Sunday, August 8, 2010

BBQ @ Banting...



Alhamdulillah, BBQ session kami bersama cousin2 aku yang diadakan pada 7th August 2010 baru-baru ini telah berjalan dengan lancar... walaupun terdapat sedikit kelemahan, InsyaAllah, kelemahan2 itu pasti akan diperbaiki dalam sessi2 yang akan datang. Sebelum aku teruskan dengan cerite BBQ ni... aku nak cerite dulu ttg lawatan pendek parent aku baru2 ni...


.
4th August 2010, lebih kurang jam 8.00 malam, parent aku telah selamat tiba di Terminal Bas Bukit Jalil. Tujuan utama kedatangan mereka kali ini adalah untuk menghadiri sidang mahkamah berkaitan isu pampasan rumah ibuku yang tidak dapat disiapkan mengikut tempoh yang dijanjikan oleh pemaju Kenshine Corporation Sdn Bhd, anak syarikat Talam Corporation yang akan diadakan pada keesokan harinya di Pandan Lake Club, Kuala Lumpur. Disebabkan kami berdua pulang sebaik sahaja selesai waktu bekerja pada hari tersebut, darling aku sempatlah cook untuk dinner bersama-sama parent aku malam tu...

.
Keesokan paginya, selepas selesai sarapan pagi, aku bersama parentku menuju ke Pandan Lake Club untuk menghadiri sessi sidang mahkamah tersebut... Lebih kurang jam 9.30 pagi, kami pun tiba di ballroom ... Sidang tersebut berlangsung dgn aman dan majoriti pembeli terpaksa akur dengan cadangan pemaju untuk menerima 30% daripada jumlah LAD sebagai pampasan yg sepatutnya dibayar oleh pemaju kepada pembeli atas kelewatan menyiapkan projek tersebut. Lebih melegakan, pihak pemaju berjanji akan menyerahkan rumah tersebut kepada para pembeli pada hujung tahun ini. Harap2 selesai le...



Sessi pendaftaran...

Sementara tunggu sessi bermula...




Antara mereka yg hadir...


Barisan wakil pemaju.. jawable kome dkt akhirat nanti..


Close up sikit...



Proses membuang undi...



Sessi mengira undi..

Keputusan rasmi...

.
Selesai sessi tersebut, lebih kurang jam 1.30 petang, aku bersama parent aku teruskan perjalanan ke Subang untuk melawat pak cik aku di kediaman beliau di Subang Bestari. Lepas selesai borak2 sambil menikmati bihun goreng yang sempat disediakan oleh mak cik aku, kami pun bergerak pulang ke kediaman aku sebelum jalan di KL ni sesak dgn kenderaan2 org yg pulang dari kerje....

Berborak dgn pak cik aku di Subang Bestari
.
Semasa di rumah, kami sempat berbincang ttg hari parent aku nak pulang ke kampung... parent aku bercadang nak pulang pada hari Sabtu pagi & aku cadangkan mereka pulang aje pada hari Ahad pagi agar mereka dapat join our BBQ session yang dah kami plan lebih kurang 2 minggu yang lalu. Bincang punye bincang... sekali kakak ipar den call... masalahnye anak2nya tak ada org nak jaga + kakak ipar den tak dapat ambil cuti... Hajat aku nak parent aku berehat2 dkt sini tak kesampaian apb mereka terpaksa pulang pada malam tu jugak... sebelum mereka pulang, kami sempat singgah melawat aunty aku yg kini menginap di kediaman sepupu aku di Sri Hartamas. Lebih kurang jam 10.00++ malam, kami pun singgah di Terminal Bas, Jalan Duta. Cadangan aku untuk mereka pulang dgn keretapi telah ditolak sbb mereka nak tiba awal di Taiping. Aku bukannya apa... tak berapa confident dgn keselamatan bila menaiki bas ekspress especially bila tengah2 malam. Apa-apapun, Alhamdulillah, mereka telah tiba dgn selamatnya. Lesson yg kami sekeluarga dpt pada malam tu, next time nak tolong org, kenalah berpada-pada sbb tak semua org willing to help other people seperti mana kita menolong mereka...


Sementara menunggu bas di Jln Duta...
.
Jumaat, 6th August 2010, macam biasa, kediaman kami di Aman Heights akan dikunjungi oleh tetamu2 tetap kami. Sessi badminton malam tu dibatalkan tetapi sessi swimming tetap on seperti biasa. Aku tiba agak lewat sedikit sbb pulang lewat dari pejabat. Baru selesai ambil whuduk utk Solat Maghrib, cousin aku pun tiba... Kami plan nak dinner beramai-ramai malam tu... selesai Solat, dinner pun on le...


Antara Juadah yg disediakan...




