Wednesday, August 11, 2010

Salam Ramadhan - 2010


Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah S.W.T. kerana masih diberikan kesempatan, kesihatan dan kekuatan untuk terus menjalani ibadah di bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan dan kerahmatan. Malam semalam, kita telah pun menjalani ibadah sunat Tarawih. Pagi ini, bermulalah ibadah puasa hari pertama kita utk tahun 2010. Semoga ibadah kita tahun ini dapat dipertingkatkan (lebih baik) berbanding dengan tahun-tahun sebelum ini.
.
Dikesempatan ini, kami sekeluarga ingin mengucapkan tahniah buat sahabat merangkap sepupu aku, Mat dan isternya, Ita kerana baru sahaja dikurniakan anak yang kedua pada 10hb August 2010 (sehari sebelum Ramadhan). Ita telah selamat melahirkan anak perempuan mereka pada jam 5.33 pagi di HUKM, Kuala Lumpur. Dah sepasang dah anak deme ye... Alhamdulillah, rezeki... InsyaAllah, bila ada kesempatan, kami akan buat kunjungan tak lama lagi...
.
Buat para sahabat dan diri saya sendiri, gunakanlah peluang yang ada disepanjang Ramadhan ini untuk tekun beribadah kepada Allah S.W.T. sementara masih diberi kesempatan. Jangan bertangguh-tangguh untuk membuat kebaikan kerana belum tentu kita akan dipertemukan dengan Ramadhan yang akan datang.
.

No comments:

Post a Comment