Sunday, August 29, 2010

Ramadhan 2010 - Pt. 2



Round kedua Ramadhan 2010, rutin harian berjalan seperti biasa kecuali pada hari Khamis, 26hb August 2010. Kira2 jam 7.30 pagi, sewaktu kami baru tiba di kawasan letak kereta pejabat aku, kami telah menerima berita kematian saudara kami di Singapura. Aku sempat naik ke pejabat sekejap untuk delegate apa2 yg patut dan memaklumkan kepada rakan untuk Emergency Leave.


Dari pejabat, kami pulang ke rumah untuk mengambil passport masing2 sebelum meneruskan perjalanan ke kediaman sepupu wife aku di Mont Kiara. Kira-kira jam 10 pagi, kami selamat tiba di Mont Kiara dan kelihatan Uncle Arshad sudah menanti kami di lobby. Turut ikut serta dalam trip kali ini adalah seorang lagi sepupu wife aku, Abg Mahmud. Selepas menjemput Abg Mahmud di kediaman beliau di Hartamas, kami berempat menuju ke Volvo service centre utk tambah minyak power stering yg dikatakan sudah berkurangan semasa Uncle Arshad buat pemeriksaan pagi tu. Lebih kurang jam 11.00 pagi, kami pun memulakan perjalanan ke Singapura dengan kereta Volvo V50, 2.5, T5 milik sepupu wife aku yg sudah berada di Singapura pada waktu itu.


Kira-kira jam 1.30 petang, kami tiba di RNR Tuas. Berhenti utk Solat jamak dan isi minyak. Perjalanan diteruskan ke kawasan perkuburan Islam di Singapura memandangkan kami dimaklumkan bahawa jenazah akan disemadikan selepas selesai solat Zohor.




First time gua drive volvo... superb performance...


Baru nak isi borang imigresen semasa di hentian Tuas



Line clear.. x banyak kereta waktu tu...
.
Alhamdulillah, kira-kira jam 2.30 petang, kami selamat tiba di kawasan perkuburan. Jenazah telah pun selamat disemadikan. Selepas sedekahkan doa buat jenazah, kami teruskan perjalanan ke kediaman Arwah untuk menyertai majlis Tahlil. Selesai Tahlil dan bertemu dengan ahli keluarga, perjalan kami diteruskan utk menziarah ibu saudara wife aku di kediamannya di Beduk South. Kira-kira jam 5.30 petang, kami memulakan perjalanan pulang ke KL. Alhamdulillah, lebih kurang 8.30 malam kami selamat sampai di Mont Kiara. Mlm tu kami berbuka puasa dgn air dan roti di dalam kereta aje. Dari Mont Kiara, aku dan wife aku teruskan perjalanan ke Nano Wash Bistro, Bukit Jalil milik sahabatku untuk menjamu selera. Actually mmg dah buat appointment nak buka puasa bersama... tapi apakan daya... pukul 9.00 mlm baru boleh sampai di kedai... Buat keluarga Arwah, Takziah kami ucapkan atas pemergian insan yang disayangi. Semoga rohnya ditempatkan di golongan orang2 yang beriman. Amin...


Kawasan perkuburan...




Time to go home...



Terasa mcm Dato' pulak..



.

Tanggal 28hb August 2010... Kiki telah selamat melahirkan 4 ekor anaknya lebih kurang jam 2.oo pagi kut (kita org terlena)... Sangkaan aku mmg tepat bila sikap Kiki agak berlainan malam tu... banyak kali dia berkomunikasi dengan aku yg buat aku rasa mmg dia nak beranak malam tu... Lebih meyakinkan lagi bila telihat kesan tompokan tumpahan darah di lantai.. apa lagi, terus standby kotak untuk menyambut kelahiran anak2nye... Nama untuk anak2nye... Kiko, Koko, Kaka & Kuki...hehehe...




Kiki with her child...

.
Sebelah malam, 28hb August 2010, aku bersama wife aku dan sepupunya, Azura, telah melapangkan masa untuk berbuka puasa bersama-sama di restoran favorite wife aku, BALI di The Sphere, Bangsar South. Agak jarang kami berbuka puasa di luar tahun ini... setakat ini baru 3 kali aje... KFC, Nano Wash Bistro & Bali nie aje... yg lebih dashyatnye... aku langsung tak jejak Bazar Ramadhan tahun ini... banyak cook sendiri dkt umah aje... Selesai berbuka... terus ke Masjid RTM utk solat Maghrib dan run ke Serdang Heights utk Isyak dan Tarawih bersama jiran tetanggaku...


Fatiah on the phone with my cousin, Nadia...


Berselera ye...





.

No comments:

Post a Comment