Saturday, May 22, 2010

Undang2 Syariah... ???



Awal minggu ini, media Malaysia digemparkan dgn kisah seorang Ahli Parlimen yg telah dijatuhkan hukuman denda RM 1000 dan penjara 1 bulan kerana berkahwin tanpa kebenaran mahkamah. Mcm2 reaksi telah diberikan... rata2nya mengkritik Ahli Parlimen berkenaan yang tidak menghormati undang2.

.

Dari kaca mata aku pula, hukuman yg dijatuhkan agak tidak setimpal dgn kesalahan yg dilakukan... Persoalannya, adakah amalan berpoligami yg dianjurkan oleh Rasulullah S.A.W. itu menjadi satu kesalahan sehingga perlu dipenjarakan??? Perlukah org yg mendirikan masjid dihukum penjara??? Jika dilihat pd kes tersebut... perkahwinan itu tidak melanggar syariat Islam langsung... Wanita tersebut masih bujang... dinikah dgn wali yg sah... Cuma tanpa keizinan isteri dan makhamah seperti yg termaktub dlm undang2 Syariah Malaysia... bukan syariat Islam pun...

.

Dlm ajaran Islam... seorang isteri mestilah patuh kpd suami selagi mana suami tidak menyimpang dari ajaran Islam.... tak pernah pula aku dengar seorang suami mesti patuh kpd perintah isteri.... Suami berhak utk berkahwin lebih drp satu dgn syarat dia mampu menjaga dan membimbing isteri2nya dan mampu berlaku adil... Bukannye berhak berkahwin selepas mendapat kebenaran isteri pertama atau kebenaran mahkamah spt yg diamalkan dlm undang2 negara kita... Pernah dengarkan.. syurga seorang isteri terletak di telapak kaki suami... syurga seorang anak terletak di telapak kaki ibu... kalau tindakan suami perlukan keizinan isteri... adakah tindakan seorang ibu perlu mendapat keizinan anak?... kan tak betul tu... isteri yg sepatutnya patuh kpd suami dan anak yg sepatutnya patuh kpd ibu selagi mana ianya tidak bercanggah dgn Islam....

.

Implikasi drp hukuman yg telah dijatuhkan ini... seolah-olah berpoligami ini lebih berat kesalahannya drp berkhalwat atau berzina... yelah... tak pernah pula aku dengar org berkhalwat atau berzina dkt Malaysia ni kena penjara... Lepas nie.. mesti org takut nak berpoligami.. especially yg tak dpt green light isteri pertama... sudahnya... scandal ajelah... yelah... kahwin kena penjara... scandal kena saman aje... itupun kalau kena tangkap... lebih banyak le maksiat akan berlaku di bumi Malaysia ini sbb tak nak ikut undang2 dan ajaran Islam yg sebenar... Yg lebih kelakarnya... kes minum arak dulu tu... ko org suruh cuci jamban aje walaupun pesalah beriya-iya nak kena sebat...

.

2 comments:

  1. Pandangan peribadi aku,

    Didenda lebih berat dari orang lain kerana Dato Bung adalah seorang penggubal undang2 dan dia melanggar undang2 yg dia dan rakan2 yg menggubal undang2.

    Mengenai undang-undang mewajibkan mendapat kebenaran isteri pertama tidak lah menyalahi tuntutan agama, Ianya digubal untuk tidak disalah gunakan oleh orang ramai, di malaysia ini kebanyakan tidak mampu berlaku adil apabila beristeri lebih dari satu, kita banyak melihat masyarakat sekeliling yg berkahwin lebih tidak mampu menunaikan tanggung jawab yg adil. semua nya kahwin kerana nafsu sahaja. untuk membendung penindasan yang berlaku terhadap kaum wanita, maka akta ini diwujudkan. Kita lihat satu kes di terengganu dimana 3 orang isteri membenarkan si suami berkahwin lagi satu, tetapi mahkamah memutuskan sebaliknya kerana meragui kemampuan lelaki tersebut dalam nafkah zahir. mungkin batin nya mampu tetapi zahir nya tidak semampu batin nya.

    Bagi orang kebanyakan, yang berkahwin tanpa kebenaran mahkamah selalunya di kenakan denda sahaja. Tapi Dato Bung adalah seorang penggubal undang-undang!!!!!....

    ReplyDelete
  2. Conclusion dari perlaksanaan undang2 di Malaysia nie... kelihatan seolah2 poligami ini satu dosa... bukan setakat dosa aje.. tapi dosa yg lebih besar drp minum arak dan berkhalwat/berzina... Kenapa yg kes kahwin... beriya2 nak tekan kononya nak melindungi masyarakat.. bab arak & zina... pandang sebelah mata aje... Bagi aku... kalau dibuat undang2 sebegitu... (menghalang perkahwinan) ianya hanya akan meggalakkan scandal & penzinaan... can we stop them??? Pokok pangkalnya.. kalau Islam diamalkan betul2.. tak timbul isu nie pun...

    ReplyDelete