Monday, April 9, 2012

Buang Tabiat!



Kali terakhir aku menjalankan aktiviti ini adalah pada hari perkahwinan Adin & Anis. Beberapa bulan sebelum ini, ketika aku saje2 msg pd si Azmer... entah apa mimpi tiba2 dia mencadangkan aktiviti ini.... Ahad, 01hb April 2012... kami beramai2 telah sepakat untuk buang tabiat bersama2 dengan aktiviti berkenaan... Aktiviti yang dimaksudkan... Karaoke....


Sewaktu zaman muda remaja dahulu... aku mmg rajin menjalankan aktiviti ini. Tapi bukanlah pergi ke pusat2 karaoke. Sekadar layan karok dkt rumah aje. Dari waktu sekolah menengah lagi... bila ada kelapangan dihujung minggu... aku pasti layan karok seorg2 dkt rumah... sure jiran gua dulu angin aje ye.... Bila dah berhijrah ke zaman keje & rumah tangga.... Aku rajin jugak beli cd2 karaoke... buat collection utk layan dkt rumah... Bila dah semakin tua... dah mula ada kesedaran civic type R.... aku pun menggantungkan microphone yg ada & handover segala cd2 aku kpd abg ipar aku di Kampung... Bila ada majlis bersama2 keluarga, sekali-sekala aku layan le jugak...


Lokasi karok yang menjadi pilihan tempoh hari adalah di Music Box yang terletak di tingkat 25, Quality Hotel Shah Alam. Mereka yang terlibat... aku, darlingku, Shakira, Azmer & Che Nod.... Selama 2 jam kami melayan benda ni... agak tak puas jugak ye... Rasa sekejap le pulak... Banyak jugak lagu dlm list aku yg tak sempat aku nak perform... Selesai aje sessi buang tabiat ni... kami terus ke food court yang terletak berhampiran bagi menjamu selera. Gerai yang menjadi pilihan... the big mug. Nasib baik mintak yg medium... itupun boleh minum 2 org... Kalau mintak large... agaknye boleh kongsi 4 org kut.... Bila dah kenyang... majlis pun bersurai... sabo ajelah....












.

Saturday, March 31, 2012

Weekend - March 2012




Kali terakhir aku melibatkan diri dalam career fair adalah kira2 4-5 tahun yang lalu. Kini, bila aku kembali bertugas di unit Recruitment... sudah pasti aku tidak akan terlepas drp melibatkan diri dalam program2 sebegini. Career fair pertama yang aku sertai sejak kembali ke bidang Recruitment & Sourcing pada November 2011 yg lalu adalah program karnival kerjaya anjuran Jabatan Tenaga Kerja yang telah diadakan pada 17 & 18hb March 2012 di PWTC, Kuala Lumpur. Program yang diadakan pada hari Sabtu & Ahad ini telah menambahkan lagi kesesakan di PWTC kerana pada hari yang sama, MATTA fair juga turut berlangsung. Aktiviti kami berlangsung dari jam 10.00 pagi hingga ke 6.00 petang. Tugas aku... menjalankan sessi temuduga dgn calon2 seramai mana yang boleh. Penat jugak le... Pengalaman terdahulu, just explain how to use our recruitment system & briefing about the company. Bila nak buat interview.. nak pulak dkt PWTC... mmg letih le yob... Nak kata apa... dah requirement drp pihak penganjur...





Org kuat yg memastikan kelancaran program, (dari kiri, Kak Lela, Rashidah & Kak Ham)




Program career fair tu telah membuatkan aku kerja tanpa henti selama seminggu. Rasa tak sabar pulak menunggu weekend seterusnye... Sabtu, 24hb March 2012... hari yang aku nanti-nantikan. Pagi tu, game badminton yang sepatutnya diadakan terpaksa dibatalkan berikutan kegagalan aku menempah dewan lebih awal (dah ada org lain cilok). Bagi menggantikan aktiviti senaman pagi minggu tersebut, aku & darlingku meluangkan masa memanjat bukit serdang. Dah lama jugak kami tak jalankan aktiviti ini. Pancit jugak dibuatnye. Selesai aje jungle tracking, kami bersiap2 ke Putra Perdana bagi menikmati breakfast di food court & sattlekan bayaran maintenance rumah di sana.


