Tuesday, October 18, 2011

Kuki @ Bella (28th Aug 2010 - 7th Oct 2011)




Daripada Allah kita datang, kepada Allah jugalah kita akan dikembalikan. Setiap yang hidup di dunia ini, akhirnya pasti akan kembali menemuiNya.


Pada 7hb Oktober 2011, aku telah mendapat perkhabaran berkenaan pemergian Kuki @ Bella yang merupakan anak kepada kucing kesayangan kami, Kiki. Kuki yang dilahirkan pada 28hb Ogos 2010 bersama-sama Koko, Kaka & Kiko telah pun diserahkan kepada sepupuku, Nadia, sebelum ini. Ia telah dijaga rapi oleh Nadia & Fendi bersama seekor lagi adiknye Kiko di kediaman mereka di Putrajaya. Kami sempat bertemu mereka beberapa kali semasa menziarah ke rumah Nadia sebelum ini. Sayangnya, umurnya tak panjang... Kuki @ Bella telah tidak kelihatan pada waktu pagi di Tingkat 8 pangsapuri kediaman Nadia & Fendi di Putrajaya. Apabila mereka melihat ke bawah, kelihatan kelibat seekor kucing yang sudah terbaring di atas lantai. Apabila mereka turun ke bawah, memang sah, kelibat itu adalah bangkai Kuki @ Bella yang sudah tidak bernyawa lagi. Ia dipercayai terjatuh melalui tingkap tingkat 8 kediaman mereka. Insya Allah, semoga kita dapat bertemu semula dengannya di akhirat nanti.



Saat bahagia bersama adik beradiknye...


Waktu Kuki nak diserahkan kepada Nadia & Fendi


Kali terakhir Kuki & Kiko bermesra dengan Kiki


Gambar terakhir Kuki@Bella


.

No comments:

Post a Comment