Monday, July 13, 2009

Balik Kampung – 10th July 2009


Trip kali ini adalah trip paling pantas kami berada di Kampung. Diwaktu tengah sibuk di pejabat, aku terpaksa pulang seawal jam 6.45 petang pd hari Jumaat kelmarin, meninggalkan rakan2 seperjuangan yg masih bertungkus lumus menyiapkan kerja sehingga lewat malam. Keputusan utk pulang awal terpaksa dibuat sbb aku masih belum sempat pack brg2 utk pulang ke kampung memandangkan hari2 sebelumnya aku sibuk menghadiri kursus dan terpaksa pulang semula ke pejabat utk menyiapkan kerja sehingga lewat malam.

Kepulangan kali ini adalah trip pertama buat Sookie (kucing baru kami). Setelah selesai bersiap, kami hanya sempat memasuki highway kira-kira jam 11.00 mlm. Perjalanan agak tenang tanpa sebarang halangan sehinggalah kami melepasi terowong berhampiran jelapang. Hampir 1 jam lebih kami tersangkut di situ. Nasib baik kami sempat download 40 lebih lagu2 MJ utk dilayan semasa memandu pulang. Kenderaan terpaksa beratur panjang akibat drp kemalangan yg berlaku around 1 pagi. Bila tiba di lokasi, kami dah tak nampak kenderaan yg terlibat dlm kemalangan tersebut. Jalan disitu agak berdebu sehingga menganggu penglihatan. Mungkin itulah yg menjadi punca berlakunya kemalangan itu. Kami hanya tiba di rumah kira2 jam 3.00 pagi.
















Seperti yg telah diketahui, Taiping mmg terkenal sbg kawasan paling banyak menerima hujan di Malaysia. Sewaktu kami tiba, hujan baru mula nak turun. Apb kami terjaga pagi tu, hujan masih terus turun sehingga hampir jam 10.oo pagi. Selepas selesai sarapan, kami pun menunaikan hajat kami nak bawa anak2 buah bersuka ria di Laketown Waterpark. Setelah hampir 3 jam bermandi manda, kami pun bawa anak2 buah makan tengahari di restoran kegemaran mereka, KFC le… Walaupun aku lebih prefer makan di Marrybrown, aku terpaksa akur sbb Marrybrown dah tak ada di Taiping…

Bila tiba di rumah, petang tu buat pertama kalinya anak2 buah aku berpeluang menonton dvd concert MJ yg aku bawa pulang bersama. Mereka hanya tahu MJ selepas mendengar berita kematiannya. Mereka tak pernah dgr & tengok music & videonya. Bila aku tayangkan dkt dia org, ternyata mereka pun dah terkena fenomena MJ. Si Ali sampai tak buka topi MJ yg aku pinjamkan kpd dia. Sehinggalah waktu aku nak balik, dia pulangkan semula topi tu kpd aku, bila aku kata “ambil ajele, pak su bagi dkt ali”. Tersenyum lebar dia…



Ali Jackson

Amin Jackson


Daniel Jackson


Dina Jackson


D'fario Jackson





















Kami sempat juga berjumpa D-Boy yg selalu dirindui. Waktu kami bermalam di rumah parent aku, aku paksa mak aku ambil D-Boy sbb aku nak kasi hadiah birthday dia yg dah lama aku simpan. Disebabkan favorite word dia is Bus, so kami beli mainan bas dkt dia. Mmg dia suka bas pun. Apa lagi, bukan main seronok lagi dia dok layan bas hijau dia tu. After breakfast dgn parent aku pd keesokan harinya, kami pun bergegas pulang mengambil barang2 di rumah mertua aku + mertua aku sekali.

Mertua aku akan tinggal bersama kami buat sementara. Saja nak bawa mereka berjalan & nak kasi abg2 ipar aku yg manja2 tu merana buat seketika. Kami telah selamat tiba di rumah seawal jam 2.00 petang. For our next trip, pasti kita dpt saksikan ada diantara abg ipar aku yg akan kurus dgn sendirinya… he.. he..he…









Mesej buat yg berIman...


