Saturday, October 1, 2011

Dolly's Wedding @ Duchess Place



23hb Sept 2011, sepupuku, Dolly atau lebih dikenali sebagai Edleen Ismail, pengacara rancangan Sehari Bersama di Astro Arena, bakal diijabkabulkan dengan jejaka pilihan beliau, Adam Mackenzie. So, Khamis, 22hb Sept 2011.. parentku telah bertolak dari Tepen untuk bersama-sama menjayakan majlis yang bakal berlangsung di Duchess Place, Ampang. Kedatangan parentku kali ini, dengan bas sahaja.. memandangkan, hanya mereka berdua sahaja yang datang dari sana. Abangku & family serta adikku tidak dapat turut serta kerana sibuk dengan hal masing2. Lagipun, bapa aku dah tak berapa confident nak drive waktu malam.


Malam tu, mereka selamat tiba di stesyen Jalan Duta kira2 hampir jam 9.00 malam. Dari sana, mereka telah dibawa ke kediaman Aunty di Damansara untuk dinner dan bermalam di sana. Sewaktu baru nak mulakan santapan, Azmer & Shakira yang memang dah buat appointment dengan kami utk pekena teh tarik malam tu tiba di halaman rumah... Apa lagi.. join sekali le... lagipun wife aku memang masak banyak malam tu.. Selesai dinner.. duduk borak2 sekejap sebelum kami teruskan dgn projek teh tarik... parentku enggan follow sekali memandangkan mereka masih keletihan.


Teh tarik session kami berlangsung di Restoran Bumbung PJ... aku pun tak berapa nak ingat jalan ke sana sbb si Azmer yg drive... tempat tu memang happening... walaupun dah lewat malam... bukan hari cuti pulak tu... pengunjungnye tetap ramai.... deme ni tak kerje ke esok? Teh tariknye memang sedap... malam tu kami tak makan apa2 sbb dah kekenyangan... Azmer & Shakira on aje.. mungkin deme tak makan banyak masa dinner tadi... Anyway, aku sempat jugak bungkus nasi lemak ayam yang dikatakan killer menu restoran nie buat santapan aku waktu bersahur nanti.



Bersama Azmer & Shakira @ Bumbung PJ



Jumaat, 23hb Sept 2011... tibalah hari yang dinanti-nantikan... pagi tu, aku ke pejabat seperti biasa. Darlingku yang pulang dari betugas konti malam sempat sediakan breakfast buat parent & auntyku sebelum menqadarkan tidonye... Sedar aje dia dari beradu.. Mak Buja & Uncle Mydin yg bertolak dari Ipoh dah selamat tiba... Mereka yang pada mulanya rancang nak stay di hotel dkt area Ampang telah menukar program mereka disaat-saat akhir... mungkin nak luangkan masa bersama Aunty Tun yg dah tak berapa nak sihat di Damansara. Pulang aje aku dari pejabat... sempatle duduk rehat dan berborak2 kejap... Tepat jam 6.00 petang.. masing2 sibuk menyiapkan diri utk ke majlis... Malam tu kami akan konvoi beramai-ramai dari Damansara.. 3 kerete jugak le...




Hampir 1/2 jam kami lewat tiba di majlis. Bukan kami aje.. kebanyakkan tetamu pun macam tu... iyelah, majlis mula jam 8.00 malam... Lepas Maghrib baru kebanyakkan tetamu bergerak. Hari Jumaat pula merupakan klimaks kesesakan lalulintas di KL... tu yang ramai tersangkut tu... Alhamdulillah, waktu kami tiba.. majlis nikah baru aje nak dimulakan... so, sempatle kami jadi saksi yg tak direkodkan oleh Jabatan Agama Islam...


