Monday, August 31, 2009

Ramadhan - 10 Awal

Catatan 10 hari awal Ramadahan 2009. Tidak seperti tahun2 sebelum ini, kali ini, hampir setiap hari kami akan berbuka puasa di rumah. Sebelum ini, kami berbuka puasa di pejabat dan hanya akan pulang selepas selesai Solat Tarawih di Masjid yg berdekatan dgn office. Utk merealisasikan hajat berbuaka puasa di rumah, antara perkara yg perlu kami lakukan, datang awal ke pejabat utk park kereta betul2 di hadapan pintu exit basement car park di office dan keluar pejabat tepat pada waktunya. Alhamdulillah, sebelum jam 6.00 petang kami dah boleh berada di rumah walaupun kami akan singgah membeli juadah di bazar Ramadhan berhampiran kediaman. Selesai berbuka, kami akan bersiap sedia utk ke Surau berdekatan bagi menunaikan Solat Tarawih bersama qariah yg sepatutnya. Itulah rutin harian kami yg akan berterusan sehinggalah kami pulang ke kampung kelak.

Pd 28th August 2009. Izwan ada dtg menjemput aku di rumah utk lepak2 sambil pekena kopi selepas Tarawih. Location biasa, Island Red Cafe. Dkt 1 jam juga kita org berborak sambil menikmati hidangan sarapan pagi, roti bakar & telur separuh masak. Dah lama tak breakfast, rasa rindu pulak. Sayangnye, tak sempat nak ajak rakan2 lain sbb kami jumpa pun mengejut aje.. kalau siapa2 ada perancangan nak berbuka ramai2, ko org discuss le dkt group. Aku terpaksa tarik diri tahun ini. Ko org proceed ajelah...

Seperkara lagi yg membezakan Ramadhan kali ini dgn yg sebelumnya adalah kehadiran kedua mertua aku yg akan menunaikan ibadah puasa bersama-sama di ibu kota. Seminggu awal nie, mereka berdua decide nak berpuasa di rumah abg ipar aku di Klang. So, kami berdua hanya ditemani oleh dua ekor kucing yg nakal tu ajele. Alhamdulillah, pd hari Sabtu (29 Aug), abg iparku & keluarganya telah tiba di kediaman kami utk menghantar mertua aku & sekali gus meluangkan masa utk berbuka puasa bersama-sama.



Anak buah yg turut hadir, Mohamad, Haura & Adam

Tak sabar menanti waktu berbuka


Bersama Adam yg dah standby nak shopping raye...


Wife aku sempat bawa mereka shopping utk persiapan raye




Tak payah nak suruh possing, berbakat betul budak2 nie...



Haura bersama baju yg baru dibeli


Haura yg liat nak bangun sahur


Selepas kenyang bersahur. Si Adam ni bukannye puasa pun..
.
30th August 2009 merupakan hari ulang tahun aku yg ke 29. Dah nak masuk 30 dah. Masih banyak lagi perancangan aku yg masih belum direalisasikan walaupun banyak juga yg Allah S.W.T. telah makbulkan. Apapun, teruskan usahamu Gaban!. Alhamdulillah, aku masih diberi peluang dan ruang utk berusaha. Alhamdulillah juga sbb masih ramai yg ingat hari ulang tahun aku. Selepas detik 12mlm, maka mulalah mesej-mesej diterima dari saudara mara & rakan2. Amin... semoga doa kalian semua akan dimakbulkan. Sempena menyambut hari ulang tahun, kami decide nak bawa kedua mertua aku bersama-sama berbuka puasa di Kinarara Golf Club yg tak jauh dari kediaman kami. Rosak diet aku selama seminggu mlm tu. Sebenarnya, aku dah nekad tak nak sentuh nasi sepanjang Ramadhan nie, tapi, dah dua kali aku langgar pantang. Satu, semasa abg ipar aku dtg ke rumah dan kali kedua semasa di Kinrara Golf Club. Biasele.. bila dah dihidang dgn juadah yg sedap2... terlanggar jugak... Harap tak banyak kali le... Apapun, aku nak ucapkan jutaan terima kasih kepada semua yg telah menghantar ucapan ulang tahun. Org kata, kalau ko org hantar hadiah, lagi afdal. (gurau aje)

Sementara tunggu aku park kereta


Org ramai yg hadir bersama utk berbuka di Kinrara Golf Club


Hiasan suasana Aidilfitri


Sementara menanti kami mengambil hidangan


Antara juadah yg sempat kami capai...


Possing sementara tunggu waktu berbuka


Sabor... belum masuk waktu lagi...
.

No comments:

Post a Comment