Ramai org suka menyebut perkataan Iman. Mereka suka mengaku yg mereka tu org Islam yg berIman. Tapi tahukah mereka apa yg dimaksudkan dgn Iman?

Iman adalah soal kepercayaan. Sejauh mana mereka percaya kpd Allah. Sedalam mana mereka percaya kpd ajaran Islam. Bagi aku, org yg tidak mahu berpegang kpd ajaran Islam yg sebenar, adalah jelas dan nyata bahawa mereka itu adalah org2 yg tidak beriman.

Seperti yg terkandung di dlm rukun Iman: Percaya kpd Allah, Rasul, Malaikat, Al-Quran, Hari Kiamat & Qada' & Qadar. Berikut adalah petikan yg aku ambil dari blog idhamlim berkenaan hukuman yg dijanjikan Allah ke atas beberapa jenis dosa-dosa yg sering org2 kita lakukan pd hari ini. Jika kita benar2 beriman, sudah pasti kita sgt gerun utk melakukan perbuatan2 tersebut spt mana kita gerun melihat ular tedung yg sdg berlegkar berdekatan kita atau spt mana kita melihat api yg sedang marak membakar di hadapan kita. Renung-renungkanlah...

Dalam kesibukan kadangkala ada antara kita yang lalai atau sengaja menggabungkan waktu sembahyang zuhur dengan asar ( sembahyang di akhir waktu zuhur dan diikuti sembahyang asar sebaik sahaja masuk waktunya). Renungkan hadis Rasulullah SAW di bawah yang menghalang perbuatan tersebut.

Saad bin Abi Waqas bertanya Rasulullah SAW mengenai orang yang melalaikan sembahyangnya maka jawab baginda "Iaitu mengakhirkan waktu sembahyangnya dari waktu asalnya hingga sampai waktu sembahyang lain. Mereka telah mensia-siakan dan melewatkan waktu sembahyangnya, maka mereka diancam dengan neraka wail".

Ibn Abbas dan Said bin Al-Musaiyib turut mentafsirkan hadis di atas "Iaitu orang yang melengah-lengahkan sembahyang mereka sehingga sampai kepada waktu sembahyang lain, maka bagi pelakunya jika mereka tidak bertaubat Allah menjanjikan mereka neraka jahanam tempat kembalinya".

Dalam hadis yang lain Rasulullah bersabda "Sesiapa yang mengumpulkan dua sembahyang tanpa ada halangan, maka sesungguhnya dia telah memasuki pintu besar dari pintu dosa-dosa besar". (Riwayat Al-Hakim)Wallahua'lam.


SEKSA NERAKA BUKAN KEPALANG

Mereka yang meninggalkan sembahyang akan menerima seksa di dunia dan di alam kubur tidak terlepas daripada tiga seksaan. Tiga jenis seksa di dalam kubur ialah:-1. Kubur akan menghimpit-himpit serapat yang mungkin sehingga berselisihtulang-tulang dada.2. Dinyalakan api di dalam kuburnya dan api itu akan membelit danmembakar tubuhnya siang dan malam tiada henti-henti.3. Akan muncul seekor ular yang bernama "Sujaul Aqra" dan ular ituberkata:"Allah menyuruh aku membelasah engkau kerana engkau mensia- siakansembahyang Subuh."Ia dipukul dari waktu Subuh hingga naik matahari, kemudian dipukul dandihentak hingga terjunam ke perut bumi kerana meninggalkan sembahyangZuhur. Kemudian dipukul lagi kerana meninggalkan sembahyang Asar,begitulah seterusnya dari Asar ke Maghrib, dari Maghrib ke waktu Isyakdan seterusnya hingga ke waktu Subuh semula. Demikianlah berterusanseksaan oleh Sajaul Aqra hinggalah hari Kiamat.


