Wednesday, August 26, 2009

Awal Ramadhan 2009

Bagaikan dah tahu yg mereka akan ditinggalkan utk beberapa hari, kucing2 kami pun mula buat muka sedih. Kepulangan kami sempena menyambut awal Ramadhan kali ini, tidak disertai oleh mereka berdua. Tak lama, 3 hari aje. Bila di fikirkan akan kerenah mereka masa dlm perjalanan tu, lebih baik kami tinggal aje. Tapi, bila dah tinggal, tak senang duduk pulak. Kepala asyik ingat kat dia org aje… makan ke tak? sihat ke tak? selamat ke tak? Macam-macam le… Yg pastinya, kepulangan sempena Aidilfitri nanti, pasti mereka tidak akan ditinggalkan.

Perjalanan bermula selepas tamat waktu pejabat pd 20th August 2009, kira-kira 2 hari sebelum Ramadhan. Trip kali ini turut disertai oleh Abg ipar aku bersama seorang anaknya, Si Mohamad. Mereka berdua telah diminta utk standby di pejabat wife aku sebelum tamat waktu kerja. Kalau nak jemput dia org, entah pukul berapa baru boleh bertolak. Al-maklumlah, rumah dia org dkt Klang. Siapa2, pernah ke Klang waktu kemuncak, tahu le… Kami berjaya melepasi tol jalan duta kira2 jam 6.00 petang dan selamat sampai ke destinasi sebelum jam 9.00 mlm selepas dua kali berhenti utk isi minyak dan Solat Maghrib. Sempat Maghrib di hentian Simpang Pulai….


Abg iparku, Feroz bersama anaknye Mohamad


Hari Jumaat, 21st Aug 2009, adalah hari bekerja bagi mereka2 yg tak ambil cuti mcm kami. Pagi tu, kami menunaikan hajat Abg ipar aku yg hendak ke beberapa buah sekolah kerana ada sedikit urusan. Antara sekolah-sekolah yg sempat kami lawati adalak SK. King Edward, SMK King Edward & SK Convent Kota, Taiping. Kebetulan, kami tiba di SK King Edward sewaktu pelajar2 sedang berehat. Sempatle kami bertemu dgn anak2 sedare yg kelihatan terkejut dgn kehadiran kami di situ.





Amin

2 sepupu bertemu di sekolah...




3 rupenye... si Daniel turut enterframe..







Antara pemandangan yg menarik semasa perjalanan

Petang tu, aku menunaikan Solat Jumaat di Masjid Kg. Boyan. Hajatnya nak Solat di Simpang, tapi tak sempat kerana pagi tu sibuk meronda ke sekolah-sekolah. Bukan selalu dpt peluang Solat Jumaat di Kampung.


Selesai makan tengahari, kami berdua bergegas ke rumah parent aku. Walaupun baru aje jumpa parent aku hari tu, terasa tak sabar pula nak jumpa si D-Boy yg kena tinggal masa trip parent aku ke KL baru2 nie.


D'Boy tido semasa ketibaan kami...




Dari rumah parent aku, kami bergegas ke Tesco Taiping utk beli beberapa barang keperluan di Kampung. Alangkah terkejutnya, ramai gile org yg shopping hari tu. It’s Friday beb…hari kerja… walaupun dah tamat waktu kerje… takkan le seramai ni. Adakah sbb esok nak puasa? Entahle… kalau puasa pun, kenapa? Mcm le dah tak boleh shopping… Masa di kaunter… ramai org yg beli brg2 dapur sampai ratusan ringgit. Aku pun tak paham kenapa? Nak kata baru dpt gaji, dah lama dah… Entahle…..




Mlm tu, Tarawih pertama 2009. Alhamdulillah, dpt jugak kami sempurnakannya di Masjid Simpang. Seronoknye Tarawih di Kampung ni bukanye ape… selain dpt recall balik kenangan lama, kita juga berpeluang bertemu rakan2 lama. Malangnye… tak terjumpa le pulak... walaupun Amin turut serta dlm Jemaah. Mungkin betul kata Amin, masjid dah terlalu besar dan banyak laluan keluar masuk… so, kami langsung tak bertemu. Bukan Amin aje.. member2 yg masih di Kampung pun tak nampak… semuanya muka generasi baru.. sabo ajele…. Sahur pertama, di rumah parent aku. Sunyi sikit sbb tinggal 2 couple aje…


My Darling di hadapan Masjid Simpang...