Semasa singgah disebuah kedai di sana, aku sempat tanya dgn tauke kedai tu berkenaan jalan short-cut ke Putrajaya yg aku cari2 selama ini. Akhirnye, kami jumpa jugak jalan tersebut. Punye le dekat... tak sampai 10 minit pun... tak ade tol pulak tu... Kami teruskan perjalanan kami ke Public Hall Precinct 8 bagi memenuhi jemputan perkahwinan anak Tuan Imam Surau Al-Faizun, Bukit Serdang. Aku pun tak tahu kenapa Precinct 8 menjadi pilihan En. Nazlan untuk mengadakan majlis perkahwinan anaknya. Anyway, tak isu pun.. bukannye jauh sangat Serdang dgn Putrajaya. Aktiviti seterusnya.... beristirehat dkt rumah. Lega rasanya...






.

Sunday, March 25, 2012

Bersama Sahabat - March 2012



10hb March 2012, aktiviti pagi Sabtu berjalan seperti biasa. Ramai juga sahabat yg tidak hadir ke gelanggang pagi tu... mujurlah ada jiran Cina yg sudi meluangkan masa berentap digelanggang untuk melengkapkan rutin senaman mingguan kami. Terima kasih kepada En. Mail & anak2 serta Azmer yg sudi bertandang menjayakan sessi berkenaan.


Selesai game, aku & Azmer singgah ke kediaman bagi menikmati sarapan pagi bersama-sama. Selesai breakfast, darlingku teruskan perjanannya ke pejabat. Aku yang ada kelapangan, setuju menyahut pelawaan Azmer utk turut serta dalam aktiviti beliau sepanjang hari tersebut.


Lokasi pertama kami, menjemput cousin aku, Shakira merangkap darling kepada si Azmer di pejabatnya... perjalanan diteruskan ke PPUM untuk menziarah Uncle aku yg admitted dkt sana akibat demam yang berpanjangan. Alhamdulillah, Uncle aku dah pun sihat dan dah dibenarkan pulang baru2 ni. Dari PPUM, perjalanan diteruskan ke Food Court berdekatan AMCorp Mall PJ bagi menikmati hidangan nasi kandar sebagai menu tengahari kami. Selesai santap, barule kami pulang ke kediaman baru Shakira & Azmer di Bandar Seri Damansara. Suasana di kediaman baru mereka sangatlah menenangkan. Dah macam berada di Aman Heights. Memang sesuai utk lepak2... Aktiviti hari tu... lepak2, borak2 sambil melayan Lawak Ke Der sampai lah ke malam... Sebelum berangkat pulang, kami sempat dinner bersama-sama di kedai mamak berdekatan kediaman mereka. Malam tu, si Azmer kena bertugas.... masa nak hantar si Shakira pulang... hujan turun selebat-lebatnye... tak jadi kami nak sambung lepak malam tu... Insya Allah, next time kita sambung lagi....











Sekali tengok mcm FT... dua kali tengok mcm Ajmain... Apapun, ko tetap Bob!





Selasa, 13hb March 2012.... kira2 jam 7.00 malam, aku dijemput oleh darlingku di pejabat. Malam tu, mmg saja suruh wife aku jemput aku sbb kami berdua perlu memenuhi jemputan sahabat lamaku yg agak lama jugak kami tak berjumpa.... Rakan yg dimaksudkan adalah Alan (bukan nama sebenar)... Petang tu, kakak & abang ipar Alan baru aje pulang dari Tanah Suci... bagi menyambut kepulangan mereka, Alan dan keluarganya turun dari Johor dan bertandang di kediaman kakaknya di Bukit Jelutong. Kami berdua turut dijemput hadir bagi meraikan kepulangan mereka di sana. Rupanya, kami tetamu pertama yg tiba. Sebaik selesai aje dinner, tetamu2 lain pun mula sampai... Lama jugak kami luangkan masa dkt sana.. Maklumlah, lama jugak tak jumpa Alan dan keluarganya. Ibubapa Alan pun turut ada malam tu. Alhamdulillah, mereka semuanya sihat. Teringat zaman remaja dahulu... kediaman keluarga Alan adalah antara tempat aku meluangkan masa pd waktu petang. Sbb tu le hubungan kami pun dah macam keluarga... Disebabkan Alan dan Rin hanya berada di KL sehingga keesokkan harinya aje... tak sempatlah aku bawa deme jalan2 berjumpa rakan2 yg lain. Anyway, to Alan & family... Thank you for the invitation. Next time.. kalau datang KL tu.. duduk le lama2 sikit... boleh le buat road tour mengadap rakan2... umah teman pun mike tak sampai lagi... ape ke haenye yoep!