CUAI SOLAT LIMA WAKTU

Di dalam neraka Jahanam terdapat wadi (lembah) yang di dalamnya adalah ular-ular bersaiz sebesar tengkuk unta dan panjangnya sebulan perjalanan. Kerjanya tiada lain selain mengigit orang- orang yang tidak menunaikan sembahyang semasa hidup mereka. Bisa ular itu pula menggelegak di dalam badan mereka selama 70 tahun sehingga luruh seluruh daging badan mereka. Kemudian tubuh mereka kembali pulih lalu digigit lagi dan begitulah seterusnya.


PEMINUM ARAK

Mereka yang minum arak, akan digantung botol arak itu di tengkuk dan ditangan mereka. Kemudian mereka disula dengan api neraka. Terdengarlah suara yang menyeru,"Inilah si polan anak si polan!" Tatkala semua manusia dibangkitkan dari kubur, mereka keluar dari kubur dengan bau mulut yang teramat busuk (bau arak), hingga terganggu manusia yang berhimpun di Padang Mahsyar. Peluh yang keluar dari tubuh turut berbau busuk. Kemudian mereka dibelenggu dan dirantai serta dicampakkan terus ke Neraka Jahanam. Di dalam neraka, dituangkan air yang sangat panas kedalam mulut mereka sehingga putus tali perut, kemudian perut itu jatuh pula ke atas kaki. Mereka kemudiannya dimasukkan ke dalam peti besar dari api selama seribu tahun lamanya. Kemudian dikeluarkan dan dimasukkan ke dalam penjara di neraka di mana ular-ular dan kala yang bisa sentiasa menggigit badan mereka. Di kepala mereka diletakkan mahkota dari api neraka manakala rantai-rantai di tengkuk mereka.


MENGKIANATI HARTA

Mereka yang mengkianati harta orang lain, harta itu akan dijadikan benda yang berat, yang dicampakkan di laut dalam neraka. Mereka dipaksa terjun ke dalamnya untuk mengambil benda tersebut. Apabila mereka timbul, malaikat akan menekan kepala mereka supaya men-yelam semula serta dipukul kepala mereka itu dengan besi hingga hancur berkecai. Begitulah diulang-ulang selama mereka di laut itu.AZAB BAGI YANG


KEDEKUT

Mereka yang tamak dan bersifat kedekut hartanya daripada disedekahkan atau dikorbankan untuk kebaikan, harta itu akan dijadikan ular besar yang berbisa, yang bakal menggigit dan mematuknya setiap masa.SAKSI


BOHONG

Orang-orang yang suka membuat saksi bohong, lidah mereka akan digantung pada alang-alang besi yang panas dan badan mereka pula dipukul dengan kuatnya oleh 70 ribu malaikat dengan besi merah menyala hingga hancur luluh daging dan tulang mereka. Kemudian pulih semula dan dipukul lagi. Begitulah seterusnya selama-lamanya seksaan bagi mereka.


MENGUMPAT

Mereka yang suka mengumpat, bibir dan lidah mereka akan digunting hingga putus hingga menyembur darah keluar dengan rasa kesakitan yang amat sangat. Kemudian bibir dan lidah itu akan pulih semula. Bila pulih digunting lagi, kemudian pulih dan digunting lagi. Di dalam setiap tingkat neraka ada banyak sungai, bukit dan pokok kayu. Setiap pokok mempunyai 70 ribu cabang, setiap cabang ada 70 ribu ular dan kala berbisa. Di dalam buah yang terdapat pada pokok itu ada 70 ribu ulat yang panjangnya seperti anak panah yang tajam-tajam. Mangsa-mangsa Neraka dipaksa memakan buah-buah kayu tersebut.Sungai-sungai yang memenuhi neraka pula dalamnya kira-kira 70 tahun perjalanan, setiap sungai mempunyai 70 ribu cabang dan 70 ribu lubang. Setiap lubang dipenuhi 70 ribu ekor ular dan kala, yang mana setiap ekor kala itu mengandungi 70 ribu jenis racun berbisa.

