Sunday, February 21, 2010

Farewell Party @ Singgahsana Hotel




Pada 01hb Februari 2010, telah berlaku sedikit penstrukturan organisasi pd division Human Capital di sykt kami. Dlm implementasi penstrukturan tersebut, 3 anggota Section POES (section aku bertugas) telah terlibat sama dlm pertukaran unit. Pada masa yg sama, seorang lagi anggota kami telah ditukarkan ke Terengganu setelah permohonannya itu mendapat kelulusan daripada pihak Pengurusan.



Pada 20hb Februari 2010, satu farewell party bagi meraikan anggota2 tersebut telah diadakan di Singgahsana Hotel, Petaling Jaya. Majlis ini dianjurkan sendiri oleh anggota2 Section POES. Majlis sepatutnya bermula seawal jam 12.30 tengahari tetapi telah dilewatkan ke 1.30 ptg akibat ramai peserta yg datang lewat. Selain drp menjamu selera, majlis juga turut diserikan dgn sedikit ucapan drp anggota2 yg diraikan (Cik Fazlin, En. Fairuddin & En. Anuar), ucapan drp wakil Section POES (Cik Aliah) dan cabutan bertuah. Hanya seorang sahaja tetamu yg diraikan tidak dpt menghadiri majlis ini kerana komitmen lain bersama keluarga. Majlis sepatutnya berlangsung hingga jam 6.00 petang. Walaubagaimanapun, ramai juga yg telah beredar seawal jam 3.00 petang disebabkan komitmen di tempat lain. Antara yg balik awal tu... termasuklah aku sendiri...



Selaku pengacara majlis...
.
Ucapan tetamu yg diraikan

Cik Fazlin..

En. Fairuddin

En. Anuar


Cik Aliah, mewakili Section POES
.
Sessi Penyampaian Cenderahati




Naughty boy...


.
Anggota2 yang bertuah (cabutan bertuah)


.
Sessi menjamu selera









.

No comments:

Post a Comment