
Hari Sabtu yg lalu, 30hb Jan 2010, pagi tu kami bergegas ke pasar borong selangor membeli apa2 yg patut sebelum kami berdua standby di rumah menantikan tetamu yg dah lama kami tunggu2... Pak Ngah (abg iparku) bertolak dari Taiping menaiki bas seawal jam 8.30 pagi. Ketibaan beliau di KL telah disambut oleh sahabat baiknya, abg Asmadi. Setelah beberapa jam bersama abg Asmadi, sebelah petangnya barulah mereka berdua tiba di Aman Heights.
Sepanjang berada di kediaman kami, tak banyak tempat kami berjalan pun. Kebanyakkan masa dihabiskan dgn aktiviti2 yg boleh di buat di sini seperti main dart, pool, gym, badminton, swimming & bersembang-sembang sambil mengambil angin segar di kawasan rumah... Selain drp itu, kami juga berkesempatan membawa Pak Ngah ke tempat makan kegemaran kami spt precinct 9, pasar malam sri serdang, kedai mamak & kedai tom yam.
No comments:
Post a Comment