Saturday, July 4, 2009

Michael Jackson - 29.08.1958 - 25.06.2009


Pemergian Raja Pop dunia ini masih terus menjadi tanda tanya. Apapun, semua org perlu menerima hakikat yg Michael Jackson @ Mikhael telah pergi buat selama-lamanya. Mungkin bagi sesetengah orang, ianya hanya perkara biasa. Tetapi tidak bagi individu2 yg hidupnya terlibat dgn muzik. Apatah lagi aku juga adalah di antara jutaan manusia yg pernah terjerumus di dalam fenomena MJ pd suatu ketika dahulu.
Cuti hujung minggu yg lalu, aku telah menghabiskan masa lapangku utk menemani Auntyku di Damansara. Salah satu sbb adalah kerana isteri aku tiada di rumah disebabkan terpaksa menghadiri kursus dari hari Khamis hingga Isnin. Kasihan Aunty aku yg tak dpt tgk channel lain kerana aku tak jemu2 berada di hadapan TV sambil menonton rancangan2 khas berkaitan Michael Jackson yg ditayangkan di CNN, BBC, CNCB, Channel V & MTV. Yg aku nanti2 kan adalah majlis pengkebumiannya sama ada dibuat mengikut Islam atau sebaliknya. Sebak juga aku bila mendengar lagu Arwah diputarkan di radio semasa memandu terutamanya lagu BEN. Nak meleleh air mata aku. Selain drp terkenangkan arwah, lagu tu juga mengingatkan aku ttg Spacey (kucing kesayangan aku) yg hilang entah ke mana.

Baru2 ini, selepas aku menikmati makan malam di sebuah restoran berdekatan rumah bersama isteriku, aku singgah ke salah sebuah DVD shop sbb nak beli movie "The Last House on The Left". Aku mmg suka cerite2 thriller mcm tu. Dari jauh, aku dah dengar kedai tersebut memutarkan lagu "Man In The Mirror". Bila aku melangkah masuk, terdapat satu ruangan khas yg menempatkan all CDs & DVDs MJ. Aku sempat beli DVD concert MJ yg pernah aku miliki videonya suatu ketika dahulu. Sempat aku berbual dgn tauke kedai tu ttg MJ. Antara yg tauke tu ceritakan : "banyak sayangla ini orang sudah mati. Banyak terkejut ooo. Gua sudah 4 hari non stop pasang dia punya lagu dkt kedai. Masuk Jusco pun dia punya lagu. Masuk kereta pun dia punya lagu juga. Saya punya kawan, tido pun ada mimpi dia".

Apapun, syukur kerana diakhir2 hayatnya, Allah S.W.T. telah memberi Hidayah sehingga beliau memeluk Islam. Allahyarham Michael Jackson disyaki meninggal dunia akibat pengambilan painkiller yg berlebihan. Result dari autopsy yg pertama masih tidak dpt menjelaskan punca kematiannya. Keluarga beliau telah meminta autopsy kali kedua dijalankan ke atas jenazahnya. Entah bila dia org nak kebumikan jenazah tersebut. Al-Fatihah! Bersama-sama ini aku sertakan clip video lagu-lagu arwah yg menjadi kegemaran aku & video2 yg berkaitan dgn kematian Michael Jackson, The King of Pop. RIP...



Transformation of MJ



Jackson 5 - I Want You Back



Jackson 5 – Blame it to the boogie


Jackson 5 - Never Can Say Good Bye



Jackson 5 – Can you feel it



Jackson 5 - ABC



Jackson 5 – I’ll be there



One Day in your life



She’s out of my life



BEN



Off The Wall



Human Nature (Original)



Billie Jean



We are The World



Thriller



Beat It



Pepsi Commercial



Pepsi Commercial 2



Leave Me Alone



Man In The Mirror (Moonwalker)



Man In The Mirror (Live)



Another Part of Me



Speed Demon



Liberean Girl



I Just Can’t Stop Loving You



Come Together



Dirty Diana



Smooth Criminal



Dangerous KL (1996)



JAM



Who Is IT



Heal The World



Black Or White



Remember The Time



Will You Be There



You are not alone



Childhood



Ghost



They Don’t Care About Us



Earth Song



This Is It



Last Appearance



Final Rehersal



CNN – MJ Death



CNBC - MJ Death
MJ Memorial





Thursday, July 2, 2009

Jawapan Nukilan Zambry Abd Kadir!


