Wednesday, February 10, 2010

Balik Kampung - February 2010



Pada hari Sabtu, 6hb Februari 2010, kami berkesempatan pulang ke kampung utk menziarah keempat-empat org tua kami. Perjalanan kami bermula kira2 jam 8.00 ++ pagi. Alhamdulillah, perjalanan lancar. X ada jam. Kami selamat sampai di Taiping kira2 jam 11.00++. Kali ni aku dah tak bawa laju lagi... boleh dikira mcm dah pencen le...


Kepulangan kali ni terasa agak singkat. Yelah... sampai dah dkt tengahari hari Sabtu. Petang hari Isnin dah nak kena berangkat balik. Mcm biasa, lokasi pertama bila sampai di Taiping, rumah mertua aku. Apa2 hal pun, si Kiki kena drop dkt sana dulu. Semasa di sana, seperti sebelum ini, ayah mertua aku masih berada di katilnya. Beiau masih tak dapat berjalan sendiri. Bukan sbb kecederaan tetapi sbb beliau dah lupa cara nak jalan. Apa2pun, kami bersyukur kerana beliau tidak ada penyakit lain selain daripada lupa. Sebelah petangnya aku sempat ke rumah parent aku dan ke rumah Opah aku sekejap.


Sebelah malamnya, kami sempat bawa parent aku dinner di restoran yg kami sendiri tak pernah pergi. Juara Ikan Bakar yg terletak di tepi (Kiri) jalan Simpang ke Changkat Jering. Sewaktu kami tiba, kedai ini agak lengang. Selepas ambil order aje... tiba2 aje ramai pulak org datang ke kedai tu. Menu yg ada di kedai ini agak luar biasa jugak... antara hidangan yg aku kira luar biasa adalah seperti daging rusa & belot... tak banyak kedai yg ada hidangan mcm tu... walaubagaimanapun, mlm tu kami order hidangan biasa2 aje... My comment, makan dkt sini mmg sedap....


Semasa menunggu hidangan, tiba2 aje nampak seseorang yg mcm aku kenal.. rupa2nya si Mimie bersama keluarganya... Mimie, anak pak cik Man yg duduk sebelah rumah Kumi tu... sempat jugak le sembang kejap bertanya khabar... Khabarnya Mimie skg tinggal di Kajang bersama suami & anaknya yg comel. Katanya dkt2 dgn Saujana Impian... kira dkt2 dgn umah Mat jugak.... Turut bersamanya mlm tu ialah suami & anak serta ibu, adik & abangnya...




Ketika menjamu selera di Juara Ikan Bakar... meneyelerakan...
.
Keesokan paginya... kami bergegas pulang ke rumah mertua aku.... Hajat nak breakfast bersama-sama di gerai kakak ipar di Tmn Kaya. Boleh dikatakan, tiap kali kami balik, kami akan cuba luangkan satu pagi utk breakfast di gerainya. Selain drp kami, budak2 kumpulan Kristal pun akan breakfast di gerai yg sama setiap kali mereka pulang ke kpg halaman mereka di Matang. Pagi tu, bila tiba time nak bayar... Pak Karim (bapa mertua abg ipar aku) tak kasi bayar... breakfast pagi tu dia sponsor... Kalau aku tau... aku bungkus banyak2... (gurau aje). Apa2 pun... terima kasih diucapkan sbb belanja kami semua pagi tu... Semoga dimurah rezeki.
.
Hari Isnin, sebelum berangkat pulang ke KL.... kami sempat bertemu anak saudara aku si Iz & Dina. Biasala... kalau ari keje... dua2 budak ni akan duduk umah Opahnye... Lagi manja dia org nie dgn opahnye... Selepas makan tengahari kami bergegas semula ke rumah mertua aku utk pack barang2 sebelum berangkat ke KL.


Anak buah aku.. Irdina...
.
Sebelum kami meneruskan perjalanan ke KL, kami sempat menemani abg ipar aku (Pak Ngah) ke kedai Motor utk sattlekan kes dia dgn kedai tersebut. Sebenarnya motor ni telah di register atas nama beliau sejak November yg lalu. Asalnya mmg Pak Ngah yg order motor ni. Bila salesman yg berurusan dgnnya melanggar janji yg dibuat semasa promosi dahulu... Pak Ngah dah cancelkan pembelian tersebut... Tetapi.. bebudak salesman tu masih tetap proceed dgn pembelian. Maybe dia nak push sales for the commision. Tapi, setelah beberapa bulan berlalu dan beberapa perbincangan dgn pihak tribunal dan pihak kedai, akhirnya satu keputusan win-win situation dpt dibuat dan pak ngah jadi ambil motor tersebut. Utk kes nie, aku tak salahkan company nie tapi salesmannya yg buat masalah ni jadi besar....

Motor baru Pak Ngah... entah kenapa beli motor dkt Tpg.. dpt plat Selangor...

.
Selepas selesai kes pak ngah, kami terus menuju ke highway. Perjalanan kami bermula kira2 jam 6.00 petang dan tiba di rumah lebih kurang jam 10.30 mlm. Alhamdulillah, semuanya selamat....


.

No comments:

Post a Comment