Thursday, December 24, 2009

VIG - Aman Heights (13th December 2009)



Setibanya aku di KL dari menghadiri sessi Team Building di Taiping, dgn segera aku bergegas ke kediaman Aunty aku di Damansara. Malam tu, Aman Heights akan dikunjungi VIG (Very Important Guest). Wife aku standby di rumah dan membuat segala persediaan utk menyambut tetamu yg dinanti-nantikan. Aku terus ke Damansara utk menjemput parent aku yg dah sehari berada di sana kerana menziarah Aunty aku yg terlantar sakit. Dari Damansara, kami menuju ke Aman Heights sambil diikuti oleh kenderaan parent aku.


Diselekoh terakhir ke Aman Heights, kelihatan di hadapan aku, sebuah Toyota Avanza dgn nombor pendaftaran Perak. Rupanya tetamu kami dah nak tiba. Aku sempat memintas kereta tetamu2 yg kesemuanya berjumlah 4 buah kereta.

Alhamdulillah, sampai jugak. VIG yg aku maksudkan adalah Opah aku. Semasa kecil, banyak masa aku habiskan di rumah Opah. Aku berhajat sangat agar Opah aku sempat menjejakkan kakinya ke kediaman aku. Alhamdulillah, hajat aku dimakbulkan. Turut hadir bersama dlm majlis makan malam tu ialah parent aku bersama adik aku, family abg aku, family Cikgu Arshad (pakcik aku), family Uncle J (pakcik aku), Pak Ngah, Wannye & family Pak Su aku. Thanks to Adin yg menjadi pemandu arah mereka dari Kajang ke Aman Heights.

Bersama-sama ini adalah gambar2 yg sempat di ambil sepanjang majlis tersebut.






















.

Team Building @ Tepeng



Selepas pulang dari Taiping, aku hanya sempat bertugas selama dua hari aje... Pada 11th December 2009, sekali lagi aku pulang ke Taiping. Kali ini bukan sbb balik kampung, tetapi kerana aku perlu menghadiri sessi Team Building Division tempat aku bertugas yg kebetulan diadakan di tempat kelahiran aku...

Kami bertolak dari Jalan Semarak kira2 jam 9.00 pagi. Semua yg hadir kena naik Bas... termasuk le aku... lagipun wife aku tak ikut sekali. So, relax le sikit... tak payah drive.


Inilah bas yg membawa kami ke Tepeng


Kami tiba di Jalan Lumba Kuda, Taiping kira2 jam 1.00 petang. Alhamdulillah, sempat jugak kami semua menunaikan Solat Jumaat di sana.



Program berlangsung selama 3 hari 2 malam. Malam yg pertama, kami menginap di SSL Traders Hotel yg terletak di Jalan Kamunting, berhadapan dgn kem askar. Jadual agak padat, so, tak sempat le aku nak balik ke rumah kejap. Sepanjang program tu... aku follow aje jadual yg diberi...








Selepas selesai check in di hotel, kami semua bergerak semula ke dewan di building syarikat kami di Jln. Lumba Kuda... sambung activities, makan, balik hotel, balik ke dewan, sambung activities, balik hotel, tido...




Keesokan paginya, selepas breakfast di Hotel, kami bersiap2 utk check out. Selesai check out, balik ke dewan utk sambung activities sebelum kami semua di bawa ke camp site milik MPT berdekatan kaki bukit larut yg tak jauh dari burmise pool. Semasa di sana, semua peserta kena pasang khemah utk penginapan masing2.... Satu khemah, dua org... disebabkan lelaki terlebih seorang, aku duduk solo le...




Selesai minum petang, semua peserta bersiap2 utk mendaki bukit larut melalui jalan hutan... sbg org Tepeng, aku mmg pernah mendaki bukit larut melalui jalan hutan... tapi, dah hampir 10 tahun aku tak panjat.... ada harapan nak pancit... Kalau diikutkan, ketinggian bukit ini lebih kurang 13 km... kami naik setakat 3 km aje.. itupun dah nak pengsan...


