Thursday, August 20, 2009

Ramadhan Al-Mubarak - 2009


Buat semua sahabat yg dikasihi, InsyaAllah, pada hari Sabtu ini, 22hb August 2009, kita semua akan menyambut kedatangan bulan yg dinantikan, bulan Ramadhan Al-Mubarak. InsyaAllah, pada petang ini, kami berdua akan berangkat pulang ke kampung bagi menyambut awal Ramadhan di sana.

Harapan kami buat semua, jadikanlah Ramadhan kali ini sbg Ramadhan yg terbaik buat semua kerana belum pasti kita akan dapat bertemu dgn Ramadhan-Ramadhan yg akan datang. Rebutlah peluang keemasan yg diberikan oleh Allah S.W.T. utk menunaikan ibadah-ibadah yg akan dilipat gandakan ganjarannya khas utk kita di bulan yang mulia ini. Tingkatkanlah amalan2 seperti berpuasa (sudah tentu), bertarawih, bertadarus, berzakat (wajib), bersedekah, berzikir dan amalan2 sunat yg lain. Semoga Allah menerima usaha dari amalan2 yang akan kita laksanakan.

Akhir kata drp kami, Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak.

.

5 comments:

  1. Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa umat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

    * Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada)
    * Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri
    * Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

    Maka Rasulullah pun mengatakan Amin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-aminkan adalah
    Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.

    Dikesempatan ini, saya mohon ampun dan maaf dari semua rakan-rakan serta saudara-mara jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja mahupun yang di sengajakan. Semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, insyaallah.

    ReplyDelete
  2. ada yg kata hadis tersebut palsu....

    iwan aku pun berada di simpang pada 22/8.. sedih nya bapak hang tak kenai aku dah... aku pi salam dia ingat nak ajak sembang...tapi dia buat tak rau jaa....macam tak kenai ja....

    ReplyDelete
  3. Aku Tarawih di Masjid Simpang on that day... apa pasal tak jumpa ko ye? Kes bapa aku tu... biasa le org tua, dia tak perasan le tu.. lain kali ko introduce aje... kalau dia tau ko, mesti dia sembang punye...

    Ttg Hadith tu, aku pun tak pasti, tapi, kan lebih baik kita bermaafan2 aje semsama manusia... mmg disarankan pun...

    ReplyDelete
  4. aku pun terawih kat masjid tu. maybe masjid dah besar... dulu masjid kecik pintu masuk kuar pun satu jer

    ReplyDelete
  5. Moral of the stroy, kalau sampai masjid... roger2 le...

    ReplyDelete