
Antara bahan yg tak sempat aku siarkan sebelum ini... Majlis perkahwinan sepupu aku, Nadia dgn jejaka pilihannya, Fendi... Alhamdulillah, mereka berdua telah selamat diijabkabulkan pada sebelah petang hari Jumaat, 26hb March 2010 di Masjid Kelana Jaya... Majlis tersebut telah dihadiri oleh keluarga terdekat dari kedua-dua belah pihak...

Keesokan harinya, 27hb March 2010, telah berlangsung majlis Resepsi mereka di Dewan D'kelana, Kelana Jaya... Ramai tetamu yg telah sudi hadir ke majlis ini memandangkan kedua-dua pengantin berasal dari Kelana Jaya.... bila dicampur saudara mara dgn jiran tetangga... naik sesak dewan dibuatnye...











Selesai majlis... kami bersama ayah, ibu & anak saudara aku pulang ke kediaman kami di Aman Heigths... Semasa di sana.. sempat jugak aku bawa si D'Boy berenang-renang di kolam.... Sepanjang pengalaman aku train budak2 berenang.... inilah yg paling mencabar...





Sebelah malamnye.. kami sekeluarga keluar dinner di restoran Bali @ Bangsar South... Yg bestnye.. kemana aje kami pergi.. si D'Boy mesti bawa mainan motor yg dia ambil dari bakul mainan di rumah aku...




Keesokan paginya.. kami breakfast di kedai mamak berhampiran rumah sebelum menuju ke rumah aunty aku di Damansara. Motor mainan tu tetap ada jugak...
Lebih kurang sejam lebih di sana... parent aku pun bersiap2 nak berangkat ke Taiping bersama-sama dgn abg aku.... Sebelum pulang.. sempat jugak berjumpa dgn uncle & aunty aku (mak bapak pengantin) yg turut hadir di Damansara....
No comments:
Post a Comment