
Jumaat, 28hb May 2010... Public Holiday sempena hari Wesak... seronok jugak sbb tak payah bersiap awal pagi ke pejabat... yg tak syoknye... walaupun cuti.. banyak jugak keje pejabat yg perlu aku sattlekan dgn segera... cuma advantagenye.. aku boleh buat dkt umah le...
.
Pagi tu, selepas breakfast, aku & darlingku bergerak ke kediaman sepupu aku (Mat) di Kajang.... tujuan utama adalah nak ziarah ayahanda beliau yg baru selesai operation di HKL. Alhamdulillah, keadaannya sihat. Cuma perlu tunggu di KL sbb nak menjalani operation lagi pd hari Selasa yg akan datang... apa2 pun, doa semoga beliau cepat sembuh.
.
Lebih kurang jam 11.00 pagi, kami berangkat pulang ke rumah.... Al maklumlah, hari Jumaat... nak kena bersiap2 utk Solat Jumaat... bukan senang aku nak dpt Solat Jumaat bersama jiran tetanggaku di Masjid berhampiran kediaman kami... Setibanya di car park... terdengar bunyi riuh rendah di hutan berhampiran... bila buat tinjauan... a group of monkeys tgh dok bertekak... sempat le aku snap gambo deme... rasa mcm dkt zoo pulak...


.
Petang tu... aku mulakan metelaah kerje2 aku tu di rumah.. penat le jugak... walaupun sibuk... malam tu badminton on jugak... 3 org aje yg hadir.. maklumlah, cuti 3 hari.. ramai yg outstation... penatle layan game single aje...
.
Keesokan harinya, kira2 hampir jam 12.00 tengahari.. aku mulakan perjalanan ke Kelab Shah Alam utk menghadiri majlis perkahwinan anak NekCun... disebabkan jalan tak jam, 12.30 kita org dah tiba di ballroom... majlis tersebut mmg meriah... ramai jugak sahabat2 yg turut hadir bersama... by 2.00 pm.. we all dah gerak utk pulang....

Aimy & Azraf.. hampir di gossip sbb tiba bersama...
No comments:
Post a Comment