Bersedia utk mendaki

Berdoa sebelum memulakan pendakian


Ahli kumpulan aku, "Survivor"



"Survivor", team pertama yg tiba di garsian penamat


Bergambar kenangan bersama semua peserta di tengah2 bukit larut


Selesai mendaki, lebih kurang waktu Maghrib, kami tiba di camp site. Bersiap2, Solat Maghrib, makan malam dan sambung activities. Aktiviti utama sebelah malam ialah night walk @ burmise pool. Ada jugak peserta yg ketakutan. Bagi aku, biasa aje... pagi dgn malam sama aje.. duduk dkt track kebun durian burmise pool tu aje... bukannye duduk dlm hutan... bagi mereka yg tak pernah sampai, mestile gerun sbb tak nampak ape2....



Bergambar kenangan bersama Fadzir


Night walk @ Burmise Pool



Keesokkan paginya, satu lagi activities besar yg perlu dilalui ialah treasure hunt at lake garden. Walaupun mempunyai kelebihan sbg org Tepeng... group aku kalah jugak sbb ada group members yg terlewat sampai ke camp site. Masalah utama, team work.. bila ramai yg nak bagi arahan, haru biru le... aku terpaksa le kecek kelate bila keputusan di umumkan... malu beb.. org tepeng kalah treasure hunt dkt kpg sendiri... hhehehe...

Selesai di camp site, kami pulang ke dewan utk closing ceremony. Lepas mandi, solat & makan tengahari, kira2 jam 3.00 petang, kami bertolak ke KL. Alhamdulillah, kami semua selamat sampai kira2 jam 7.00 malam.
.

Wednesday, December 23, 2009

Balik Kampung - 4th December 2009




Seminggu selepas Aidil Adha, selepas selesai sessi badminton bersama rakan2 di Aman Heights, kami berdua bersiap-siap utk bergerak ke Taiping. Dua hari kami ambil cuti kerana nak meraikan Aidil Adha dan majlis perkahwinan kenalan di Taiping. Alhamdulillah, kami selamat tiba di Kg. Boyan kira2 jam 4.00 pagi ++.

Kepulangan kali ini agak istimewa kerana kami berkesempatan melihat gelagat dua anak buah kami, Amin & Ali yg baru lepas di potong... Yg si abangnye steady aje... yg si adik tu aje yg lebih2 sikit...

Kami juga berkesempatan melawat kediaman baru abg ipar aku (Abg Faez) yg baru dibelinya di Taman Kaya. Alhamdulillah, rezeki yg diberi dari Allah S.W.T., proses pembelian rumah tersebut dpt berjalan dgn cepat dan lancar.









Selepas melawat kediaman Abg Faez, kami berdua terus ke kediaman parent aku di Kota Jaya. Keesokan paginya, selepas selesai sarapan pagi bersama parent aku, kami melepak di rumah Opah di Simpang. Semasa tgh asyik bersembang dgn Opah, tiba2 kami mendapat panggilan dari kakak ipar menyatakan yg mak mertua aku dimasukkan ke hospital akibat asma kira2 jam 500 pagi 6th Dec 2009. Dgn segera kami bergegas ke Hospital Taiping utk meninjau keadaannya...






Inilah kali pertama ibu mertua aku dimasukkan ke Ward hospital sepanjang usianya. Dah banyak kali dah beliau mengelak... kali ini terjerat jugak.... hehehehe... Utk makluman, kelima-lima anaknya dilahirkan di rumah aje.... Fobia hospital... Ibu mertuaku penat akibat tidak pantang makan... mcm2 dimakannya... daging... durian... yg paling worst, buah sukon... dpt juga merasa tido hospital selama 5 hari 4 malam.... Alhamdulillah, skg dah stabil di rumah....
Dlm kesibukan turun naik ward C6 hospital Taiping... kami sempat juga meluangkan masa menghadiri majlis perkahwinan kenalan yg berlangsung pd minggu tersebut.... Majlis pertama yg kami hadiri ialah majlis perkahwinan sahabat kita, Syahril Fariz (Ayie) yg berlangsung pd 6th December 2009 di Dewan Rakan Muda, Bukit Jana, Kamunting. Kami tiba agak lewat, so, ramai rakan2 yg dah pulang... walaubagaimanapun, aku sempat bertemu dgn sahabat lama kita... saudara Meor Hafiz semasa majlis tersebut....






