Sunday, February 21, 2010

Hujung Minggu - 21 Feb 2010



Hari Ahad, 21hb Feb 2010... Pagi tu, sepupu wife aku (Azura) ada di rumah kami... Pd sebelah tengaharinya... kami akan bersama-sama menghadiri majlis perkahwinan sahabat kami, saudara Md. Rizal dgn gadis pilihannya... Dilla. Kami bertolak kira-kira jam 12.30 tengahari... kendurinya dkt area Batu Caves aje... Malangnya... bila tiba di Batu Caves, kami sesat pulak... puncanya sbb tak bawa kad jemputannya... pusing punya pusing... tak jumpa2... At the end.. kami pun tukar plan... buat saudara Md. Rizal & Dilla... Sorry sbb tak sampai ke majlis anda... Selamat Pengantin Baru dan sila tuntut hadiah anda pd Kak Noi nanti ye...







Bila dah kesesatan... kami pun bertukar arah ke the Curve, Damansara... saja jln2 cari makan.... lokasi tempat makan yg menjadi pilihan ialah Waroeng Penyet... Ramai jugak org makan dkt situ... apa2 pun... air happy soda dia mmg boleh kasi gua happy...















Dari The Curve... kami terus pulang ke kediaman kami... pd asalnya.. ingat nak singgah rumah Aunty aku di Damansara.. tapi mcm tak sempatle pulak... sbbnya... kami kena pulang ke rumah utk kemas2 rumah sbb ada tetamu nak datang... Tetamu yg dimaksudkan ialah ayah & mak saudara aku... merangkap parent kpd Mat... Mereka tiba di kediaman kami lebih kurang jam 8.00++ malam.... yg turut hadir pd malam itu ialah Mat, Ita & Ashraf... ye le.. kalau tak ada mereka... mcm mana pak cik & mak cik aku tu nak sampai...




Hajat di hati... nak bawa si Ashraf ni berenang2 di Kolam... tapi.. asal dia sampai aje.. hari dah malam... takut sejuk le pulak... Next time.. kita buat sessi di siang hari pulak... boleh le aku ajar si Ashraf + ayahnya berenang... Mlm tu.. si Ashraf sempat mandi di bilik mandi aje.. jadilah tu...





Alamak! terlupa nak censor...


Baru nak bersiap...




Dah ready pun...








Bersama si Kikie





Tak leh pegang.. bukan muhrim le...




Tetamu yg sudi hadir pd sessi dinner mlm tu..



Like father like son...





Apa2 pun... thanks to all sbb sudi memenuhi jemputan makan malam tu.. InsyaAllah... utk sessi2 yg akan datang... kita bawa jalan2 dkt luar pulak...



.

Farewell Party @ Singgahsana Hotel




Pada 01hb Februari 2010, telah berlaku sedikit penstrukturan organisasi pd division Human Capital di sykt kami. Dlm implementasi penstrukturan tersebut, 3 anggota Section POES (section aku bertugas) telah terlibat sama dlm pertukaran unit. Pada masa yg sama, seorang lagi anggota kami telah ditukarkan ke Terengganu setelah permohonannya itu mendapat kelulusan daripada pihak Pengurusan.



Pada 20hb Februari 2010, satu farewell party bagi meraikan anggota2 tersebut telah diadakan di Singgahsana Hotel, Petaling Jaya. Majlis ini dianjurkan sendiri oleh anggota2 Section POES. Majlis sepatutnya bermula seawal jam 12.30 tengahari tetapi telah dilewatkan ke 1.30 ptg akibat ramai peserta yg datang lewat. Selain drp menjamu selera, majlis juga turut diserikan dgn sedikit ucapan drp anggota2 yg diraikan (Cik Fazlin, En. Fairuddin & En. Anuar), ucapan drp wakil Section POES (Cik Aliah) dan cabutan bertuah. Hanya seorang sahaja tetamu yg diraikan tidak dpt menghadiri majlis ini kerana komitmen lain bersama keluarga. Majlis sepatutnya berlangsung hingga jam 6.00 petang. Walaubagaimanapun, ramai juga yg telah beredar seawal jam 3.00 petang disebabkan komitmen di tempat lain. Antara yg balik awal tu... termasuklah aku sendiri...



Selaku pengacara majlis...
.
Ucapan tetamu yg diraikan

Cik Fazlin..

En. Fairuddin

En. Anuar


Cik Aliah, mewakili Section POES
.
Sessi Penyampaian Cenderahati




Naughty boy...


.
Anggota2 yang bertuah (cabutan bertuah)


.
Sessi menjamu selera









.

Wednesday, February 17, 2010

Chinese New Year... 2010


Bila tiba cuti umum perayaan... ramai yg akan pulang ke kampung... Bagi org2 Tepeng.. cuti Chinese New Year bukanlah waktu yg baik utk kami pulang ke sana.... sbb apa... sbb keadaan trafic di sana pasti sangat mencabar... jauh lebih mencabar dari apa yg kita lalui setiap hari di ibu kota... Dah bertahun2 aku tak pulang pd waktu kemuncak itu.. selain drp kami... rakan2 setepeng yg lain pun ramai yg tak balik kali ini....