Selesai aje majlis nikah... para tetamu terus ke dewan makan untuk menikmati hidangan... Bagi aku, wedding ni memang best... selain drp masakan yang sedap serta teh tarik special yang marvelous... susun atur majlis juga sangat kemas dan selesa... dengan jumlah tetamu yang terhad yang terdiri daripada saudara mara terdekat dan teman-teman rapat sahaja... ianya memberi peluang kepada para tetamu untuk beramah mesra dengan lebih lama dan selesa. Pendek kata.. tak berserabut dan tak kelam kabut.. Agenda seterusnya, bergambar kenangan sebelum melabuhkan tirai majlis...



Dolly (Edleen) with our cousin Farahbi Kahar



ketika majlis akad berlangsung..



Para saksi tak berdaftar...





Siti (maid) sentiasa menemani Aunty Tun yg sedang berbual dgn Aunty Hasnah





Geng Gagak Itam.. conqure satu table...



Geng senior duduk table lain..




Boy yang tiba dari Ipoh bergambar kenangan bersama Aunty Tun




Kak Ani bersama family yg dah betambah beso..




bersama one of my cousin, kudsia kahar..





Seorang lagi cousin gua... Shahril bersama darlingnye..




bergambar kenangan bersama kedua-dua mempelai


Giliran Nadia & Fendi pulak...



Big family... mengimbau memori di Greentown..





dari kiri.. aku bersama papa, uncle mydin, uncle mail (bapa pengantin) & dato' marzuk



From left, Mr. Azim, Mr. Halim, Lina, Boy, E1, Syer & Linda




Selesai aje majlis... kami pulang ke Seri Kembangan... Keesokan paginya, parentku di bawa ke Jusco Equine Park utk shopping hadiah buat D'boy & D'na. Dari Equine Park.. terus ke South City Plaza.. bukan nak shopping tapi nak ke Syed Bistro utk menikmati juadah tengahari. Apa lagi.. Briyani kambing le... hehehhee... Sebelah petangnye.. Wife aku kena bertugas... kami pula teruskan program jalan2 kami.... kali ini kami ke kediaman Adin & Anis... Datang beraya le kononnye... Inilah kali pertama kami ke kediaman mereka selepas mereka kahwin... Mungkin wakil Tepen yang pertama yg sampai ke rumah deme kot... Tak gitu Adin? Lama jugak kami lepak dkt rumah dia... sampai Maghrib dekat rumah dia... Dari Kota Damansara, perjalanan kami diteruskan ke downtown The Mines, Seri Kembangan... kami yang tiba seawal jam 9.00 malam di lokasi terpaksa lepak di kedai mamak berhampiran sementara menunggu para pedagang membuka gerai mereka. Hampir 2 jam di sana, kami pulang ke kediaman utk beristirehat..




@ Syed Bistro, South City Plaza




@ Adin & Anis's house...



Ahad, 25hb Sept 2011, seawal jam 10.00 pagi, parent aku dah bersiap-siap nak pulang... dah rindu dengan cucu deme agaknye... Selesai aje breakfast, mereka dibawa ke Pudu Sentral utk dapatkan bas ke Tepen... Alhamdulillah, seawal jam 11.00++ mereka bertolak dan telah selamat sampai ke destinasi lebih kurang jam 3.00 petang...

.

3 comments:

  1. assalammulaikum wbk. maaf ganggu. cuba saudara ke link ini:
    http://remembersheena.blogspot.com/2009/01/hugely-successful-event-at-sids-pub.html
    cuba lihat gambar kedua dari bawah. jika saya khilaf, maafkan saya...jika ianya benar, tegurlah ia

    ReplyDelete
  2. Waalaikumsalam, thanks for the info... Sebenarnya, tak menjadi kesalahan utk kita menyentuh anjing tetapi perlulah mengikut tertib dan tujuan yang betul. Jika tidak disamak, ianya akan menyebabkan kita berada dalam keadaan tidak suci yang boleh mengakibatkan ibadah kita tidak diterima. I'll see, what i can do... Thanks...

    ReplyDelete
  3. Betulkan klu sy salah...pegang atau sentuh anjing / babi atau yg sewaktu denganya tanpa sebab yg d benarkan syarak adalah haram dn berdosa..

    ReplyDelete