Saturday, October 15, 2011

Univ 360 Place, Serdang



Sabtu, 15hb October 2011... kami baru aje balik jalan2 dkt Jusco Equine Park... semasa di sana tadi, ada le deme buka counter jual property dkt area Serdang nie... tak ketinggalan, projek fasa 3 Aman Heights... Harga dah naik dengan mendadaknye... opening price dah mencecah RM 360k++... itupun unit tengah... utk unit tepi macam umah teman... udah mencecah RM400k++...


Selain drp Aman Heights... satu lagi projek yang teman baru tahu tadi ialah Univ 360 Place yang lokasinye terletak sangat dekat dgn UPM... Projek F3 Capital ini adalah merupakan kombinasi kediaman moden dan lot komersal. Ia mempunyai 2 tower di mana tower A berjumlah 24 tingkat manakala tower B berjumlah 15 tingkat. Didatangkan dengan 5 pilihan jenis kediaman yang terdiri daripada unit Studio (487-497sf), Suite 2 bilik (656-810sf), Suite 3 bilik (957-1191sf), kediaman dengan private garden (1148-1363sf) dan Duplex Penthouse (1685-1818sf). Kesemua kediaman dilengkapi dengan air cond dan dijangka siap pada tahun 2016. Harga dibuka dari RM 185 000. Maklumat lanjut... sila layari www.f3capital.com.my
















.

No comments:

Post a Comment