Alhamdulillah... pd hari pertama tahun baru cina 2010... abg iparku (pak ngah) telah selamat tiba di kediaman kami kira2 jam 11.00++ pagi bersama motosikal baru yg aku beli drpnya... beliau bertolak dari Tepeng seawal jam 5.30 pagi... keadaan trafik di lebuh raya.. sangatlah lengang... Apa2 pun... thanks to Pak Ngah yg sanggup bersusah-payah membawa motosikal tu ke sini... Kalau tak satu kerje jugak nak memikirnya... Selain drp membawa motosikal ke sini, Pak Ngah juga akan menghabiskan waktu cuti Chinese New Yearnya bersama-sama kami......













Mlm tu... rakan2 yg tidak pulang ke Kg. telah hadir ke kediaman kami bagi menjalankan aktiviti mingguan kami... apa lagi kalau tak badminton... Kebiasaanya... kami buka game pd hari Jumaat... kali ini game ditunda kpd hari Ahad sbb aku terlewat booking dewan.... Ramai yg tak dpt hadir sbb dia org pergi jalan2 dgn family... yg sempat melapangkan masa pd malam tu hanyalah Mat... Khairul... Amin... Pak Ngah & aku aje....




Malang tidak berbau... semasa aku tengah seronok melayan game single dgn si Khairul... tiba2 aje pandangan aku berputar-putar... rupa2nye aku dah terbaring akibat tersalah step semasa mengambil cuba mengangkat serangan dari si Khairul... Kaki kanan aku terseliuh... pd mulanya.. tak boleh nak bangun... terpaksa di papah oleh rakan2 ke kerusi rehat berdekatan... selepas beberapa minit... baru dpt berdiri... Alhamdulillah.. rawatan segera dari rakan2 dan wife aku yg dah ada pengalaman dlm keadaan sebegini... kecederaan ini telah dpt dipulihkan dlm tempoh waktu yg singkat aje... Kita usaha aje.. Allah S.W.T yg tentukannye... apa pun.. syukur sbb tak payah suffer lama2...








Keesokan harinya.. aku dah boleh berjalan dan memandu... walaupun masih terasa sakit sikit2... buat2 tak tau ajele... Pagi tu.. Isnin, 15 Feb 2010... kami ke Precinct 9, Putrajaya utk menikmati hidangan breakfast kegemaran.... Mcm biasale.. kena beratur le... Apa2 pun... nasi lemak precinct 9 nie mmg gred A le...















Selesai sarapan... destinasi seterusnya ialah kediaman Mat di Kajang Perdana... tujuan utama ialah utk menziarah Ayahanda beliau yg baru selesai menjalani pembedahan.. Alhamdulillah, keadaan Ayahanda Mat stabil...







Dari kediaman Mat di Kajang... Perjalanan diteruskan ke rumah Abg Iparku di Klang... dah agak lama jugak kami tak ziarah beliau di rumahnya.. maklumlah... beliau pun agak sibuk dgn kerjaya barunya... kami redah aje pagi tu... nasib baik beliau ada di rumah.... sempatlah jugak kami semua berborak panjang...








Selepas beberapa jam di Klang... kami bergerak pulang.... dlm perjalanan.. sempat lagi singgah di Giant Kinrara... nak beli sedikit bahan utk minum petang... ada tetamu kehormat nak datang...




Tetamu tiba kira2 jam 6.00++ petang... tetamu yg dimaksudkan ialah ibu saudara isteri aku bersama escortnya dari Bukit Metajam yg dah beberapa hari berada di rumah anaknya di Seremban... Ini adalah kali pertama mak cik wife aku ni tiba di kediaman baru kami... semasa di Puncak Jalil dulu... selalu jugak beliau datang... Pd mulanya.. kami ingat dia org nak tido sini.. rupa2nya dia org nak balik daa... kira2 jam 10.00++ dia org pun bertolak ke Seremban....








Sejurus selepas kepulangan mereka... kami teruskan lagi perjalanan kami... destinasi kali ini ialah warung nasi lemak di Tmn Dato Senu, Sentul.... Sekali tutup daaa... kami pun ronda2 KL sehingga jam 12.00 malam... sebelum pulang ke rumah... kami sempat ke kedai mamak di Sri Serdang utk menjamu selera...









Selasa, 16 Februari 2010... kebanyakkan waktu siang kami dihabiskan dgn berehat-rehat di rumah... Pd sebelah petangnya pula.... sahabatku, Amin bersama isteri & anak saudaranya telah sudi menziarah kami di rumah... Selepas minum petang, kami sempat bawa anak2 saudaranya mandi kolam... seronok budak2 tu... Next time.. datang lagi ye...
















Selepas selesai Solat Maghrib.. lebih kurang jam 8.00 mlm... kami pun bergegas ke KL Central utk mengambil tiket yg dah pun ditempah sebelum ini... Selepas selesai urusan di kaunter KTM.. kami teruskan perjalanan ke Sentul dgn harapan dpt ke warung nasi lemak tu... setibanya di Sentul... alamak... ada pasar malam daa... sure akak tu tak buka kedai... so... belasah le kedai tom yam berdekatan... kira2 jam 10.30 mlm... kami kembali ke KL Central utk hantar Pak Ngah... Ramai pulak org mlm nie... Pak Ngah menaiki keretapi ke Utara jam 11.30 mlm dan InsyaAllah akan tiba di Taping jam 4.30 pagi... kami doakan beliau selamat sampai ke destinansi dan jgn serik utk datang lagi ye....





Pak Ngah bersama ex-motornye sebelum bertolak ke KL Central...



.