.
Keesokan paginya, selepas selesai breakfast, kami gerak ke Bdr Tasik Permaisuri sbb nak tambah stok ayam HPA kami memandangkan ada penambahan ahli yang akan join our BBQ session malam tu... Yg pergi ke HPA tu sibuk membeli dan yg tinggal dkt rumah, layan dvd le pulak... Setibanya kami di rumah... yg pergi HPA tadi pun join layan dvd jugak... Tengah dok sibuk2 bersiap... yg dah siap asyik dok mengadap lagi dvd tu... cite papadom rupanye... Habis cite tu.. baru le kami memulakan perjalanan kami....

Sibuk melayan dvd...

Papadom...
.
Perjalanan dimulakan kira-kira jam 12.00 tengahari... Tak jauh mana pun... dua kali singgah stesen minyak utk isi minyak & pam tayar kereta... by 1.30 kami dah tiba di rumah cousin kami di Banting. Perkara pertama yg kami semua perak masa mula2 masuk rumah ialah sofa set cousin aku yg diperbuat daripada kotak... unik gile... sampai ada yang mintak nak beli... Selepas duduk borak2 kejap... operasi pun bermula... Shakira & Azmer tinggal di rumah uruskan ayam utk bbq dan yang lain2 bergerak mencari seafood dan barang2 lain... Seafood dkt Banting mmg haven... dah le fresh.. murah gile pulak tu... Next time datang... bawa kotak simpan ikan besar-besar...boleh buat stok sebulan... hehehheee...


Mulakan perjalanan dari Aman Heights



Pam tayar ke bang...

Tiba di Markas..

Nak cilok le tu...


Sessi mengangkat barang...


Tiga kereta yg menyertai konvoi..


Sofa made by kotak...

Tahan...

Gua pun nak test jugak...

Sessi borak-borak..


Memproses ayam..


adik...


Team mencari seafood...






Sambung cari buah pulak..


Apa hal lepas ke sini pulak...





.
Lebih kurang jam 6.00++ petang... kami pun memulakan perjalanan ke pantai utk cari port yg baik... tak sampai 15 minit we all dah sampai... Ahli tambahan tidak dapat hadir sbb perlu menerima tetamu di kediamannya. Lepas dah jumpa port yg sesuai, kami pun memulakan kerja setup dapur dan unggun api... Plan kami nak tengok sunset utk cari arah kiblat tak kesampaian bila matahari tak kelihatan. Nasib baik ada surau.. Solat dkt surau ajelah... Selesai Maghrib... sessi BBQ pun bermula... masak...makan..lepak... melalak... 10.30 mlm... we all pun bungkus semua barang2 utk bergerak pulang ke markas...



Mula perjalanan ke pantai...

Dlm perjalanan..


Dah tiba dah...






































.
Setibanya di Markas, masing2 tunggu giliran nak ke bilik mandi... lepas semua dah hensem... perjalanan diteruskan ke Uptown Banting.... masa tu dah agak lewat dah.. lebih kurang jam 12.00 mlm. Banyak gerai yang dah tutup... Org Bating tido awal... tak mcm org kat KL... tak reti tengok jam...





.
Keesokan paginya... tugasan diteruskan... cuci pinggan & prepare breakfast... bila dah selesai... we all breakfast beramai-ramai... selesai aje breakfast... aku & darling aku terpaksa minta diri memandangkan masing2 ada appointment yg perlu dipenuhi... wife aku dah janji nak shopping raya dgn cousinnya di Jalan TAR & aku perlu attend opening kedai member aku yg baru aje memulakan operasinye...




Baru bangun bang...

Makan time...


.
Lebih kurang jam 12.30 tengahari, aku pun tiba di hadapan kedai sahabat aku... Nano Wash Bistro yg terletak di shop lot berdekatan AFC di Bukit Jalil. Kedai yang diusahakan bersama-sama oleh Izwan, isterinya dan keluarga mertuanya ini menjalankan operasi dobi dan bistro dibawah satu bumbung. So, siapa2 yang nak hantar baju or nak makan2... singgah2 le dkt kedai dia nie ye... machine2 yg digunakan.. mmg yg terbaik... dan ayam dkt kedai dia ni... mmg sedap... tak percaya... try le sendiri... Apa2 pun... Buat Izwan... kami doakan ko akan terus berjaya... Dah langkah setapak lagi ni.. teruskanlah langkah bertapak-tapak lagi... Melihatkan kejayaan si Izwan nie... tak sabar pulak rasanye aku nak ceburi bidang perniagaan... Nak buat mcm mana... modal tak cukup lagi.. pelan2 kayuh....





Usahawa baru..












Nasib baik tak mabuk... (non alchohol)..


Sedapnye...


Izwan with his lovely daughter, MIA...



.

No comments:

Post a Comment