Aku terbaca nukilan DS. Zambry yg cuba memberikan gambaran negatif terhadap pemimpin yg amat dihormati, Tuan Guru Nik Aziz di blog rasmi Dato' Seri Dr. Zambry Abd Kadir. Pandangan beliau ini telah turut diberi sokongan padu oleh beberapa org penyokong beliau yg dgn lantang dan beraninya mengutuk Ulama tersohor kita. Aku turut memberi komen di blog tersebut bagi menjawab segala tomahan yg telah dilemparkan.

Bersama-sama ini, aku sertakan nukilan beliau & komen aku yg tak akan disiarkan tu utk tatapan & renungan bersama:



AMARAH TOK GURU
27.6.09
Nukilan/Posted By : Dr Zambry Abd Kadir




Saya dapat memahami perasaan Tok Guru Nik Aziz Nik Mat bila menyatakan UMNO sama dengan komunis, ajaran Ayah Pin dan sosialis.Ini kerana Tok Guru juga adalah insan politik yang tidak dapat lari dari amarah politik. Tambahan lagi sejak dalam politik sekian lama indoktrinasi politik benci kepada UMNO begitu menunjang.Meskipun dalam al-Qur'an menganjurkan supaya berlemah lembut dengan sesama ummat, tetapi apa yang kita saksikan ialah sikap yang lebih lunak dan lembut ditunjukkan kepada orang yang dengan tegas menentang segala cita-cita Islami PAS.Akibat kebencian yang teramat sangat kepada UMNO, ia sudah melupai segala uslub al-da'wah yang sering dikuliahkan.Maka tidak hairanlah kita mendengar hujah dari mereka bahawa "UMNO itu zalim, DAP itu kafir. Maka lebih baik berkawan dengan orang kafir dari berkawan dengan orang zalim". Ada yang bertanya kepada saya kenapa sampai hati Tok Guru Nik Aziz mengeluarkan kenyataan sedemikian.Saya jawab bahawa saya tidak terkejut dengan kenyataan Tok Guru kerana itulah alam fikirnya.



Bagaimanapun saya yakin bahawa apa yang diluahkannya adalah terzahir daripada amarah yang memuncak.Cuma kalau ada orang yang memikirkannya maksum (terlepas dari sebarang dosa), barang diingat bahawa dalam tradisi Sunni beliau juga tidak terlepas dari melakukan kesilapan dan dosa.Mungkin selepas menyedari kesilapannya, Tok Guru kemudiannya berkata bahawa ia hanya kiasan sahaja. Bagaimanapun saya kurang arif pula melihat "kelaku" nya yang sejak akhir-akhir ini membimbangkan saya.Kemarahannya terhadap Timbalan Presiden PAS Nasaruddin Mat Isa seperti yang disiarkan dalam TV benar-benar meluap dan bukan main-main. Sehinggakan ayat-ayat yang tidak sepatutnya dikeluarkan oleh seorang yang menganggap dirinya ulama, terkeluar juga.Saya juga kurang mengerti apakah disebabkan oleh kegagalan Husam Musa menang sebagai Timbalan Presiden menyebabkannya bertindak sehingga ke tahap itu. Apapun hujah beliau, menuduh UMNO atau mengkiaskan UMNO seperti komunis, Ayah Pin dan sosialis adalah perbuatan golongan pelampau atau secara kiasannya juga menggambarkan keangkuhan ilmu.Saya hairan bagaimana tuduhan berat kepada kiasan sossialisnya UMNO boleh dihamburkan, tetapi dalam masa yang sama memeluk DAP seerat-eratnya yang juga berfahaman sosialis.





