Thursday, August 27, 2009

Mengengkari Perintah Allah


Aku rasa terpanggil utk mengulas ttg isu hukuman sebat yg dikenakan ke atas seorang model beragama Islam yg didapati bersalah kerana meminum arak. Pelik jugak aku bila arak, yg begitu serius diharamkan dlm Islam dianggap remeh oleh sesetengah manusia yg mengaku diri mereka Islam. Ini jelas apb ada pihak-pihak yg beriaya-iya berkehendakan agar hukuman tidak dilaksanakan ke atas pesalah.


Mengikut amalan hukuman Islam sebenar yg telah dijalankan oleh Rasulullah S.A.W. dan para sahabat Baginda, hukuman ke atas umat Islam yg didapati bersalah kerana meminum arak adalah 40 kali sebatan dan dilaksanakan di khalayak ramai. Malahan, di zaman pemerintahan Saidina Umar R.A., hukuman yg dikenakan adalah 80 kali sebatan. Agak pelik bila mereka mendakwa, mengikut hukum Syariah Islam, pesalah dikenakan hukuman 6 kali sebatan dan denda RM 5000. Dari mana datang hukum ini? Lebih mengecewakan, pemimpin tertinggi Wanita dan Presiden sebuah parti yg mengaku mereka tu Islam, beriya-iya menyarankan pesalah utk membuat rayuan agar tidak dikenakan hukuman yg jauh lebih ringan dari hukuman yg sepatutnya diterima mengikut undang-undang Islam sebenar.


Mereka yg membantah perlaksanaan hukum ini telah mempermainkan konsep pengampunan dalam Islam. Mungkin sebab itu mereka tak takut nak buat jahat agaknye. Mengikut fahaman mereka, Islam adalah Agama suci dan Allah maha pengampun, maka, pesalah boleh buat rayuan dan pasti Allah akan mengampuni kesalahan tanpa perlu dihukum. Mmg benar, yg maha pengampun adalah Allah. Tapi, itu tak bermakna hukuman tak perlu dijalankan. Kalau semua mendapat pengampunan dan tak perlu dihukum, kenapa Allah S.W.T. wujudkan neraka?


Rujuk semula perlaksanaan undang2 di zaman Rasulullah S.A.W. Bagi setiap kesalahan pasti akan dilaksanakan hukuman. Tiada rayuan yang akan diterima sekiranya pesalah itu ditangkap dengan bukti dan saksi yang lengkap walaupun pesalah itu telah bertaubat. Hanya pesalah yg dihukum atas dasar pengakuan sendiri dan tanpa saksi sahaja yang akan diterima rayuan mereka. Pendek kata, kalau pesalah benar2 telah bertaubat, mereka akan bersedia menghadapi hukuman dunia yg telah ditetapkan dlm Islam yg pasti akan membantu meringankan hukuman mereka di Akhirat kelak.


Apa yg jelas, dlm isu ini, parti tu aje yg bising2 tak nak laksanakan hukum Islam. Tak ada pula aku nampak parti2 mahupun individu bukan Islam yg bangkit membantah perlaksanaan hukuman ini. Jadi, tak salahlah kata-kata Tuan Guru baru-baru ini, Islam yg dianjurkan oleh parti tersebut tidak boleh membawa penyokongya ke Syurga kerana mereka begitu beriya-riya dan suka mengengkari perintah Allah.


Soalannya, Patut ke tidak Allah turunkan azab dan bala ke atas Malaysia?


Lu pikirlah sendiri….
.

No comments:

Post a Comment