Wednesday, August 5, 2009

Balik Kampung - 31 July 2009



Pada 31 July yg lalu, sekali lagi kami berpeluang utk pulang ke kampung halaman. Setelah hampir 3 minggu mertua aku tinggal bersama, tibalah masanya utk mereka pulang ke pangkuan ipar2 aku yg semakin merindui mereka di Tepeng.

Kami bertolak dari rumah kira2 jam 9.00 malam dan tiba di plaza tol Damansara kira2 40 minit kemudian. Semuanya gara-gara tindakan polis yg buat road block kerana takutkan perhimpunan bubarkan ISA yg hanya akan berlangsung keesokan harinya. Bila masuk aje highway, jalan clear aje.. Sepanjang perjalanan, wife aku terpaksa melayan amukan si Sookie yg mengamuk di dalam kurungan. Kali pertama si Sookie pulang tanpa ibunya. Si Memey, telah ditugaskan utk menjaga rumah sepanjang ketiadaan kami. Kami tiba di kediaman keluarga di Kampung Boyan kira-kira jam 12.30 malam. Alangkah terkejutnya bila melihat lantai rumah yg dah berhabuk… mcm dah 3 minggu tak disapu… sabor ajelah…





Keesokan harinya, semasa pulang ke rumah parent aku, kami berpeluang melawat ke kedai cat kereta yg akan mengecat kancil mak aku. Dah dua tiga hari mak aku pening kepala memikirkan warna yang hendak dipilih utk kancilnya. Alhamdulillah, akhirnya dapat juga kami bantu apa yg patut. Hasilnya hanya akan diperolehi seminggu kemudian. Harap2 matchla color yg sama2 kami decide pagi tu.
Yg lebih menarik dlm kepulangan kali ini, adik si D’boy dah semakin beso… sempatle kami snap beberapa gambo dia… Mcm biasale… anak2 buah aku masih gagal mengatasi kecomelan pak ngah mereka…





Pada hari Ahad, lebih kurang jam 3 petang, Uncle & aunty aku bersama anak dan bakal menantunya telah tiba di rumah parent aku sempena road tour kad kahwin anaknye. Lama juga kita org berborak sambil melihat kembali album-album lama. Lebih kurang jam 6 petang, mereka pun berangkat utk meneruskan road tour mereka.






Semasa shopping2 dkt KL, aku terjumpa baju yg aku idamkan semasa aku kecil dahulu. Disebabkan aku dah tak berpeluang nak memakainya, maka aku berikan penghormatan kpd si D’Boy utk menikmatinya…

nantikan kemunculan D’Boy The SUSUMAN dlm entry2 yg akan datang...







Kami pulang ke KL pd pagi hari Isnin. Saje ambil cuti, al-maklumlah, cuti terlebih2 sudah… Sepanjang perjalanan, si Sookie ok aje. Sebenarnya kami dah tau rahsianya. Mcm si Spacey, kasi kena air cond tepat pd dia, dia pasti akan lena sehingga ke destinasi… Bila tiba di rumah dan drop apa2 yg patut, kami bergegas ke kediaman baru kami. Kali pertama kami masuk ke dlm rumah selepas mendapat kunci pd hari Rabu yg lalu. Alhamdulillah, kontraktor pun dah selesai mengukur apa2 yg patut utk renovation nanti. InsyaAllah, bila dpt CF dlm bulan ini, renovation akan dimulakan dan kami akan pindah masuk sebaik saja semuanya telah selesai. Harap sgt dpt beraya di kediaman baru ni. Sama-samalah kita doakan…








No comments:

Post a Comment