KOMEN AKU



Apa yg dimaksudkan oleh Tuan Guru Nik Aziz mengenai persamaan UMNO dgn Ayah Pin, Komunis dan sebagainya adalah kesemua perjuangan tersebut tidak berlandaskan ajaran Islam yg sebenar malahan ianya jauh terpesong dgn apa yg dituntut oleh Allah S.W.T ke atas umat Islam. Hanya org yg beriman sahaja yg akan faham sbb org yg beriman (percaya kpd Allah S.W.T.) tidak akan berada di dlm saf perjuangan selain drp perjuangan menegakkan Islam.

Neraka paling dlm adalah tempat bagi org2 munafik dan bukannya orang2 kafir. Jelas ia menggambarkan bahawa org munafik adalah jauh lebih hina drp org kafir. Definisi org2 munafik adalah org2 yg mengaku Islam, hidup mcm org Islam tetapi dlm masa yg sama mereka menjalannkan gerakan utk menghancurkan Islam. Di zaman Rasulullah S.A.W., Baginda bukan setakat mengutuk gerakan puak2 munafik tetapi Baginda akan mencatas (membunuh) pejuang2 gerakan munafik yg cuba menghancurkan Islam.

Org2 kafir yg tidak menentang Islam tidak perlu ditentang tetapi sebaliknya adalah menjadi tangunggjawab umat Islam utk berdakwah & mengajar mereka mengenali Islam yg sebenar. Islam mengajar kita utk berbaik dan berlembut dgn semua makhluk tetapi tidak bagi mereka yg menentang dan mengancam Islam. Ianya jelas digambarkan dlm sejarah Islam semasa Ijtihad Rasulullah S.A.W. terhadap tawanan perang di mana Allah S.W.T. berkehedakan sebaliknya.

Pd pendapat saya, selagi mana UMNO berpegang dgn sekular, undang2 dan sistem pemerintahan ciptaan barat, maka selagi itulah ianya jelas bertentangan dgn tuntutan Allah S.W.T. dan akan terus menjadi penentang / penghalang usaha memartabatkan syiar Islam. Persoalannya, kenapa UMNO menolak ajaran Islam yg sebenar? Adakah UMNO tidak percaya dgn apa yg Allah S.W.T. titahkan di dalam Al-Quran atau dlm erti kata lain, adakah UMNO tidak mahu beriman kpd Allah & tidak mahu beriman kpd Al-Quran? Jika dilihat betul2, yg menjadi penentang pejuang-pejuang Islam (PAS) di Malaysia bukannya org2 kafir, tetapi org2 UMNO (yg mengaku sbg Islam) sendiri.

Berkenaan ayat DS Zambry “seorang yg mengaku dirinya ulama”, sebenarnya, utk mendapat gelaran ulama tidaklah semudah mendapat gelaran Dr, Ir, Datuk, Datuk Seri, Prof dan sebagainya. Gelaran Ulama tidak akan diberikan dgn hanya menamatkan program2 dari mana2 Universiti. Gelaran Ulama tidak akan diperolehi sbg pengiktirafan drp mana2 Sultan atau Raja. Gelaran Ulama ini hanya akan diperlolehi berdasarkan sedalam mana pengetahuan individu terhadap ilmu Islam dan amalan mereka sebagai org yg benar2 bertaqwa kpd Allah S.W.T. Sekiranya tuan berasakan yg tuan adalah seorang insan yg hebat, saya ingin mencabar tuan utk dapatkan gelaran tersebut sebelum akhir hayat tuan.



*Kelakar beb, baru ni kenalan aku menghadiri kursus BTN, Fasilitator dia org ajar, antara 4 perkara ini : Diri, Agama, Negara & Bangsa yg mana perlu diutamakan. Jawapan betul yg diberi oleh Fasilitator tersebut secara turutan ialah: Negara, Agama, Bangsa & Diri. Agaknya dia mati esok Malaikat akan tanya apa yg kamu dah buat utk negara kamu kot. Apapun itulah mereka yg berfahaman Sekular.


Friday, June 26, 2009

Hilangnya Sebutir Bintang...