Store yg baru dibina... comelnye...



My darling bergambar kenangan bersama Azrin (wife Alan)


.

Sunday, March 11, 2012

For Sale! - Kampung Boyan



Atas sebab2 teknikal... kami terpaksa melepaskan lot bungalow kami di Kampung Boyan, Taiping. Walaupun sangat berat hati kami untuk melepaskannya. Nampak gaya, mcm itulah keputusan terbaik yg boleh kami buat pada waktu ini. Kediaman ini berjaya kami beli pd tahun 2009 yg lalu. Perancangan jangka panjang, kami nak bina our dream house di tapak bungalow ini bila ada kemampuan suatu hari nanti. Rezeki, semuanya di tangan Allah. Hajat kami itu terpaksa dikuburkan dahulu buat masa ini. Menyesal pun tak guna jugak... Ini semuanya dah ketentuan Allah. Setiap apa yg kita miliki di dunia ni hanyalah sekadar pinjaman yg boleh diambil balik olehNya pada bila2 masa... Yg peting kita tabah dan redha menerima ketentuannya....


Butiran kediaman:


Bungalow lot in Kampung Boyan, Taiping

6533 sq.ft

Free Hold

Non Bumi Lot

Situated in center of Taiping town. Very near to Railway Station, Taiping Medical Center, Hospital Taiping, Hotel, HSBC Bank & Supermarket

Selling Cheap (lower than market price) @ RM140 000


Actually, aku dah iklannkan kediaman ni di Mudah.my semalam. Setakat ini, dah ramai yg call & sms. Dah 3 org datang ke kediaman tersebut utk view rumah. Cuma belum buat final decision lagi... So, kalau masih ada yg berminat... masih sempat lagi.. Sila hubungi kami dgn segera....

.

Azmer & Shakira's New Home...



Sabtu, 3rd March 2012.... Kami sepatutnye meluangkan masa bersama-sama Azmer & Shakira membanting tulang mengangkat barang utk projek pindah ke rumah baru Shakira & Azmer di Bandar Seri Damansara. Walaubagaimanapun, hasrat tersebut terpaksa ditunda sebentar memandangkan aku terpaksa ke pejabat untuk menyelesaikan tugasan khas pada hari berkenaan. Selesai di pejabat, aku terus menghubungi Azmer utk meneruskan projek spt yg dijanjikan. Pd waktu itu, sudah agak terlewat sbb deme baru aje menutup sessi projek mengangkut barang dan nak bersiap2 utk sessi makan-makan. Memandangkan tak jadi nak ke sana... aku pun mengambil ruang waktu yg ada utk selesaikan masalah tayar motosikal aku yg dah bocor....


Dahsyatnye kehidupan di Damansara Utama nie..... puas aku pusing mencari kedai motosikal... dari SS20 ke Uptown ke Taman Tun.... satu kedai motor pun tak ada.... kedai kerete aje yg berlambak-lambak. Sudahnye, singgah ke Caltex berhampiran, ambil aje no phone Din tayar bocor yg diiklankan di dinding stesyen minyak berkenaan. Lebih kurang 1 jam kemudian, si Din pun sampai ke kediaman dan masalah aku pun selesai... Alhamdulillah..... Selesai segala-galanye... kami pun berangkat pulang ke Aman Heights....


Ahad, 4th March 2012... seawal jam 10.00 pagi, kami bergrak ke workshop Seng Cheong... dah tiba masa utk di service... tgh dok drive... tiba2 aje phone aku berbunyi. Entah apa mimpi pulak si Azmer ni, tiba2 aje nak buat majlis Tahlil & baca Yaasin sempena merasmikan kediaman baru deme... Nak kejar KPI ke.... sabo ajelah...


Malam tu, kami tiba agak lewat.... sbbnye, tersedar dari lena pun dah jam 6.00ptg.... Nak kena singgah ke Damansara utk tukar kereta dahulu... Malam tu, nak pinjamkan 4wd kami kpd Azmer supaya senang dia nak angkat saki-baki barang yg masih ada di kediaman lama deme... Waktu kami tiba di kediaman baru deme... deme baru aje selesai Solat Isya' berjemaah. Habis aje doa, jamuan makan pun dimulakan... langkah kanan tu... (tak senonoh betul).... sabo ajelah.... Selesai makan & borak2 kejap... kami pun beransur pulang sbb nak sediakan diri utk rutin hari kerja keesokan harinye...


