir tempatan kerana lebih takutkan pandangan masyarakat antarabangsa drp pandangan pencipta kita sendiri... Padahnya.. masyarakat semakin hancur... hancur... dan hancur... sama seperti masyarakat Jahiliah sebelum kedatangan Islam di muka bumi...
.
Kesimpulannya.... aku hanya akan sambut merdeka bilamana syiar Islam benar-benar dapat ditegakkan di negara ini.... itulah erti kemerdekaan sebenar bagi aku... Nak cite lebih2.. nanti masuk ISA pulak... tapi... lebih baik terperangkap dlm ISA sbb menegakkan Islam drp terperangkap dlm kubur yang sempit dgn azab yg menyeksakan kerana menjadi penentang Islam yg akan dihumban ke neraka permanently di hari akhirat nanti... Allahuakhbar....
.

Sunday, August 29, 2010

Ramadhan 2010 - Pt. 2



Round kedua Ramadhan 2010, rutin harian berjalan seperti biasa kecuali pada hari Khamis, 26hb August 2010. Kira2 jam 7.30 pagi, sewaktu kami baru tiba di kawasan letak kereta pejabat aku, kami telah menerima berita kematian saudara kami di Singapura. Aku sempat naik ke pejabat sekejap untuk delegate apa2 yg patut dan memaklumkan kepada rakan untuk Emergency Leave.


Dari pejabat, kami pulang ke rumah untuk mengambil passport masing2 sebelum meneruskan perjalanan ke kediaman sepupu wife aku di Mont Kiara. Kira-kira jam 10 pagi, kami selamat tiba di Mont Kiara dan kelihatan Uncle Arshad sudah menanti kami di lobby. Turut ikut serta dalam trip kali ini adalah seorang lagi sepupu wife aku, Abg Mahmud. Selepas menjemput Abg Mahmud di kediaman beliau di Hartamas, kami berempat menuju ke Volvo service centre utk tambah minyak power stering yg dikatakan sudah berkurangan semasa Uncle Arshad buat pemeriksaan pagi tu. Lebih kurang jam 11.00 pagi, kami pun memulakan perjalanan ke Singapura dengan kereta Volvo V50, 2.5, T5 milik sepupu wife aku yg sudah berada di Singapura pada waktu itu.


Kira-kira jam 1.30 petang, kami tiba di RNR Tuas. Berhenti utk Solat jamak dan isi minyak. Perjalanan diteruskan ke kawasan perkuburan Islam di Singapura memandangkan kami dimaklumkan bahawa jenazah akan disemadikan selepas selesai solat Zohor.




First time gua drive volvo... superb performance...


Baru nak isi borang imigresen semasa di hentian Tuas



Line clear.. x banyak kereta waktu tu...
.
Alhamdulillah, kira-kira jam 2.30 petang, kami selamat tiba di kawasan perkuburan. Jenazah telah pun selamat disemadikan. Selepas sedekahkan doa buat jenazah, kami teruskan perjalanan ke kediaman Arwah untuk menyertai majlis Tahlil. Selesai Tahlil dan bertemu dengan ahli keluarga, perjalan kami diteruskan utk menziarah ibu saudara wife aku di kediamannya di Beduk South. Kira-kira jam 5.30 petang, kami memulakan perjalanan pulang ke KL. Alhamdulillah, lebih kurang 8.30 malam kami selamat sampai di Mont Kiara. Mlm tu kami berbuka puasa dgn air dan roti di dalam kereta aje. Dari Mont Kiara, aku dan wife aku teruskan perjalanan ke Nano Wash Bistro, Bukit Jalil milik sahabatku untuk menjamu selera. Actually mmg dah buat appointment nak buka puasa bersama... tapi apakan daya... pukul 9.00 mlm baru boleh sampai di kedai... Buat keluarga Arwah, Takziah kami ucapkan atas pemergian insan yang disayangi. Semoga rohnya ditempatkan di golongan orang2 yang beriman. Amin...


Kawasan perkuburan...




Time to go home...



Terasa mcm Dato' pulak..



.

Tanggal 28hb August 2010... Kiki telah selamat melahirkan 4 ekor anaknya lebih kurang jam 2.oo pagi kut (kita org terlena)... Sangkaan aku mmg tepat bila sikap Kiki agak berlainan malam tu... banyak kali dia berkomunikasi dengan aku yg buat aku rasa mmg dia nak beranak malam tu... Lebih meyakinkan lagi bila telihat kesan tompokan tumpahan darah di lantai.. apa lagi, terus standby kotak untuk menyambut kelahiran anak2nye... Nama untuk anak2nye... Kiko, Koko, Kaka & Kuki...hehehe...




Kiki with her child...