Awal pagi ini aku mendapat sms dari sepupu aku (Mat) yg kebetulan sedang berada di LA California. SMS yg mengesahkan kematian King of Pop Michael Jackson atau nama Islamnya Mikhail pd usia 5o tahun. Mengikut laporan yg aku baca pagi ini, Michael Jackson telah dibawa ke UCLA Medical Centra LA pd jam 12.21 tengahari (waktu LA) selepas 911 mendapat panggilan kecemasan dari kediaman beliau. Beliau dikatakan sesak nafas dan Koma sehinggalah pd jam 3.15 petang (waktu LA), pihak UCLA Medical Centre telah mengesahkan kematian beliau.

Michael Joseph Jackson @ Mikhail (29th Aug 1958 - 25th June 2009), telah memulakan karier muziknya seawal usia 11 tahun bersama-sama 4 lagi abg beliau melalui kumpulan The Jackson 5. Beliau kemudiannya memulakan karier solo beliau pd tahun 1971 ketika masih menganggotai kumpulan tersebut. Antara album solo beliau yg mendapat sambutan yg cukup hebat di serata dunia adalah spt Off The Wall (1979), Thriller (1982), Bad (1987) & Dangerous (1991). Micheal Jackson juga cukup terkenal dgn penghasilan muzik video yang menarik spt Beat It, Billie Jean, Thriller, Black or White, Remember The Time dan sebagainya. Jacko juga sempat membintangi sebuah Film, Moonwalker pd tahun 1987 yg selalu aku ulang tengok dgn Mat masa kecil2 dulu. Sepanjang kariernya, Jacko pernah menerima 13 Grammy Awards. Jumlah penjualan albumnya yg dipasarkan ke seluruh dunia telah pun mencapai jualan lebih daripada 750 juta yg menobatkan beliau sebagai "Most Successful Entertainer of All Time".

Aku juga merupakan salah seorang peminat Michael Jackson yg kronik suatu ketika dahulu. Selain dibesarkan dgn muzik video dan lagu2 Michael Jackson yg selalu aku ulang dengar & ulang tonton semasa kecil dahulu, satu peristiwa yg aku tak dapat lupakan, semasa sekolah menengah dahulu, aku & rakan2 suka bertukar2 koleksi kaset Michael Jackson. Salah seorang rakan aku yg kaki ponteng sekolah telah meminjam kaset Jacko member aku (Badaruddin) yg merupakan seorang budak baik & pandai. Satu hari ketika member aku yg nakal ni hadir ke sekolah, si Badaruddin ni pun tuntutlah kaset dia balik dgn berkata "Esok Hang bagi balik kaset Michael Jackson aku. Kalau hang tak bawa, aku bakar rumah hang". Malangnya, keesokan harinya si mamat ni tak datang jugak. Setelah bebrapa hari memonteng, isu ini dah sampai ke pengetahuan bapa si budak nakal ni. Bila cikgu & bapa dia tanya kenapa dia tak nak datang sekolah, si budak nakal ni beri alasan yg dia takut nak datang ke sekolah sbb ada budak ugut nak bakar rumah. Tak pasal2 si badaruddin ni kena panggil dgn pengetua. Bila dibilik pengetua, pengetua terkejut... "budak ni yg ugut awak nak bakar rumah" disebabkan reputation si Badaruddin ni sgt baik... depan kita orang jugak si budak nakal ni kenal sebat dgn pengetua. He... He... He.... Antara lagu Jacko yg menjadi kegemaran aku ialah... I'll Be There, Ben, Man in the miror, Billie Jean, The way you make me feel, Heal The World, Smooth Criminal, Dangerous, Dirty Diana, You are not alone, I just can't stop loving you, ...... (banyak gile beb)

Apapun... perginya Michael Jackson adalah satu kehilangan besar dlm industri muzik dunia. Bagi aku, kehilangannya adalah sama seperti kehilangan Elvis Presley dan Tan Sri P. Ramlee. Hopefully Mat tak melepaskan peluang keemasan utk menghadiri funeral Legenda Pop Michael Jackson di LA...

Thursday, June 25, 2009

Rutin Seorang Ulama'

Berikut adalah paparan rutin seorang Ulama' tersohor yg amat dihormati. Utk renungan & tatapan bersama: