Tuesday, August 31, 2010

53 Tahun...


Dah menjadi rutin tahunan.. bila tiba tanggal 31hb Ogos... sebelah paginya akan diadakan upacara perbarisan... malam sebelumnya... akan diadakan konsert kemerdekaan... Antara aktiviti-aktiviti yang menjadi simbolik rakyat Malaysia menyambut hari kemerdekaan negara... Sepanjang bulan Ogos... kebanyakkan anggota masyarakat akan mengibarkan jalur gemilang di kenderaan dan premis-premis (tahun ni tak berapa dpt sambutan)... Dan di kaca televisyen... akan disiarkan wawancara, drama dan rancangan-rancangan hiburan yang akan mentafsirkan erti kemerdekaan...
.
Mengikut kefahaman klishe, merdeka bermaksud negara ditadbir oleh anak2 tempatan sendiri... Pandangan peribadi aku... kita masih belum merdeka selagi mana negara kita diurus dan ditadbir mengikut sistem pentadbiran dan undang-undang dari kitab barat ciptaan org2 kafir yg akan membawa masyarakat ke arah kejahilan yang disangkakan kemodenan oleh masyarakat hari ini... Lebih menguatkan teori aku ini apb ada kes pesalah merayu-rayu nak laksanakan hukuman mengikut Islam tetapi mendapat tentangan oleh para pentabir tempatan kerana lebih takutkan pandangan masyarakat antarabangsa drp pandangan pencipta kita sendiri... Padahnya.. masyarakat semakin hancur... hancur... dan hancur... sama seperti masyarakat Jahiliah sebelum kedatangan Islam di muka bumi...
.
Kesimpulannya.... aku hanya akan sambut merdeka bilamana syiar Islam benar-benar dapat ditegakkan di negara ini.... itulah erti kemerdekaan sebenar bagi aku... Nak cite lebih2.. nanti masuk ISA pulak... tapi... lebih baik terperangkap dlm ISA sbb menegakkan Islam drp terperangkap dlm kubur yang sempit dgn azab yg menyeksakan kerana menjadi penentang Islam yg akan dihumban ke neraka permanently di hari akhirat nanti... Allahuakhbar....
.

No comments:

Post a Comment