Buat Shakria & Azmer... tahniah! Perfect choice... aku mmg suka rumah baru ko org... Insya Allah, kome siap aje makanan banyak2... lepas ni kita org akan selalu melawat ko org....





.

Sunday, February 26, 2012

BBQ @ Kalumpang

Aktiviti kami pada minggu ini sebenarnya telah pun dirancang bersama-sama Azmer & Shakira sejak beberapa minggu yg lalu lagi. Mengikut perancangan asal, projek ini sepatutnya dijalankan di Janda Baik. Walaubagaimanapun, lokasi aktiviti terpaksa ditukarkan ke Kalumpang sbb semua bilik dkt Janda Baik dah penuh...



Sebelum tu... Rabu, 22hb Feb 2012, hajat aku nak pulang tepat pd waktu tidak kesampaian... tup...tup.. lagi lambat adelah... naik letih jugak aku... Sabo ajelah... sebab aku nak pulang on time pd hari tu adalah sbb parent aku bersama adik aku dah tiba di rumah sejak petang lagi... Mujurlah darling aku shift malam.. boleh le dia entertain deme sementara nak tunggu aku pulang. Hampir jam 9.30 malam... baru le aku selamat tiba... Selesai dinner & mandi... aku pun bersiap2 nak gerak ke kediaman kami di Seri Kembangan... Keesokkan paginye, adik aku akan menghadiri sessi temuduga di Putrajaya...


Khamis, 23hb Feb 2012... Selesai aje solat Subuh di rumah, kami bergerak menuju ke Putrajaya. Adik aku akan menghadiri temuduganya di bangunan Mampu, Jabatan Perdana Menteri. Kami yang tiba seawal jam 7.00 pagi, terpaksa menunggu di Masjid Putrajaya sbb si Mastura ni dah janji dgn beberapa org kawannye nak jumpa dkt situ... Lepas drop dia, aku bersama parentku menikmati sarapan pagi di gerai kegemaran kami di Food Court Precinct 9. Selesai breakfast, kami bergerak ke rumah sewaku di Precinct 11 utk dptkan contact no. technician di sana. Dari sana, perjalanan diteruskan ke Alamanda Putrajya... bukan sebab nak shopping... tetapi sebab nak ke Bank bagi membincangkan isu rumah kami di Kg. Boyan yg perlu re-finance sbb sebelum ni aku buat loan dgn company lamaku... Sewaktu berurusan di Bank, tiba2 aje adik aku muncul... kabonye kawannye hanto dia ke sana...


Dari Alamanda, perjalanan diteruskan ke kediaman kami bagi menikmati makan tengahari bersama-sama darlingku. Selesai lunch dan Solat Zohor, kami bergerak ke Putra Perdana bagi menyelesaikan urusan sewa rumah kediaman milik ibuku.... Alhamdulillah, kediaman tersebut sudah ada penyewa yg akan mula masuk mulai 1hb March 2012... Ramai jugak yg minta... tapi, dah rezeki brother ni le... Selesai aje urusan, kami sempat bawa parent & adikku lepak2 dekat tepi tasik... Lepas ni, susah le sikit nak lepak dkt sini dah... Destinasi seterusnya, shopping2 dkt Jusco Equine Park sebelum ke Serdang Paradise bagi menikmati makan malam. Dah lama jugak aku berhajat nak bawa parentku dinner dekat sini... Alhamdulillah, akhirnya tercapai jugak...



Malam tu, dari Aman Heights, kami bergerak ke Damansara... Esoknye kami akan jalankan rutin kerjaya seperti biasa sementara parent bersama adikku akan bergerak pulang ke Tepen... Kabonye... seawal jam 9.00pagi deme dah bergerak pulang... sempat le singgah Ipoh kejap... Kabonye lagi, tayar kereta pancit semasa deme berhenti di Tapah... Alhamdulillah, semuanye selamat....