Pd hari Isnin, 7th Dec 2009, kami berkesempatan menghadiri majlis perkahwinan sepupu Fatiah, Khairul di kediaman mereka di Gunung Semanggul... majlis ini sepatutnya turut dihadiri oleh ibu mertua aku, tapi nak buat mcm mana... ibu mertua aku masih ditahan di ward. Kami tiba agak lewat, org dah berkemas-kemas nak bungkus... tak kisah le.. janji kami sampai... lagi pun faham2 ajelah... ibu mertua di ward... kelam kabut le sikit... Apa2 pun, Selamat pengantin baru buat Syahril & Khairul... semoga bahagia hingga ke akhir hayat...







Kami berangkat pulang ke KL pd hari Selasa, 8th Dec 2009. Walaupun ibu mertua masih di hospital, kami terpaksa juga pulang kerana tugas. Alhamdulillah, perjalanan kami selamat....
.

Tuesday, December 22, 2009

Aidil-Adha 2009



Agak lewat sikit aku update blog kali ini... bukannye tak ada bahan... tapi agak sibuk dgn hal2 kehidupan duniawi.... hehehe... Banyak bende yg aku nak catatkan... so, aku mulakan dgn catatan Aidil Adha 2009...

Spt yg diketahui umum... Aidil Adha kali ini kami raikan di KL aje... Traffic pagi tu... lengang aje... kebetulan, sepupu aku si Mat dan Mak Cik aku di Kajang pun tak balik Tepeng juga... bukan berpakat... tapi kebetulan aje... Kaum kerabat Mat pun dah decide nak raya kat KL.. kami pun tumpang sekaki le...

Pagi tu, 27th November 2009, kami ke pejabat sekejap... aku perlu sattlekan online module yg diwajibkan ke atas setiap anggota di company. Kebanyakkan staff dah sattle.. aku aje yg buat last minute... Malangnye.. bila sampai ke pejabat... system closed... bengangnye... Pagi tu jugak kami melilau cari breakfast... Banyak kedai tutup.... Kedai mamak pun tutup... Nasib baik Syed Bistro dkt Bangsar bukak... ramai jugak org breakfast dkt sana... yg peliknye... bukan dia org makan roti canai... semua org pun makan nasi briyani pagi2... termasuk le kami juga....

Selepas solat Jumaat di Angkasapuri, kami pun bergegas ke kediaman Mat di Kajang utk meraikan Aidil Adha. Baru terasa mcm raya... Di sanalah family2 Tepeng yg ada di KL berhimpun. Thanks to Mat for juadah Raya yg disediakan oleh Maknye merangkap Mak Sedare aku... Lepas jugak rindu kat Kpg. Turut ada bersama, family Wan Mah (makcik aku), family Abg Ngah (Abg Mat) & parent serta adik Mat, Farah...



Selesai di rumah Mat, kami bergegas pulang ke rumah utk persediaan makan malam di rumah kami pula. Kira mini open house sempena Aidil Adha... Limited for family aje... Guests yg sama mcm rumah di rumah Mat... cuma family Wan Mah aje yg tak dpt turut serta sbb sibuk nak beraya rumah sedara mara dia org... Tetamu tiba kira2 hampir jam 8.00 malam... lepas dinner, sempat jugak kami kasi panas court badminton Aman Heights... sygnye... masa tu aku lupa nak bawa camera... Apa2 pun, thanks to semua yg sudi hadir memeriahkan majlis pd malam tu... nanti bila ada kelapangan... datang le lagi... kita kasi gegar swimming pool pulak....








.