Saturday, October 15, 2011

Stock Clearance Sale...



Oct - Dec... adalah waktu terbaik utk warga KL membeli-belah... sebab apa? Sebab waktu itulah kebanyakan jenama akan adakan stock clearance sale masing-masing... Bermula pada 30 Sep hingga 01 Oct baru-baru ini, Padini telah mengadakan warehouse sale mereka di Padini Holdings, Glenmarie Shah Alam. Yang dahsyatnye... semua items akan dijual pada harga RM 5 aje...


Sabtu, 01hb Oct 2011... aku memulakan aktiviti pagi dengan sessi badminton bersama rakan-rakan di Aman Heights. Setelah 2 bulan berehat sempena Ramadhan & Syawal... rentak permainan masing-masing agak slow. Ada juga yang masih belum boleh nak mulakan game sampai tak datang langsung sessi berkenaan. Antara yang hadir pada sessi pembukaan tersebut hanyalah Zaid, Azmer & member Tv3nye ... Sahabat2 lain masih belum dapat meluangkan masa disebabkan komitmen terhadap keluarga dan kerja masing-masing... Hampir jam 11.00 pagi, barulah kami sempat bertolak ke warehouse sale Padini. Setibanya di sana... Alhamdulillah, agak senang kami dapat parking walaupun banyak kenderaan di sana. Walaubagaimanapun, hajat kami nak shopping dkt situ terpaksa dibatalkan apabila terlihat barisan manusia yang beratur di pintu masuk yang dah sama panjang dengan gerabak keretapi ekspres senandung malam KTM... Biasanye, kalau ada sale2 macam ini, kami akan memastikan yang kami adalah orang terawal yang sampai disitu... Demi komitmen untuk menjayakan sessi badminton bersama rakan2 pagi tu.. kami terpaksa melewatkan perjalanan kami....





Bagi memujuk hati yang sedikit tercalar... kami menukar haluan ke butik aL-ikhsaN di hentian rehat berhampiran tol batu 3, Federal Highway... Kebetulan, al-ikhsan pun tengah buat sale... boleh le kami tambahkan koleksi adidas kami... Di sana, kami sempat tangkap sepasang kasut utk aku & darlingku... Selesai di sana, kami terus singgah ke restoran A&W yang terletak dalam stesyen minyak petronas bersebelahan. Dah lama jugak tak pekena Root beer float...





darlingku sdg asyik menikmati kelazatan A&W root beer float




Adidas Vibetouch yg sempat aku sambar..




Adidas Vibecomplete utk darling gua...




my first adidas porsche design yg sempat disambar pertengahan tahun lalu




Ahad, 2hb October 2011, awal pagi, kami mulakan perjalanan ke Precinct 9, Putrajaya. Sebenarnye... pagi tu kami ada urusan di rumah sewa kami di Putra Damai Apartment, Precinct 11. Macam biasa.. kalau dah jejak ke Putrajaya, pasti kami akan singgah ke food court Precinct 9 bagi menikmati sarapan pagi di sana.... Setiap kali kami berada di sana, gerai nasi lemak tu pastinye kena beratur.. walaupun dah naik harga... org tetap beratur jugak... Selesai di Putrajaya... kami singgah sebentar di workshop Seng Cheong... Our SLK (Small Little Kancil) perlukan minyak gear & radiator coolant baru... lebih 1 jam jugak di mengerjakan kereta kami tu... bila nak balik... macam biasale... dia mesti bodek suruh aku jual Kancil tu dekat dia... kali ini, siap suruh bini dia pujuk kami... bukannye apa, nak plat no. le tu... rasanya sudah ada buyer yang stanby nak beli plat tu drp dia... Sorry le Taiko.. gua mau pakai laa...


menu kegemaran di Precinct 9



Darling gua yang khusyuk menikmati hidangan



SLK yang sedang di rawat...


layan majalah sementara menunggu selesai rawatan



Minggu seterusnya... Alhamdulillah, kami berkesempatan menunaikan hajat nak bawa Aunty aku menginap di kediaman kami di Aman Heights. Sebenarnya, hajat ni dah disimpan sejak 2 tahun yang lalu. Sewaktu kediaman kami dah siap, kami dah janji dengan Aunty nak bawa dia bermalam di sana, tapi waktu tu, belum dapat kunci lagi... tak lama kemudian, Aunty aku telah diserang stroke dan hajat kami tu terkubur begitu sahaja. Alhamdulillah, kini beliau semakin pulih dan dah boleh di bawa jalan-jalan. Jumaat, 7hb Oktober 2011... selepas Isya', kami bertolak dari kediaman Aunty di Damansara. Selain Aunty, turut dibawa bersama ke Aman Heights adalah PA kpd Aunty aku, Siti... Keesokan paginya, kami berkesempatan membawa mereka menikmati breakfast di restoran Anjung, Sri Serdang. Berselera jugak Aunty makan pagi tu... Sebelah petangnye pula, aku sempat bawa Aunty makan angin di sekitar club house... Walaupun Aunty agak gerun tengok kolam... kami paksa jugak dia duduk dekat sana... saja nak kasi dia rasa fresh air dkt situ... Ahad, 9hb Oktober 2011... sebelum kami bertolak pulang ke Damansara... sekali lagi, Auntyku di paksa excercise sambil menghidup udara segar... kali ini di kolam ikan & taman permainan Aman Heights... Mcm biasa.. PAnye, Si Siti, akan sentiasa berada disisinye... Lebih 1/2 jam di sana... barulah Aunty di bawa pulang ke kediaman utk bersiap-siap pulang ke Damansara.... Apa2 pun, kami bersyukur kepada Allah S.W.T. kerana telah menunaikan hajat kami yang tersimpan sekian lama. Doakanlah agar Auntyku akan kembali sembuh seperti sedia kala... Amin....

Siti membantu Aunty Tun menikmati sarapan



Auntyku bersama PAnye..



Menikmati ketenangan & kesegaran pagi





Sessi morining walk.. rutin excercise utk aunty..



.

No comments:

Post a Comment