Hari pertama puasa, kami berbuka di rumah mertua aku. Disebabkan darling aku sibuk di dapur, abg ipar & anak sedare aku le yg kena temankan aku mencari juadah di bazaar Ramadhan. Petang tu, agak lewat kami ke bazaar Ramadhan sbb hujan agak lebat. Kami tiba di bazar Ramadhan Batu 2 ½ dlm pkl 6.00 petang. Banyak yg kami cari tak ada & dah abis… Rupanya, org shopping jugak walaupun hujan… Masa kami tiba tu, hujan dah clear, makanan pun dah clear jugak. So, dari situ, kami beralih ke Town utk dptkan juadah yg dicari. Alhamdulillah, dpt jugak beli juadah2 spt yg dipesan.


Amin bersama Pak Ngahnye...






Perjalanan pulang utk berbuka puasa...

3 Sepupu tak sabar menanti waktu berbuka... beratnye mamat nie....

Antara ahli keluarga yg turut hadir berbuka puasa...


Mlm tu, kami Tarawih di Kg. Boyan. Sejuk sikit sbb ada air cond. Selesai Tarawih, kami terus ke rumah Opah aku utk mengadap sbb kami akan bertolak pulang ke KL selepas Subuh. Di rumah Opah, mcm dulu2 jugak le.. bila bulan puasa, kechoh le sikit dgn suara kanak2. Suatu ketika dahulu, aku lah antara suara2 yg buat kechoh tu.. Skg, ni, sepupu2 junior & anak2 saudara pulak yg ambil alih…


D'boy in action...




Selesai bersahur, kami bersiap2 utk berangkat. Kali ini, mertua aku ikut sekali sbb nak berpuasa di KL. Selesai Solat Subuh kami dah standby nak gerak, tapi, hujan lebat pulak. Dlm pkl 7.00 baru kami gerak. Itupun kita org redah aje walaupun hujan.

Amin semasa bangun sahur..

Ali in action...

Sepanjang perjalanan, cuaca agak sejuk… Sampai 5 kali kami jumpa kenderaan terbabas. 1 Lori, 2 BMW, 1 Merc & 1 Hilux. Semua kes terbabas sendiri. Bisale.. jln basah… kalau overspeed, sure boleh melayang punye…








Kami selamat tiba di Klang dlm pkl 10 pagi. Singgah sebentar aje.. Kebetulan anak buah kami yg belajar Tahfiz tu ada di rumah. Sempat juga le aku belajo cara2 nak ikat serban. Mertua aku decide nak stay sana dlm seminggu, so, biar ajelah..


Adam & Haura..


Tuan Mursyidul khas...



Close up...

Aku & wife pulang ke rumah sbb dah lama sangat tinggal kucing 2 ekor tu. Petang tu, kami ke bazaar Ramadhan Equine Park. Disitulah tempat kami akan mencari juadah sepanjang Ramadhan ini….






.

4 comments:

  1. Salam Bro,

    Seronok baca catatan di ats, tringatlah pulak kat kampung. Itu hari balik sebelum puasa jadi tak terasa sangat suasana ramadhan.

    Teringat masa budak2 dulu, masa tu tak ada pasar ramadhan yg ada pun hanya antar kuih kerumah jiran..

    Yang paling dikenang ialah menunggu penjual air batu, maklumlah peti sejuk tak ada lagi kat kampung. Satu ketul air batu masa tu harga agak2 30 sen jee, pastu dibalut dgn abuk papan supaya tahan lama.

    Heeeheee.... terlalu manis mengimbau kenangan lama.

    AbgSam

    ReplyDelete
  2. Wah.. menarik pengalaman Abg Sam tu.. sygnye kita org tak sempat lalui. Biasalah, zaman berubah-ubah. Generation bawah lagi, sure tak akan rasa apa yg generation kami lalui pulak.

    Apapun, selamat menyambut Ramadhan buat Abg Sam sekeluarga.

    ReplyDelete
  3. dh mcm geng taliban la plak bila tngk hg pakai serban tu.....

    ReplyDelete
  4. Biasele... Fisabilillah...

    Itupun design Imam Masjid Negara. Yg belitan Pok Nik tu, kawe dok belajar lagi...

    ReplyDelete