Wednesday, August 19, 2009

Takwa, Iman & Ibadah...


Selepas menonton isu ini di buletin utama semalam, aku rasa terpanggil utk memperjelaskan perkara yg telah atau sengaja disalah tafsirkan oleh pihak media perdana dan dijadikan sebagai senjata utk kempen pilihan raya kecil di Permatang Pasir. Berkenaan kenyataan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat bahawa Islam yg dibawa oleh Umno akan menyebabkan penyokong Umno tidak ke syurga, bagi aku, kenyataan ini adalah agak bertepatan buat masa ini. Ianya disokong kuat oleh kenyataan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Ahmad Hamidi yg berkata, "tidak mungkin sebagai hamba, seseorang itu mengambil alih tugas Allah dengan menentukan siapa masuk syurga berasaskan parti politik yang disertai oleh seseorang itu. Sebaliknya ia adalah kerana takwa dan Iman seseorang itu serta tentang ibadah yang dilakukannya.

Memang benar, bukan hak Tuan Guru Nik Aziz utk menentukan seseorang itu ke syurga atau neraka. Ianya adalah hak mutlak Allah S.W.T. Nabi Musa A.S. juga pernah ditegur kerana perkara ini. Cuma apa yg nyata disini, apb seseorang itu tidak menunaikan Solat, adalah jelas org itu telah menempah tiket ke Neraka selagi mana dia tidak bertaubat dan kembali ke jalan yg benar. Samalah dgn org yg tidak bertudung, tidak berpuasa, tidak berzakat dsb. Dipendekkan cerita, sekiranya kita enggan melaksanakan apa yg diperintah oleh Allah dan enggan meninggalkan apa yg dilarangNya, kita akan dihumbankan ke Neraka. Itulah hubungannya dgn Takwa, Iman dan Ibadah....

Cuba kita lihat betul2 asas perjuangan parti Umno. Parti bangsa Melayu yg menjujung sistem pemerintahan Sekular ciptaan barat. Allah S.W.T. telah memerintahkan umat Islam utk melaksanakan sistem pemerintahan & perundangan Islam yg diturunkan kepada Rasulullah S.A.W. melalui Al-Quran. Setelah lebih 50 tahun kita merdeka di bawah pemerintahan Umno, Malaysia masih belum melaksanakan sistem pemerintahan Islam yg sebenar. Malah, Umno menjadi penentang utama setiap kali usul perlaksanaan sistem pemerintahan dan perundangan Islam ini diketengahkan. Dipendekkan certia, Umno menentang arahan Allah dan ajaran Rasulullah dlm bab sistem pemerintahan Islam dgn memberi alasan yg bukan2. Di mana Takwa dan Iman mereka dlm perkara ini?

Kesimpulannya, selagi mana Umno enggan mengamalkan dan terus menenetang perlaksanaan sistem perntadbiran dan perundangan Islam di Malaysia spt mana yg diperintahkan oleh Allah S.W.T., maka Umno dan org2 yg menyokong perkara tersebut seolah-olah telah menempah tiket ke neraka selagi mana mereka tidak kembali ke jalan yg benar.

Walaubagaimanpun, setakat menyokong usaha PAS utk melaksanakan Islam yg sebenar di Malaysia tidak akan menjajikan seseorang itu utk ke syurga selagi mana individu itu sendiri tidak beramal sebagai umat Islam yg dikehendaki oleh Allah S.W.T. spt mana yg ditunjukkan oleh Rasulullah S.A.W. Utk ke syurga, individu itu perlulah berIbadah kpd Allah dgn penuh keImanan dan dgn sebenar-sebenar Takwa.

No comments:

Post a Comment