Sambung balik cite projek Gagak Itam di Kalumpang... Sabtu, 25hb Feb 2012... pagi tu aku yang terlalu keletihan hanya sedar daripada tido kira2 jam 9.00++ pagi... Mlm sebelumnye... aku bz menguruskan beberapa perkara yg perlu diselesaikan di rumah sewa ibuku di Putra Perdana... ke Damansara bagi mengambil barang2 keperluan dan kembali ke Seri Kembangan kira2 hampir jam 2.00 pagi... Kelam kabut aku pagi tu.. mana idaknye.. sessi badminton sepatutnya bermula seawal jam 8.30pagi... mujurle deme setia menunggu.. buat rakan2... Maaf drpku... Insya Allah, lain kali.. kalau aku turun lewat.. kome rogerlah ye...


Selesai badminton... aku pun bersiap2 mengemas barang utk projek seterusnya... darlingku dah selamat dkt pejabat dan akan pulang kira2 jam 1.00ptg... Lebih kurang jam 1.30ptg.. aku pun tiba di Damansara utk menjemput darlingku ke kediaman Azmer & Shakira... Dlm perjalanan, hujan turun dgn lebatnye... Selesai aje tumpang solat Zohor di rumah deme... kami pun bergerak... Plan asal nak gerak 1 kete aje... since ada extra peserta... kenelah gerak 2 kete... Mereka yg telibat dalam projek kali ini selain aku & darlingku adalah... Shakria, Azmer, Che Nod & sepepu deme, Lin...




Kami selamat tiba di Kalumpang Resort & Training Centre kira2 jam 4.00++ petang... hujan renyai2 menyambut kedatangan kami petang tu... Selesai urusan check in... kami pun memulakan operasi mengangkat barang... Ramai jugak org petang tu... selain drp mereka2 yg datang nak bermandi-manda... ramai jugak yg turut datang bermalam di situ... antaranya, rombongan polis bantuan Felda yg kena training dkt sana, rombongan salah sebuah masjid di Shah Alam, family day & ramai jugak yg datang beristirehat bersama family & kawan2 mcm kami jugak...


Lepas solat Asar di Chalet, kami bergerak mencari barang tambahan utk projek BBQ mlm tu... sementara nak menunggu operasi BBQ dimulakan, apa lagi... operasi terjun sungai le... best jugak tempat ni... selain drp airnye yg sejuk... kawasannye yg lapang, airnye yg boleh tahan dalam dan arusnye yg boleh tahan deras pasti dapat menarik minat ramai org utk jadikan ia antara tempat perkelahan pilihan...















Selesai di sungai... kami kembali ke Chalet kami yg terletak di atas bukit berdekatan dgn air terjun... Nama Chalet kami... Kelicap 2... ok jugak... Chalet 2 tingkat ini dilengkapi dgn tv (Astro), bilik air & toilet, 2 katil di bawah & 3 tilam di atas, kipas di atas & di bawah, almari... kira selesa le jugak... Perancangan asal, nak buat BBQ tepi sungai.. memandangkan hari nampak mcm nak hujan, kami pindah lokasi BBQ kami ke Chalet aje... Seawal jam 7.00mlm, kami dah mulakan operasi meyiapkan dapur arang kami.... sementara nak tunggu arang menjadi bara, sempatlah kami bersiap2 & Solat Maghrib... selesai Solat, operasi memasak dimulakan... antara menu kami malam tu... ikan siakap, ayam, sotong, daging burger, sosej + menu tambahan, nasi goreng ikan bilis yg dibeli dkt kafe berhampiran.... Selain kami berenam... ada 2 lagi tetamu yg turut join sessi BBQ kami... entah mana pulak datang 2 ekor kucing ni... mujur ada deme... selesai juadah kami dikerjakan bersama-sama malam tu...

































Program awal pagi... breakfast bersama-sama di kafe berhampiran sebelum sambung terjun sungai... selesai aje mandi manda... kami pun bersiap2 mengemas utk berangkat pulang... kami check-out seawal jam 10.00++ pagi... Masa di sana lagi kami dah split... Rombongan Azmer teruskan program rayau2 deme sementara kami pulang bergerak ke Tropicana Mall bagi membeli barang dapur & makanan si Kiki & Koko yg dah kehabisan stok.... Apa2 pun.. thanks to Azmer & Shakira yg banyak bersusah payah merealisasikan kejayaan projek kali ini... Mmg best... Insya Allah, lepas ni kita boleh survey lokasi lain utk projek seterusnye... Hidup Gagak Itam....















.