.
Sebelah malam, 28hb August 2010, aku bersama wife aku dan sepupunya, Azura, telah melapangkan masa untuk berbuka puasa bersama-sama di restoran favorite wife aku, BALI di The Sphere, Bangsar South. Agak jarang kami berbuka puasa di luar tahun ini... setakat ini baru 3 kali aje... KFC, Nano Wash Bistro & Bali nie aje... yg lebih dashyatnye... aku langsung tak jejak Bazar Ramadhan tahun ini... banyak cook sendiri dkt umah aje... Selesai berbuka... terus ke Masjid RTM utk solat Maghrib dan run ke Serdang Heights utk Isyak dan Tarawih bersama jiran tetanggaku...


Fatiah on the phone with my cousin, Nadia...


Berselera ye...





.

Sunday, August 22, 2010

Ramadhan 2010 - 1st Week...



Alhamdulillah... dah lebih seminggu kita tempuh Ramadhan tahun ini... pejam celik2... tak lama lagi dah nak raya... Yg sedihnya... pagi raya tahun ni, confirm kami kena beraya di KL... nak buat mcm mana... darling gua kena bertugas....


.
Utk mengurangkan kekecewaan...selesai aje tugas di pejabat pada hari kedua Ramadhan (12th Aug 2010), aku pun bergegas pulang mengambil barang2 & Kiki sebelum menjemput wife aku di office utk pulang ke kampung. Perjalanan bermula kira-kira jam 9.00 mlm dan kami telah selamat tiba di kampung kira2 jam 12.00 malam. Semasa dalam perjalanan... kereta aku asyik lari ke kiri aje... dah tiba masanya utk aku check alingment agaknya...

.
Keesokan paginya...seawal jam 9.00 pagi aku dah bawa kereta aku ke kedai tayar... bila dia org test aje..... bukannya sbb alignment... rupanya tayar depan aku dah bengkak... antara perkara yg dirisaukan bila drive 4wd... tukar tayar... mau taknye... sebiji tayar lebih kurang RM 400... nak tak nak.. kena tukar le jugak...






@ Operation Theatre...



.
Selesai dikedai tayar... gua kasi dia mandi bersih2 sebelum gua park dia dkt porch umah parent gua... semasa di rumah parent gua... waktu bapa gua tolong keluarkan Merc dari porch... satu tragedi telah berlaku di mana daddy gua telah terlanggar motor dia semasa reverse sbb tak tengok belakang.... confident aje... akibat dari kemalangan tu.. maka terpecah le sikit bumper belakang Merc tu... nak buat cam mana... tanda2 awal nak convert jadi AMG le agaknye... Moral of the story... pandang lah belakang bila reverse.. nasib baik langgar motor... kalau langgar budak... lagi panjang cerite...

Berlubang sudah..

.
Rutin biasa bila aku balik Kg... Lepak umah mertua... umah parent aku... umah Opah... layan anak buah... shopping barang dapur & layan borak adik beradik... Yg confirmnye... sessi terjun sungai/kolam x dpt dilaksanakan bagi menghormati bulan Ramadhan... Semasa berada di Taiping, aku sempat bertarawih di masjid Kg. aku... disebabkan awal Ramadhan.. seorang member lama pun aku tak jumpa... maybe dia org semua balik bile dkt nak raya nanti kut...


Dina

D'boy...





.
Setelah lebih kurang 3 hari di kampung... Ahad, 15hb Aug 2010, selesai aje bersahur dan Subuh... kami pun bersiap2 utk berangkat pulang... kami kena pulang awal sbb darling aku kena bertugas malam tu... Alhamdulillah... dlm 11.00 pagi, kami dah selamat sampai di rumah... apa lagi..masa utk caj battery... layan tido le...


Ready to go...


Manjanye si gemok ni...


.
Pada 21hb Aug 2010... majlis berbuka puasa bersama geng gagak itam telah diadakan dikediaman kami... Selain daripada darling aku masak... 2 org lagi cousin aku turut membawa bersama juadah tambahan utk dinikmati bersama... antara menu malam tu... ikan siakap.. kari kepala ikan... ayam... cendawan... ikan cencaru... begedil... itik roasted & murtabak... nasib baik x ada kambing... kalau tak.... tak tarawih aku malam tu... selesai aje berbuka dan solat Maghrib... kami pun bergerak ke surau Bukit Serdang utk solat Isya' dan Tarawih berjemaah bersama masyarakat Bukit Serdang... sebelum tetamu kami berangkat pulang... sempat lagi kami adakan sessi meratah apa yg ada di atas meja... bile le kita semua nak kurus....

Sibuk le pulak dia nie..


Antara Chef yg bertugas...


Menu mlm tu..


Sementara tunggu waktu berbuka...






.
Ahad, 22hb August 2010.... kami berkesempatan melawat baby baru Mat di kediamannya di Kajang... Fatin namanye... Alhamdulillah, Ita (isteri Mat) telah selamat melahirkan anak kedua mereka pada jam 5.33 pagi, 10hb August 2010 bersamaan sehari sebelum Ramadhan... Dah sepasang dah anak deme... Dah tak manja le si Ashraf lepas ni... hehehehhehe....



Tiga beranak..

Batuk le pulak...


.